Friday, October 26, 2012

Selamat hari raya eid adha lads!!

Hai everyone, hari ni raya  haji, so selamat hari raya haji. Actually dah 2 bulan final year, damn busy man.. stressful kot, macam psycho sket.. semua org pun pressure.. esh la.

anyway, sbb takde benda karang or update  pun actually. I ve been observing trend of visitors to my blog, ada follower yg mmg istiqamah setial minggu or hari visit this blog. so rasa bersalah sbb x sempat nk hidangkan dgn penulisan2 terbaru.. (eleh bajet la kan hahahah)

so ni hadiah hari raya haji for you ols. =)

ini video kembara bujang yg dbuat tahun lepas with my friend in munich, so enjoy (utk next 4-5 month haha, tu pun kalau rajin nk update gagagaga)



part 1






part 2









part 3



Monday, July 16, 2012

Dik Mah, Tuhan tak zalim!!!

Message to Dear Followers/silent followers (whoever you are, where ever you are in any part of the world (rusia, indon, US, Ireland, UK, Saudi, Japan etc.). I might not know you all, might not even know your name.

1)for one follower. Thanks for  reminding me to update the blog. Almost forgot I have a blog hahahah.
2)I know it has been a year since i did not update anything. I was too busy... very busy with studies and hospital. I would say thank you for opening my blog dgn setia!! even xde update pun haha. I know, the stats showed even last week pun ada org buka blog ni even dh bersawang. Im flattered n thanks for doing that. haha LOL
3)next time if you guys want some update from me, just shout dont be shy! you can shout in the blog pun, tak perlu PM me pun. not that im abandoning the blog, just that will create the push to update(given that if im not busy!! -_-)

owh n satu lagi, anda DILARANG sama sekali meng-copy sebarang tulisan dari blog ni. I'm serious when it comes to harta intelek n ownership. takdela poyo sampai lawsuit, just respect what's others own. kalau nk copy gak minta la izin, dan kalau buat tanpa izin, nnti kat akhirat saya tuntut. =)

so, as a sign of appreciation, I have written this excerpt below just for you guys( i shall call as follower setia or follower tabah sepanjang tahun hahahah) *kidding =p


ok lads, enjoy! owh n salam ramadhan!! =) baca le puas2 haha!





____________________________________________________








Aku membesar di pekan, tapi nasabnya rapat di kampung. Tulisan ini aku tujukan pada  anak-anak muda dai’e yang kenal benar istilah dakwah, tarbiyah, ikhtilat, baitul muslim dan pelbagai lagi terma dalam dunia pengorbanan. Serta buat mereka yang terus menerus menggerakkan islah ummah dengan pendidikan pondok sehingga hari ini! Terutamanya buat mereka yang menggerakkan Pondok Misbahul Falahiah Parit Panjang, Baling.





*************************************************************


Julai 1980 bersamaan Syaaban 1400 Hijrah,
Pondok/Pesantren Misbah Falahiah, Parit Panjang, Baling.


Bening pagi itu. Suram. Ada beduk diketuk. Halimah bangun dari buaian mimpinya. Halimah bangun mengejutkan dua lagi teman sepondoknya Saadiah dan Nusaibah. Pondok  kayu mereka kecil 3X4 meter sahaja.  Walau sempit muat saja buat mereka bertiga tidur, menelaah kitab kuning kuliah Ustaz Faisal dan menghafali hadis dan tafsir kuliah Tuan Guru Ustaz Bakar di bawah pelita minyak. Di hujung pondok mereka ada dapur kayu buat mereka masak. Biasanya anak dara itu masak nasi, gulai ikan kering sahaja. Itu pun kalau ayah hantar bekal ikan kering buat anaknya. Pondok kayu itu bergoyang sesekali kalau Halimah berjalan kasar, bunyi geser kayu mengilukan gigi. Masa itu, atap zink mahal, maka mereka hanya berbumbung nipah. Itu pun harus berbongkok kalau berdiri takut rompong bumbungnya. Biar kecil tapi alhamdulillah Tuan Guru Ustaz Bakar beri izin ayah mereka buat pondok atas tanah pondok pengajiannya untuk anak-anak gadis dari pedalaman Baling itu belajar ilmu Allah. Ayah Halimah yang buatkan pondok itu dengan tukul dan paku bersama ayah  Saadiah. Ayah Saadiah  seorang tukang kayu di kampung itu. Ayah Halimah dikenali orang kampung sebagai Pak Lang Man pula cuma kerja menoreh, itu pun tanah yang dipugarnya 15 tahun dulu.  Hidup dengan subsidi kerajaan dacing.


Halimah terus ke bilik air mengambil wudhuk. Dia ceduk air dengan gayung tempurung. Sejuk air mata air itu mencelikkan matanya. Kalau di rumah di Parit Panjang, Baling, ibunya Mak Lang  Dah akan jerang air panas buat ambil wudhuk subuh.  Di Baling, masa itu belum ada sistem perpaipan air yang baik dari jabatan air, banyak air mereka hanya dapat dari ‘piling’ . Paip panjang ditembak masuk ke dalam tanah, pam menghisap  air dari telaga bawah tanah.  Sejuk, tapi orang Baling memang biasa sangat mandi air yang mengalir di perbukitan, air bukit kata mereka. Baghda Halimah membasuh kedua kakinya, azan subuh mendayu-dayu. Halimah berbisik perlahan “gemersik suara muazzin, tentu saja itu abang Hassan yang azan”. Dia tersenyum sendirian. Sudah lama dia menyimpan hati pada abang Hassan. Dia tahu mana mungkin perigi keluar menyapa timba, mana mungkin dalam kerangka masyarakatku hari ini  bisa aku pinang abang Hassan yang warak. Dia tahu kalau dia bicara sama ibu, pasti ibu herdiknya menggalak dan tidak beradab si anak dara. Maka, dia tahu elok saja dia diam, simpan di hati.


Abang Hassan atau nama penuhnya Abdullah Hassan Ziad bin Abu Bakar, anak teruna sulung Tuan Guru Ustaz Bakar. Hassan sudah lama belajar di pondok abinya. Dua bulan depan dia akan sambung di Universiti Madinah dalam bidang Usul Fiqh. Memang Hassan kebanggaan abinya. Putera kesayangan, sosok contoh  pemuda sekalian Baling. Abinya dulu tak pernah mengaji sampai sana tapi lahirnya tetap Tuan Guru, nama tuan guru bukan sesuatu yang diberi universiti atau sultan tapi ditabal masyarakat. Amanah, menyantuni ilmu serta rasa hormat masyarakat kepada beliau, maka masyarakatlah yang menabalkan  nama Tuan Guru pada beliau sedang beliau selesa dipanggil Ustaz Bakar sahaja. Tuan Guru Ustaz Bakar merantau ke pelbagai pondok dan pesantren menggali ilmu Allah. Beliau pernah belajar di sebuah pondok pengajian di Sik, Kedah dan Pulau Melaka di Kelantan. Hidupnya berguru mencari ilmu, masa zaman British dulu, memang dia berhasrat mahu naik kapal belajar sampai Madinah , tapi Jepun masuk Malaya. Hangus impiannya. Jadi sekarang, dia mahu anak terunanya menyambung cita-citanya. Dia tahu Madinah Munawwarah itu gedung ilmu masa dia ziarah puluhan tahun lalu semasa tinggal 3 minggu di Madinah masa mengerjakan Haji dan ziarah. Dia rindu pada buah tin dan zaitun, pada segarnya air zamzam. Dia jatuh cinta pada Madinah, tapi harus pulang pada Pondok Misbah Falahiah, ada anak dan zaujah menunggu.


Halimah memakai telekung putihnya, seiring berjalan teman sepondoknya ke balasoh, tapi orang Kedah panggil balasoh itu ‘napsoh’. Mereka mahu sempat jemaah subuh di napsoh. Banyak lagi muslimat berkerudung putih masuk ke dalam napsoh terus berdiri dalam saf. Yang musliminnya juga sama. Segak berserban putih, berjubah indah. Subuh di Pondok Pengajian Misbah Falahiah sentiasa penuh. Disiplin ilmu anak muda pondok ini diterjemah pada waktu solatnya. Penuh, bukannya ada warden yang mengejutkan mahupun yang mendenda kalau tidak ada di napsoh kerna mereka lebih  mahukan redha Allah. Ayah ibu mereka kumpul wang memotong jual getah sekerap, jual petai dan genuak di hutan Baling untuk jadikan mereka pemuda berharga. Biar tak berharta tapi kaya ilmu Allah. Rata-rata masyarakat Baling ketika itu dipandang kedana, miskin oleh orang luar. Terutama yang dari pekan seperti Sungai Petani, Kulim dan Alor Setar. Kalau disebut Baling dan Sik, yang mereka terfikir kemiskinan melampau, makan pucuk-pucuk di pokok, pucuk paku, pucuk janggus, rias(batang) pisang, umbut nyiur. Tapi mereka tidak tahu, orang Baling kaya pekerti, mereka lebih berwawasan agama!


Halimah dan rakannya terus masuk saf. Imam Subuh itu suaranya mendayu, surah ‘Sajadah’ terdengar indah. Abang Hassanlah yang mengimami solat pagi itu. Hati Halimah ketika itu antara berbunga dan kusyuk. Dia istighfar, berkali surah an-nas dia ulang baca mahu hadirkan kusyuk dalam Subuhnya.


Usai Subuh, Halimah, Saadiah dan Nusaibah gegas pulang ke pondok mereka ‘menyorok’ sarapan nasi lemak dan lepat pisang yang Saadiah masak . Hari ini giliran Saadiah yang masak. Baghda itu mereka terus ke bilik kuliah  di tingkat bawah napsoh. Mereka duduk di balik tabir, di balik tabir itu mereka dengar suara sama itu lagi. Yang menyampaikan kuliah Bahasa Arab itu abang Hassan. Kelas Lughah arab itu memang sudah Tuan Guru Ustaz Bakar sudah amanahkan anak sulungnya mengambil alih kerana kebolehannya berbahasa arab dengan cemerlang. Abdullah Hassan, pemuda berumur 21 tahun berperwatakan lembut, senyumnya manis  ada lesung pipit di kiri. Orangnya pemalu tapi tegas. Susuk tubuhnya tegap, tak lekang tanpa berserban putih pemberian abinya ketika pulang dari haji.


Halimah pula ketika itu anak gadis 17 tahun berkulit putih, anak mata coklat cair, bulu mata lentik, mukanya bujur gadis kampung. Peramah tapi amat bersopan santun. Sentiasa tampil segak bertudung litup dangan busana muslimahnya. Halimah punya wawasan tersendiri, dia masuk Pondok Tuan Guru Ustaz Bakar sejak umur 14 tahun lagi. Dari awal lagi dia mahu jadi ustazah, mahu jadi pendidik. Dia tak mahu terperok di rumah jual kuih sepit dan bahulu macam ibunya-Mak Lang Dah.


Sebenarnya Halimah dan abang Hassan adalah sepupu.  Tuan Guru Ustaz Bakar adalah abang kandung kepada Pak Lang Man-ayah Halimah. Sebenarnya Tuan Guru Ustaz Bakar berpangkat Pak Ngah kepada Halimah. Tapi bila dipondok, professionalisme pendidikan, maka Tuan Guru adalah Tuan Guru, hanya bila di rumah beliau adalah Pak Ngah kepada Halimah. Halimah dan Abang Hassan sudah lama kenal, sejak kecil dulu lagi. Mereka dulu bermain bersama guli, gasing, laga buah getah. Tapi ini cuma masa usia mereka 7-9 tahun sahaja. Lama dahulu.






Ogos 1980 bersamaan Ramadhan 1400 Hijrah,
Rumah Halimah di Kampung Parit Panjang, Baling.


Mak Halimah iaitu Mak Lang Dah (Hamidah) sibuk menebar arang bara panas di luar rumah. Ada satu bekas berisi larutan putih, tampaknya seperti pekat penuh santan. Mak Lang Dah tuang cecair putih itu pada sarang kuih sepit lalu dia letak atas bara api. Mak Lang Dah sibuk membakar kuih sepit memenuhi permintaan pelanggan-pelanggannya di sekitar Baling dan Sik. Halimah masa itu ada di rumah pulang bercuti sempena Ramadhan dan hari raya yang bakal tiba tak lama lagi. Halimah bantu ibunya menge-pek kuih bahulu dan kuih sepit sebelum pembeli datang ke rumah mengambil.  Mak Lang Dah jerit “ Mah, hang bubuh 4 bungkuih bahulu dengan 5 balang kuih sepit dalam satu plastik untuk Mak Ngah dengan Pak Ngah di pondok. Depa ada pesan kat ayah semalam. Katanya Abang Hassan hang nak mai dengan motor lepaih asaq sat lagi


Halimah terdengar kata-kata ibunya, hatinya jadi berbunga-bunga. Abang Hassan mahu datang ke rumah. Dia jadi suka. Masakan tidak, kalau di Pondok Misbah Falahiah mana dia ada kesempatan mahu tatap wajah lembut Abang Hassan atas isu aurat dan ikhtilat. Lagipun dia Ustaz kalau di pondok, tapi hari ini Abang Hassan mahu datang ambil bahulu dan kuih sepit sebagai seorang sepupu. Galaknya Halimah diperhati ibunya, sambil mengerling tajam pada Halimah.



Baghda asar hari itu, Halimah dengar bunyi enjin motor mendekati pintu hadapan rumah. Dia pakai kerudungnya dan buka pintu. Dia dengar salam dari seorang anak muda. Dia kenal benar suara itu! Dibukanya jendela pintu, nah di situ berdiri Abang Hassan dengan motor Honda c-70nya. Halimah tersipu. Abang Hassan memulakan bicara “ Assalamualaikum dik mah, mak lang dengan pak lang ada dak? Dik Mah sihat? “ Belum pun sempat Halimah menjawab, ibunya/ Mak Lang Dah  sampai di muka pintu. “Masuk dulu mai Hassan. Mak Lang bancuh ayaq teh cicah dengan biskut marie. Lama Mak Lang tak nampak Hassan. Sibuk gamaknya noh di Pondok ayah.  Halimah, cek pi ambilkan plastik bahulu atsa para di dapur bawak mai sini“. Halimah dengan taatnya menurut arahan ibunya walaupun ada sedikit protes pada airmukanya.   Hassan menolak lembut permintaaan Mak Langnya “Tak apalah Mak Lang, cek nak kelik dah ni, ummi dok tunggu kat rumah, suruh tolong kacau dodol. Nanti sebelum cek bertolak naik kapai pi Madinah, cek mai jumpa Mak Lang lagi lepaih raya, boleh ka Mak Lang?”. Mak Lang menjawab “boleh sangat, Hassan tahulah di mana nak cari Mak Lang kan. Sejuk perut Ummi Hassan dapat anak ustaz mangaji jauh sampai Madinah”.  Halimah kembali ke pintu hadapan dengan plastik ditangan, dia hulur pada abang Hassan. Hassan dan Mak Lang Dah kebingungan hairan dengan perbuatan Halimah. Kenapa plastik kosong yang dihulurnya. “Mana kuihnya?” Ibu Halimah bertanya  pada Halimah. “anak dara tak baik berangan” nah ibunya memerli Halimah di hadapan Abang Hassan. Rupanya Halimah jadi tak keruan bila berdepan dengan Hassan yang dia sudah lama menyimpan hati.



Hassan gegas pulang memacu terus Honda cup c-70nya baghda bersalam dengan Mak Lang Dah.  Lewat itu Halimah hanya memerhati Abang Hassan semakin menjauh dari pandangan. Dia terus bicara sama ibunya “mak ni suka perli orang, kalau ya pun tak mau la perli depan abang Hassan. Cek malu tau dak”. Mak Lang Dah hanya tersenyum melihat keletah anak dara seorang ini.





September 1980 bersamaan Syawal 1400 Hijrah,
Rumah Halimah di Kampung Parit Panjang, Baling.


Hari itu hari raya kelima. Tuan Guru Ustaz Bakar, isterinya serta anaknya Hassan sedang duduk di ruang tamu rumah Halimah. Ayah Halimah sibuk bersembang dengan Tuan Guru dan Hassan.  Mak si Halimah pula rancak berbual dengan ibunya Hassan. Halimah masa itu di dapur jerang air dan memotong lemang  dan ketupat palas ke dalam pinggan. Dia cedok rendang masuk ke dalam mangkuk.



Halimah angkat semua itu ke ruang tamu untuk dimakan bersama sanak saudaranya di ruang tamu di depan. Sedang duduk begitulah tiba-tiba suasana bertukar sunyi bila isteri Tuan Guru mula bersuara “Kak Esah dgn abang Bakar nak ajak la Man, Dah dengan Halimah mai rumah minggu depan. Ada majlis sikit. Hassan anak kami nak bertunang dengan anak Tuan Guru dari sebuah Pondok di Lanai, Baling. Mai la kalau tak ada kerja masa tu. Ingat nak bagi bertunang dulu sebelum Hassan bertolak ke Madinah bulan depan”



Saat itu, berpinar pandangan Halimah, dia bisik dalam hati “Abang Hassan? Bertunang? Dengan orang lain? Anak Tuan Guru juga? Ya Allah.”


Berkecai, berderai air mata. Dia bangun bingkas ke dapur sambil mata-mata lain memandangnya beredar. Mereka sedikit bingung, adakah Halimah sedang sakit.

Hassan juga hairan kenapa dengan dik mah. Mak Lang Dah yang kenal benar dengan anaknya turut bangun ke dapur mendapatkan Halimah. Halimah berdiri di tepi sinki, dia teriak. Titis-titis airmatanya membasahi dasar sinki. Mak Lang Dah usap belakang Halimah. Halimah pusing dan memeluk ibunya sambil bisik lembut di telinga ibunya “mak, abang Hassan!”. Mak Lang Dah sebenarnya tahu Halimah memang ada menyimpan hati pada anak saudaranya Hassan, tapi dia ingat itu cuma main-main. Lagipun, mereka berdua rapat hanya sebagai sepupu. Melihatkan mata anak daranya yang kemerahan, Mak Lang Dah teriak sama.


Menyangkakan Halimah sakit, Tuan Guru Ustaz Bakar, isterinya dan anaknya Hassan beransur pulang dahulu.





Oktober 1980 bersamaan Zulkaedah 1400 Hijrah,
Pondok/Pesantren Misbah Falahiah, Parit Panjang, Baling.



Minggu lepas selesai sudah majlis tunang dan berkira antara keluarga Hassan dan keluarga Tuan Guru dari Lanai. Hari ini Pondok Misbah Falahiah meraikan perarakan bertolaknya Ustaz Abdullah Hassan bin Bakar ke Madinah demi melanjutkan kembara ilmunya.  Kereta Dutson model lama milik Tuan Guru ustaz Bakar itu dipacu laju oleh beliau buat menghantar anaknya naik kapal terbang ke Madinah di lapangan terbang Pulau Pinang. Berbalam-balam kereta Dutson kuning itu hilang dari pandangan selautan penghuni  pelajar Pondok Misbah Falahiah. Dari celahan pokok dokong, Halimah memerhati dari jauh Abang Hassan pergi. Dia tahu dalam kerangka melayunya, malulah kiranya dia yang mencari timba. Dia tahu tak mungkin dia bisa meminang dahulu abang Hassan kerana dia perempuan, apatah lagi mendirikan baitul muslim dengan muslimin sehebat Abang Hassan. Tapi dia lupa tentang kisah Saidatina Khadijah, bagaimana yang mustahil itu tidak mustahil. Dia pinang Muhammad, pemuda terhebat sepanjang zaman!







Ogos 1983 bersamaan Syawal 1403 Hijrah,
Rumah Halimah di Kampung Parit Panjang, Baling.


Sudah 3 tahun Abang Hassan ke Madinah. Halimah juga sudah habis belajar. Dia sudah umur 20 tahun. Sekarang Halimah  sudah habis belajar, menunggu surat tawaran menjadi ustazah. Dia ada cuti berbulan lamanya. Sempena itu sekarang dia jadi pengasuh bayi. Dia tolong jaga/asuh cucu sulung Pak Hamid dan Mak Hendon di Kuala Kedah, Alor Setar. Sebenarnya Pak Hamid dan ayahnya Halimah teman satu sekolah di Maktab Mahmud Jalan Sekerat, Alor Setar  dulu.  Pak Hamid datang berziarah sahabatnya di Parit Panjang itu lalu nyatakan yang dia mencari pengasuh buat cucunya kerana anak lelakinya dan menantunya terlalu sibuk bekerja di Pejabat Tanah Alor Setar.


Sebenarnya Pak Hamid  ada seorang lagi anak lelaki. Anak keduanya, Azlan berumur 23 tahun. Baru sahaja tamat belajar. Dia jurutera lulusan Universiti  Wisconsin. Azlan ini budak sekolah asrama penuh, Sekolah Dato’ Abdul Razak. Sekarang dia sudah jadi jurutera Lembaga Letrik Negara (LLN).


Dan hari ini, Pak Hamid membawa rombongan berhajat besar ke rumah Pak Lang Man di Parit Panjang. Mereka mahu merisik Halimah buat Azlan. Mendengar berita itu, Halimah teriak lagi. Sudahlah dia terlepas Abang Hassan warak, tapi kini yang masuk meminangnya pula pemuda berpendidikan Amerika. Pendidikan Barat! Dia teriak lagi mengenangkan pastinyalah Azlan itu pemuda yang selesa dengan jeans, bangles, berpakaian hippies seperti yang sedia tahu di Amerika! Halimah rasa jantung disentap, apalah salahnya hingga jodoh yang datang, jauh sekali dengan latar belakang pondoknya, bukan suami yang dia impikan, sikit pun tidak iras latar belakang ilmu macam Abang Hassan. Hakikatnya, Halimah belum pun pernah bersua muka dengan Azlan, tapi dia hanya  membuat andaian. Halimah bicara sama ibu “mak, kita makan nasi pucuk paku, kerabu, gulai rias pisang… dia makan roti, pizza dan hot dog.. Kita pakai tudung labuh, dia seluar ‘katok’ mak. Cek tak mau mak” sedu sedan bicara Halimah, ibunya Mak Lang Dah menenangkan. “mak faham apa yang Mah sedihkan, tapi mak sudah istikharah dah istisyarah dengan ayah hang.. Kami yakin ini yang terbaik buat Mah. Mak dan ayah kenai sapa Pak Hamid dan Mak Hendon.”



Mendengar itu Halimah teriak lagi. Dia rasa ibunya juga sudah tak memahaminya.


Mak Lang Dah mengesat airmata anaknya, perlahan-lahan dia bawa Halimah ke ruang tamu buat berbual dengan rombongan Pak Hamid.  Cantik Halimah hari itu. Dia berbaju kurung , tanahnya berwarna ungu muda lavender, bunga-bunga baju itu halus, susun cantik terletak. Halimah bertudung labuh berwarna ungu gelap. Dia salam Mak Hendon. Dia sempat mengerling ke arah Azlan. Dia terkejut melihat penampilan Azlan, berkopiah putih berseluar slack coklat gelap. Sangat berbeda dengan apa yang dia fikirkan. Orangnya berkulit cerah berkaca mata. Hidung mancung terletak.


Bisik hati Halimah, “segak orangnya, tapi ini tak bermakna aku suka!”


Halimah diam saja sepanjang dua keluarga itu berbual. Dia memasang telinga bila Azlan bersuara dalam perbualan. Dia jadi terkejut bila Azlan berbicara tentang politik Mesir- dia tahu siapa sosok bernama Al-Banna, politik Turki, usul fiqh. Rupanya Azlan juga pernah menyantuni ilmu di Pondok Parit Panjang dan Pondok Lanai untuk beberapa bulan, bertahun dahulu sebelum dia bertolak ke Amerika. Habis itu Azlan bicara pula tentang muamalat Islam. Halimah terkejut bila dengar Azlan bicara tentang Syeikh Ahmad Yassin, Syed Qutb, Ustaz Ibrahim Libya, Tuan Guru Fadhil Noor dan ramai lagi. Rupanya Azlan ini bukan calang-calang orangnya. Halimah ingat Azlan akan bangga bercerita tentang Ronald Reagan, John F. Kennedy, Margaret Thatcher, inflation dan casflow, Dow Jones dan Wall Street.. Sangkaan Halimah meleset.


Berpendidikan Barat tak semestinya liberal,
Konservatif belum tentu faham agama,
Dakwah tak bermakna lupakan dunia,
Mencari dunia tak bermakna menggadai syurga.
Buat apa pun, cari redha-Nya.

Cari guru yang baik, santuni ilmunya.


Baghda itu juga, Halimah bingkas bangun bergegas ke biliknya. Airmata ditakunginya berderai, masuk biliknya dia hampar sejadah, terjelopok dia sujud syukur, Mak Lang Dah yang mengejar dari belakang menghendap di muka pintu, tahulah dia bahwa tangis anaknya kali ini bukan tangis kecewa, tapi tangisan syukur buat Allah Rabbul Jalil.


Halimah sedar, Azlan bukan sahaja telah mengetuk pintu hatinya dengan penampilan dan budi pekerti beliau, tapi Azlan juga telah mengetuk mindanya, membuka akal, memberi Halimah sedar bahawa betapa dia terlalu terpelosok dengan kerangka pemikiran zaman.


Kiri atau kanan, konservatif atau liberal, fanatik atau tidak, berkecuali juga satu kumpulan lagi. Jangan kata anda bukan mana-mana, tanpa anda sedar salah satu cara fikir itu pasti kamu. Nah, mustahil kau tak punya identiti!






-Fakhurrazi Bakri 23/5/2012 5.40pm-
Bahang musim panas menerobos bilik, berpeluh!

Wednesday, August 3, 2011

Mahar Cinta Buatmu..


Summer 2011, jauh berbeza dgn summer 2010.. summer kali ini bkn sekadar cuti.. Summer kali ini banyak berdialog dan berdiskusi dgn orang orang yang lebih dewasa. Berikut adalah mutiara-mutiara yang dikutip buat bekalan kehidupan.. Mungkin ada yang tak bersetuju, tapi ini untuk saya supaya tak lupa.. serves the blog right : WRITING FOR THE SAKE OF NOT FORGETTING..





"Professional kena bekerja bersama ulama'.. ulama pakar dalam perihal syarak, tapi perlukan bantuan professional dalam pentadbiran... Professional perlukan ulama agar tak tersalah langkah dalam mentadbir.. Bila dah jadi professional nanti, bekerja la bersama ulama'"

-abah-






"Kalau angah boleh 'please' mama dgn hadiah handbags dari seluruh dunia, penuhi minat mama, lemah lembut bicara dgn mama, angah kena pastikan boleh berbuat perkara yang sama dgn 'dia' nanti" =)

-mama-





"Semasa student, we tend to be idealist, pergi usrah semua benda.. semua benda expect turn out perfect.. bila keluar ke dunia sebenar, baru tau biah solehah tak semudah, baru tau siapa istiqamah, siapa yang kalah... kemuncup dalam perjuangan"


-Ibu seorang teman-





"Dont push yourselves to one extreme, takut nanti jiwa rebellious kita push diri ke arah extreme yang satu lagi.. a friend of mine, dulu study skali di US, bertudung litup, siap berniqab.. tapi sekarang jauh dari berjilbab.. Rebellious boleh berlaku bila bila tak mengira usia, boleh jadi bila dah tua, baru diuji.. nauzubillah.. sebab tu kena bersederhana"


-Ibu seorang teman-

Tuesday, July 12, 2011

Fairytale: Unmask the Masks of Ignorant

On a fairytale land call Happily ever after, there is no such thing as happily ever after.. perhaps there is, in Hereafter..


"robbana a tina fiddunya hasanah, wa fil akhira ti hasanah, waqina a'za bannar"....




Astagfirullah hal azim.. astaghfirullah hal azim.. astagfirullah hal azim..

below is an excerpt from a diary of a traveller.

Disclaimer: It might be my my excerpt, It cud be somebeody elses.. so keep your mind open while reading this. =)




Masks of human and how I choose to deal with them..

WARNING: THERE MIGHT BE SIGNs OF BIAS IN THIS WRITING, IF YOU DONT WANT TO FEEL BIASED, SO DONT READ!

It has been 3 years abroad, I have been observing how does people act and react abroad. My circles of concerns and circles of influence are filled with the so call 'genius' of the country, the best our country could give (that's what they said anyway). Where do I observe? Simple! it's mainly on Facebook(people are more sincere and transparent of their stand on FB). Also observed in Galway, Ireland and UK. This writing is not intent to hurt anyone's feeling, it is just a reminder for me, that masks of human do exist, hence deal with it appropriately. Anyway despite all differences, I believe Allah has His own unique way of testing our patience about this 'perpecahan ummah'.. who will give up, or who will give their self up to Him.

Firstly, I do not intent to classify people, because who the heck am I to classify people, but it turns out that people do tend to classify themselves according to the group that their favour (may it be intentionally or unintentionally)!



The A'bid
This kind of friends, I notice they only favour to talk about da'wah and Islam..It is GOOD!! They'd rather promotes each other to do more ibadah, as the belief is that if each one of us has solid iman, then all of us will be representing a good ummah.. Maratib amal? ahh it steps by steps.. talking about siyasah? it's like lets do more ibadah, politics? just a discussion no need to get involved with it.

My personal issue with this group of friends is that I personally feels that Islam is not about being in the mosque ONLY, I believe siyasah is an utterly important element of living.. Been discusing with, because politics back at home sort of dirty, it lessen their interest in it. I have once ask Syeikh Khalid, Imam of Galway Mosque, a fellow friend about my a'bid friends, what he said "For A'bid, just let them do their ibadah, let them be in mosque.."

so how do I deal with it? Let them be.. there no point of wasting time explaining the important of siyasah. When i asked, they have a slot in usrah discussing latest political issue.. politics is just an issue to discuss, not to be apart to change the course of it towards islamic political way..If Dr Yusoff Qaradhawi can't convince 'em, who am I to do it. LET THEM BE!! THEY ARE STILL FRIENDS OF MINE. JUST FRIENDS, THAT'S THE WAY IT SHOULD STAY..I presumed.





The Islamist+Racist
Currently on FB, I have been eyeing on this particular group. I'm not sure what I have seen is the stand of this group or just a potrayal of akhlak of one of this particular member. This group is quite islamic but in another believe that this malay race (malay supremacy)is sort of far more superior than the rest in country.. It's like ruling party's religious affairs committee... sort off.. What I have seen, this friend of mine, keep on posting status or links that criticizing the mainstream islamist party.. having said that, he tend to claim that he's from independent side, where he would criticize or praised everyone if they deserved it. However, I noticed he's condemming relentlessly, controversially raising anger from others. sort off irony because, he 's been shouting of unity in muslim in our country, but sarcasticly putting away from unity.. weird! anyway, to be fair and husnuzon, may be has his own way of doing thing, may be by annoying people, he gets to his objective

so how do I deal with this?? Take wudhu' after reading his post, prevent myself to comment or wasting time discussing with him.. no point arguing in ignorance.. anyway, I do proud that I'm Malay, but I'm more proud to be Muslim. Plus IM NOT RACIST!!




The independent

Lots of my friends are thinkers. I respect of their way of thinking and principles.. I too myself used to be in this stream (i think,or may be i was thinking childishly), before time changes the course. The way of thinking is not to be fanatic in any group.. sort off more independence like and free lance thinking.. My friends in this stream are very good, sometime they remind every side when people start to go the extreme of the believe.. it's good to think that they keep people in check and balance.. However, when I was there, i notice this way of thinking require a lot of istighfar (not just this, everyone of us shud istighfar everyday for we may did mistakes without notice).. One question that bother me most is "Is this what what Allah want me to do?? Is this what Allah wants me to think?? I know we always think, but remember not all we thinks are the right things. =)

so how do I deal with it? These are very good friends to be with, they makes you thinks, and they have a great potential if used in good and islamic way (not in radical way)


Those who I consider as Family
Ok, this may sound a bit biased.. You know when you met friends, where their way of thinking (fikrah) yet their way of acting are EXACTLY THE SAME as yours? Like 100% same. These are the one i considered family.. why did I say so.. because when people thinks alike, the gets closer like blood brothers. Why I say this because, you know I have seen some 'plastic' brotherhood (sorry if its harsh), where people get close to you, treating you like 'jambu' and 'main belon' then try to influence or doctrinate you to their stream.. But I have found some friends who believe ibadah and siyasah runs together. who actually sometime have perangai 'gila-gila'just like me as well.. it's where, money does not matter (x berkira), whom our families know each others families, the same stream where my mom and my dad are in as well without forcing me into it.. you know it suits you, when you hearts say's so, you dont listen to other indoctrination, it's when you know, where this jihad in life gonna lead. It when it did not segregate you from the reality, it teaches you, that you dont have be politician to do siyasah, but joins medical teams for example 'skuad kito cakno' and starts giving to the people in helping the islamic administration? which admisnidtration? let me be completely honest its my state admin Kedah and the sister state Kelantan! usrah? do it weekly, it's for you, but dont forget to give to the people...
so how do i deal with people?? Like I said, other that family back home in malaysia, THIS ARE MY FAMILIES!!! WHY? WE THINKS ALIKE, AND I LOVE IT!




The Innocent

Despite off all I wrote on the above, There are friends of mine, whom I feel guilty for them.. I do not like to indoctrinate people.. I only want people to be on the same line as i did by their hearts, not by 'rasa terhutang budi pd abg' or 'rasa takut hilang kawan' or etc. I will never (or at least i will try not to) force people! I didnt like the feeling of being forced or treated 'jambu'-ly few years back, knor i will never to that to others.. be completely fair to everyone.. you know about inform consent, give all the info's that required, and leave the decision to them, let them istikharah. let Allah whisper to their heart.. dont force 'em, dont 'kepit2' 'em.. be fair and just




p/s: before when I was young (1ST year), I was filled with hatred and annoyed with the people who segregate people.. I was like literally, deleting these kind of people from my life.. but time changes the course it's like ' JUST SHUT UP, AND LET US DO OUR JOB!IF THEY WANNA TELL FACEBOOK THAT THEY HAVE GOOD IMAN THAT DAY OR HAVE PRAYED 20 TIMES THAT DAY, LET THEM BE.. IF THEY WANNA BRING HATRED AND ANGER ON fb STATUS, LET THEM BE.. LETS JUST CONTINUE WITH OUR RESPONSIBILTY.. lots of love to all =)

Monday, July 4, 2011

When the world...

klik background song ni dulu pastu baru baca ok, baru feel sikit!! LOL *kidding







DISCLAIMER: hanya bebelan sastera mlm2 saja ok!


When the world revolves,
Sun and moon interchange,
as stars linger around,
It's when love gloom,
and hearts grow, (cardiomegaly? LOL)
it's when absence,
make our hearts grow fonder,



When the world was gloomy for me,
the rest of the world joyously celebrating,
you see my problem, right in my eyebrows,
you spotted it, pretty well.



When the world hits me,
down till rock bottom,
you comfort me,
giving all the motivation I need to stood back on my knees.



When the world silently didnt notice,
You come up with cheap and adorable way,
of saying happy birthday,
I do not care of the gift, but remembrance is everything,
That single bar of chocolate seems to be the sweetest gift of all,
sweetest thing of all. (anyway i do got sweet tooth haha =p)



When the world sees nothing in my paintings,
you stood by me, giving critics that builds me,
You don't just respect my hobby,
but you embrace it.. just so you know, you are my best critics,
you are the brush to my canvas,
criticizing with love,
that's just cute!♥



just wait, it's not gonna be long.. =)

Saturday, June 25, 2011

A Funny Day.. haha

Ok!ini cerita betul.. takde disclaimer.. hahahahaha

Siang tadi balik kampung.. buat kenduri sikit.. so byk la adik beradik n sedara mara yg balik.. Ptg tu bbawak anak2 sedara sepupu (cousins punya anak2 jln2 kat bendang/sawah padi)

Sambil tu along (engineer perodua), angah (med student) n sorang lg cousin (semua bertiga adalah umur 23 dan ke atas dua drpdnya sudah beranak 1, ternampak adik bongsu ikmal sibuk bermain terebey/peredey*(bhs kedah utk lastik)... skali cousin aku yg tua tu tiba2 challenge, angah dok luaq negeri bkn tera (teror/hebat) pun terebey!! wah ini bikin panas.. skali tiba2 tiga2 org dewasa ni jd budak2 main lastik.. rule dia sorang tiga shot saja..ain utk tembak tin dlm 10-15meter jaraknya// so along n si cousin ni try lah.. x kena.. then angah punya turn.. tup tup, skali try 'ting' bullseye.. tercengang 2 lg competitor tu ..haha.. take that.. dok ireland n peredaran masa sikit pun tak mengaratkan skill aku melastik.. brgkali cousin aku lupa, aku ni dulu jaguh kg ni kot lastik!! ahhaha

kemudian ada anak cousin aku ni dua org, si kakak namanya balqis (umur dlm 5 tahun), adik dia adam (umur dlm 3 tahun)... kakak ni comel sket, mulut banyak, talktative, cakp pandai betol.. so si balqis ni tgh main korek2 pasir dgn btg kayu yg dia dapat.. adik dia pulak dok kacau dia mengorek dgn cara menenam balik apa yg balqis dah buat... aku berdiri di sebelah dua beradik tu sbb masa tu tgh aim melastik (scene pertandingan melastik tadi tu lah kan)... tiba2 kemuar dialog neh

balqis: ishh! adik, pi la main dgn pak ngah(aku) nuh!!! *muka bengang dgn adik dia
pak ngah: apsal kena main dgn pak ngah plak!! *aku cuba mengusik
balqis: sebab pak ngah HENSEMMMM!!!!! *MUKA TETIBE JE BLUSHING sambil tunduk melihat bumi
aku, along dan semua cousins2 lain (ada la dlm 6 prg kami semua kire adult la): gelak golek2 serentak..
pak ngah: pfftttt!!! LOL!

p/s: you know when people say that children dont lie.. i bet balqisd dont lie this evening!! ngahahah!

Thursday, June 9, 2011

a walkabout..

lama tak menulis cerita..
DISCLAIMER: di bawah adalah sebuah kisah rekaan ok tapi based on true story... watak2 adalh rekaan semata ok! (^_^) jgn associate dgn sesiapa pun in real life ok, termasuk writer..


muhasabah diri: betul ka kita sudah dewasa??

"Melihat perkara pada perspektif yang berbeza antara along dan angah, mungkin benar along sudah dewasa, tapi aku masih merangkak ke arah kedewasaan".. bisik hati si angah.



Sebenarnya mereka berdua keluar ke pasar malam bersama. Adik2 lagi dua juga ikut sama. Sebenarnya si angah baru balik bercuti summer dari luar negara. biasalah dia mengidam itu dan ini. Si along pula sudah bekerja, dan sudah bekeluarga anak satu. baby pertama baru berumur 40 hari. Along bekerja sbg engineer di sebuah syarikat membuat kereta tersohor malaysia.

Hampir sembilan bulan tak bertemu, angah perhati rapat tingkah laku along, bisik hati angah, along berbeza benar, tindak tanduk along, lagak along seperti abah kami.. matang.. penuh nilai orang dewasa..

Tapi angah masih lagi dengan nafsu serakah makannya. tunjuk itu ini, dadih, air tebu, char kue tiaw, satay... mcm2, jarinya seperti tak henti menunjuk. along hanya tersenyum bayarkan saja apa adiknya minta..

Angah senyum lebar sampai ke telinga sebab tak payah bayar, alasannya duit euro tak tukar lagi.,hahha. Ahh tak kisah pun, along mmg tak berkira.. sesekali angah mengusik along, alorh engineer kereta gaji lebat kot!! daa.. ngahaha..

Di sebalik kegembiraan itu, angah perasan satu perkara gaya shopping along dah berubah.. dulu kalau kami keluar berdua kami hanya shop makanan lah kan.. apa lagi, tapi kali ni along shopping mcm abah n mama shopping.. sebabnya si angah dulu jugak kerap ikut abah mama ke market.. Along singgah di gerai sayur, beli bayam, kacang panjang, kubis.. bisik hati angah "eh sejak bila pulak along mkn sayur neh?? seingat aku dia anti sayur mcm aku gak?".

Baghda itu, along beli ayam seekor RM13.. sambil tu along bisik di telinga angah, " sekarang ayam mahal, ada org jual guna kilo, jauh lagi mahal, tapi kalau yg jual seekor dgn fix price jauh lg murah".. angah kerut muka, bisik lagi dlm hati "apahal plak along cakap pasal ekonomi neh, takkan la engineer besor gini pun ke-dek (kedekut)?"


Dalam kereta, semasa perjalanan pulang dua beradik itu sempat berbual.. Angah tanya. "so how's life Long?", lalu along bicara. "angah, life makin bertambah tanggungjawab tapi makin bahagia and happy. rasanya sblm ni kita terlalu takut utk menjadi dewasa.. sebab itu kita dikurung pada wajah hati kanak-kanak.. terlalu lama menjadi kanak-kanak, itu bukan sesuatu yang bagus..".. angah buat muka blur, waddehel along berfalsafah plak.. haha..

sebelum sampai rumah, along singgah di supermarket. Di situ along tanya pendapat angah. Dia consult angah tentang pampers baby, yang mana satu ya? antara value for money atau the best for baby..antara Pet Pet dan mamy poko dan Pampers... angah buat lawak, "alorh, angah tak study paeds lagi haha"..*padahal lawak langsung tak relevan LOL.. Tapi saat tu angah perasaan satu, walau si angah cuba buat lawak bodoh tapi dalam mata along tetap ada keseriusan, masih tegar memikirkan apa yang terbaik buat baby boynya.. cukup dengan rentetan itu, si angah keluar pasaraya, bicara pada hati.. apa aku masih belum dewasa?? tanpa dia sedari dia bermonolog luaran juga.. saat itu bahunya ditepuk dan disahut along. " tak ngah, memang kamu dewasa, tapi tidak pada akal, tanggungjwab dan pengalaman.. kamu dewasa, tapi kamu juga terlalu lama menjadi kanak-kanak."

balas angah "jadi angah perlu buang ke elemen kanak-kanak itu?".. "bukan mcm tu ngah, kdg2 elemen kanak2 tu banyak bawak kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga, bawa tawa ceria dalam baitul muslimmu nanti.. cumanya, jelajahlah dunia kedewasaan, mula ke depan ambil tanggungjawab.." tapi kalau tanggungjwab dlm masyarakat di Glaway angah dah lama ambil dan belajr.." balas along bingkas, " ya tapi itu masyarakat yang bagaimana? yang pandai-pandai sahaj bukan? medan masyarakt yang sebenar di sini ngah.. kalau di sana kau menderma ber-euro euro infaq dan sebagainya, lahirkanlah benda yang sama di sini.. contoh mudah tu lihat disana, ada mak cik mengendong tabung derma rumah anak yatim bangsar,kenapa ngah tak hulurkan dengan hati nan ikhlas??" "bukan begitu Long, ngah cuma skeptic takut itu fraud".. "nah lihat tu ngah, ngah tgh memberi alasan mcm anak kecil memberi alasan pd ayahnya.. menjadi dewasa juga bermaksud, kurang kan berkata, tapi laksanakan saja dgn perbuatan.. bersuara hanya bila perlu... orang yang arif, cakapnya fikir, diamnya zikir"


bisik hati kecil angah.. "wah wah, bravo!! along bicara penuh falsafah, mmg bkn along gila-gila yang dulu".. Menyambung kisah along menyambung " kalau dulu, bila di tikar sejadah mahupun lain ibadah, kita hanya fikir pahala kita saja, agar dpt lot-lot persendirian di syurga nanti.. tapi bila menjadi suami, imam pada wanita lain, makmumnya juga perlu kita titik beratkan.. ingat 'siti khadijah'mu nanti bukan sekadar sebatang rusuk yang hilang, tapi peneman rehat di jalan juang.. biar juang sampai ke syurga"..

mata si angah berkaca-kaca..ditahannya jua utk control macho.. si angah tidak menitiskan permata kerana dirinya 'belum cukup dewasa' tapi dia terharu dan bangga pd alongnya.. bisik hatinya, kalau aku mahu mengkhitbah 'siti khadijah', harus dewasa pd akal dan tanggungjwab, barulah abah mama sempoi saja bersetuju.. tapi melihat kaca diri sendiri, masih lagi berfoya-foya, masih lagi travel ke sana-sini, masih lagi buang masa dgn facebook 'whining' tentang perkara remeh temeh, cerita pd dunia segala benda... memang perlu melangkah lagi.. perlu!


lewat malam itu along tamatkan dengan sebuah cabaran "angah, kalau betul kamu bersedia menjadi imam pd makmummu, atau yakin kamu sudah siap menjadi bapa, cubalah nanny/ babysit awish esok ok? hoho"... angah dgn muka tekun "ok will see"


Keesokan hari...
awish di riba si angah, nyenyak betul lenanya.. si angah tengok saja wajah suci baby awish.. sesekali dia mencuri-curi cium pipi lembut awish.. tapi tanpa dia sedari, permata berkaca menitis ke pipi awish sambil bisik hati angah "jauh jalan menuju kedewasaan, sungguh hidup ini satu tarbiyah" tidak semena-mena diakhirinya dgn dua'

"Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata a'yun"...


jerit hatinya si angah " guess what along!! yes Im ready!! haha babysit awish proven successful!! hahahahaha"



p/s:But the question hit deep into my heart, it hit rock bottom!!! betulka manusia terlalu lama menjadi kanak-kanak, lambat menjadi dewasa? bila difikirkan balik, kalau semua org berfikir cara org dewasa, bersabar mcm org dewasa, kurang ikut ego dan emosi, tentulah banyak masalh rumahtangga dpt diselesaikan.. sbb skrg ni terpanggil dgn isu rate divorce sgt tinggi, i just think, mesti yg involved,m mudah dibawa emosi, kalau interrogate mesti ada elemen cemburu, nafsu, tak sabar, pukul, ego etc.. btw just my two cents.=)