Friday, May 20, 2011

It ends when you walk away..



Actually tgh stress exam.. so layan lagu atas ni.. kalau faham betul2 maksud lirik dia, that's just what Im facing.. owh crap!LOL! takdela main2 je.. but it's well composed btw. "NEXT TiME ILL BE BRAVER!!" OOYEAH!! O_o


sajak cket mlm2 neh:

YOU..

You had your chance,
but you blew it away..
It all ends when you choose to walk away,
you go right, ill go left..
till someday our road crosses, then we'll see from there!!
A little tolerant might save it all..
I see no jihad without fikrah..
I see no success without oneness,
'He' always kow what's ahead of us,
May 'He' bless us all..
Wallahualam.. -_-'

Tuesday, April 26, 2011

Risalah hati..





Bismillah,
Ya Allah,
hari demi hari,
satu demi satu invitation,
hanya mampu klik attending, may be atau no..
3 invitation dlm satu hari,
ini bkn main2 lagi,
tak hairan rasa begini.. sigh


tapi malam ni,
menggeletar seluruh tubuh,
kaku daku,
tolak ke tepi buku,
hilang terus fokusku..

adoila..


Dlm bersernok,
jgn dilayan perasaan ini,
mmg normal,
mmg fitrah,
tapi ingat syaitan suka peluang ini,
dada berombak,
yakin fitrah sudah menebal,
tapi jgn sekali2 berangan-angan,
nnti jadi mainan syaitan..



Ya Allah,
kuatkan aku dlm keadaan begini,
berikan kekuatan seorang 'amir'


bila tiba masanya,
pertemukan daku peneman rehat di jalan juang,
kalau dialah 'siti khadijah'
satukan kami dijalan jihad,
jika tidak jauhkan kami dari fitnah mainan syaitan


buatmu 'siti khadijah'
jagalah dirimu,

andai tertulis di Luh Mahfuz,
rusuk yg hilang itu kamu,
insyaAllah tak ke mana,
akan ku jaga diriku,
jagalah jua dirimu..
tak lama dah.. suatu hari nanti.. suatu hari nanti..hehe

aku noktahkan mlm pd surah furqan ayat 74..
Allahu Allah
"Rabbanna hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata a'yun"
kurniakanlah yg meneduhkan hati.. Allahu Rabbi -_-'



p/s: hanya coretan mlm2 ok!! no controversy ok, hanya bersastera..=) btw blog ini mgkn akan dibiar umum sbb ada yg minta agar tak diprivatekan.. *subject may change to situation*

Wednesday, April 20, 2011

Mujahadah itu perlu...

"Mujahadah itu perlu,
benar kata mu,
terima kasih sahabat akhirat..
benar sekali,"

rasanya semenjak dua menjak ni, byk sggh melagha,
byk benda dibuat lari objektif,
niat tak betul semua benda x jadi..

adapun beberapa perkara utk peringatan sendiri...
Facebook yg disalah erti,
tulisan jenaka diambil serius.. susahlah..

PERKARA 1: FACEBOOK

originally I made FB account to communicate with my parent and my brother and my sis.. technically, mmg kami melawak melalui FB, kami sampaikan berita gembira sesama sendiri merentas benua.. tapi bila perbualan kami dipintas/ dibaca org lain, benda dh jd pelik... even melawak antara adik-beradik yg mmg suka berjenaka pn difaham lain.. mengusik bonda, mereka kata lain.. susah.. nak deactivate susah nnti family takleh cntct bg berita n sembang2 etc..

jd resolusi balik semula kpd objektif: It's for family so make it only for family! So dear friends, if you happen to have emergency,you can cntct me via phone or fB mesej..


PERKARA 2: WRITING FOR SAKE OF NOT FORGETTING

originally this blog is made for self reflexion of mine, its for my future children to learn from my past not to repeat same mistakes, n be aware of this perpecahan ummah yg parah.. defintely, original intention is not to publish around.. mmg link provided utk family access blog ni but not for friends (except only for certain condition)..

secondly there is few activities happening in ths blog which make me feel uncomfortable.. STALKER ALERT! STALKER ALERT!! haha.. so in simple words, dukacita dimaklumkan dlm beberapa hari lg insyaAllah blog ini akan diprivateken.. harap maaf kpd follower yg berbesar hati mem'follow blog sampah ini..

hanya invited reader shj akn diberi access.. maaf ye.. sbb this has gone too far..
when it shouldnt be associating me in this blog with me in my real life outside, people seems cant stop doing that... they tend to take it very seriously.. it's just sastera.. I have passion in sastera, that's all..


lgpn nak exam dah kan.. dgn berbuat begini, fokus lg terfokus, krg cket melagha!! wuhuu!!

thanks to whoever been reading this junk!! enjoy n have happy live everyone!!

cheers,

slm perpisahan (ayat nak sedih.LOL)

regards,
Owner of this poetic blog.. rather than pathetic..LOL


p/s: mujahadh perlukan kekuatan, semoga istiqamah!! anyway this decision is not eternal, it may change with future situation.. musim exam kan lgpun..hehe



lagu perpisahan cket~ jgn igt cinta je ye, cuba tgk maksud dia.. puitis kot, it's about life!!

Tuesday, April 12, 2011

Wasiat Anak Muda...

Dewasakah kita?


Bestnya hidup dlm perpecahan,
Seryesly best giler dowh!! Like daaa!!!
Bestnya tgk generasi sendiri berpecah belah ikut blok2 masing2,
Perpecahan bentuk baru,


Org yg mulakan ni pasti berbangga melihat hasil kerjanya
Generasi kami berpecah.. oh wow bestnye dowh!
Generasi abah dan mama mgkin yg mulakan,
Atau sebelumnya,
Tapi angah tahu benar abah dan mama tak pernah terlibat dgn kerja menjana perpechan ni,


Kalau dulu,
Manusia dipecahkan dgn warna kulit dan nilaian bangsa,
Kesian African, teruk mereka diperhamba,
Tapi Skrg dahsyat dipecahkan pd pandangan agama,
Hebat.. halus hasil kerja!!


Lalu bila dibahas,
Ada yg katakan,
Ini mmg dh berlaku sejak zaman nabi lagi kot bro,
Even sahabat2 pun berpecah kot
Cube ko tgk perang siffin
So kau sape nak ubah semua ni?


Jawabku..
Mengapa kau suka bicara dan hamburkan sejarah?
Mengapa tidak kita lakarkan sejarah hari ini,
Lebih cantik kita melakar sejarah ummah bersatu! Allahuakbar!!



Mmg aku bukan siapa2,
Mmg aku insan lemah,
Berharap belas kasih Allah utk syurganya,
Tapi aku tahu Allah x suka manusia berpecah-pecah


Wahai generasi muda
Jom la bersatu pleaseeeeeeeeee…..
Hentikanlah cakap manis
“asalkan kita buat kerja baik utk islam sama2 dgn cara masing-masing ”
Jangan ckp begitu,
Kalau hakikatnya kita x besatu pun..


Macam mana nak jwb dgn anak2 nanti kalau mereka Tanya..
“kenapa generasi abah x bersatu?”
lagi teruk bila kita tergamam kalau Allah yg soal..


Doaku,
Ya Allahu Rabbi,
Sungguh aku insan lemah,
Bukan siapa2,
Kamu Tuhanku Maha berkuasa,
Dgn RahmatMu,
Kurniakanlah perpaduan pada Ummah,
Sungguh janjiMu benar,
Sekalipun tidak sempat ku menatap perpaduan di bawah Mahadi dan Isa Ibn Maryam,
Berilah peluang padaku,
Menghidu harumnya perpaduan ummah….Amin Ya Rabbal alamin







p/s: buat adik zaid, nanti bila dah besar kalau tgk generasimu berpecah, jgn menangis tau.. doa kat Allah, mana tau kamu sempat lihat perpaduan ummah!

Buat anakku, sekiranya di zaman kamu masih ada perpecahan ini, jgn kamu iktiraf pd mreka yg sedikit pun tak mahu bertolak ansur pd ruang perpaduan.. Tanya soalan itu, kalau jwb mereka tarbiyah sering perpaduan ummah (pd agama bkn bangsa), mengiktiraf islam itu syumul tanpa nafi pd siyasah khilafah, maka berjuanglah dgn mereka
with love,
-abahmu-

Urghh!!! Annoying nya peprpecahan!!!!!!






Thursday, April 7, 2011

Nota Cinta buat Kekasih..♥


Dikau,
Yang pertama mengajarku membaca,
Jauh sblm ke bangku sekolah,
Aku mengenal wuduk solat darimu,
Jauh awal dari kelas KAFA,



Dikau,
Mengajarku berlagu,
Pada bhs Al-Quran,
Dengan nada indah,
Pada ayat keterangan-Nya



Kaulah guru,
Yang mendidik kami dgn Al-Quran,
Yang menghias hati dgn iman,



Dikau,
Pernah dulu daku katakn,
Aku mahu ‘dia’ seperti kamu,
Semulia jiwamu, penyayang sepertimu,
Cinta semekar dirimu,
Peneduh hati selebarmu,



Tapi kamu menggeleng lembut tiada bersetuju,
Katamu, jgn cari seperti daku,
Carilah yang setinggi ‘siti khadijah’,
Lagi megah sakinah mawaddah wa rahmah,
Katamu, dlam berjuang, jgn lupa mencari ‘siti khadijah’, (hehe=P)



Dikau,
Yang mencubit dgn kasih,
Yang merotan hanger dgn sayang,
Yang mendidik dgn iman..



Dikau,
Insan mulia,
Tinggi kesabaran,
Dgn perangai nakal kami



Mama,
Kaulah,
Cinta kasihku,
Mengenalkanku pada kehidupan,


Aku sayang dia Ya Allah..

Selamat hari Ibu mommy! Hari-hari pun hari ibu.. Sayang juta2 byk2 mcm laut..♥ =)


p/s: menangi hati ibumu, maka kamu memenangi syurga.. =)

Wednesday, March 30, 2011

Sweet Grannie!! Now you make my heart cries!!


*barangkali ini lah biew adventure mereka!*


Ptg tadi ada satu sweet insiden di cardiothoraxic clinic yg membuat hati berdebar-debar, narrow tachy.. v-fib terus… at this moment asystole!! LOL


Dua beradik nenek tua Irish yg sweet bertongkat masuk ke consultation room, nenek Irish pertama tu dlm umur 80-70-an (kakak), granni kedua yg menemani patient tu berumur dlm 70-60-an(adik perempuan)… Lalu SHO (Senior Health Officer aka Dr) tu biarla aku dgn patient ni beserta adik perempuan dia utk diambil history. Lalu aku pun mulakan langkah mengorek history, tapi history lain yg terkorek..



Mcm biasa, med student mesti tau ayat skema open ended dan segala bagai.. so aku mulakan “are you from Galway?”.. diorg jawab “no, we’re from Co. Clare.”
Ok la fine, so teruskan ke ayat kegemaran “what brought you here..” tapi belum sempat dimulakan pertanyaan, nenek yg patient tu mencelah, “Where’re ye from?”
Lalu aku jawab, “owh am from Malaysia, far far away across the globe..hehe” lalu semua tertawa..


Kemudian nenek tu sambung, “I’ve been to Malaysia, well actually I’ve been A MALAYSIAN!”.. aku jd kelu n x yakin dgn statement nenek tu lalu Tanya “what do you mean??” sambil kening terjerut.. Maka nenek tu pun mulakan penceritaan hikayat Pengembaraan Seorang nenek Irish ke Malaya….



………………………………………………………………………



“…..Once upon a time.. (ok tipu dia x mula mcm ni pun.haha).. It was 1960’s long before you were born, (aku mencelah, well in 1960, even my mom was’nt born as well.. hehe).. semua gelak golek2.. pastu dia sambung..


“It was a very young country, Malaysia was really young.. but very beautiful.. one of beautiful land I’ve ever seen..like a virgin! Hehe” (dlm hati masa time ni aku x convince lg dgn grannies ni..may be dia reka cerita)


So aku pun Tanya.. what’ye doin’ in Malaysia at that time?


“I was working as voluntary nurse to help a newly-born nation. I work in Hospital Kluang…. (aku terkejut beruk kejap, sbb dia pronounce kluang mcm org melayu sejati..siap ada unsur slang jawa lg.. ok iawa tu hyperbola sket..hoho).


ok fine la, aku bisik dlm hati, ek elh, possible je nenek ni tgk dlm wikipedia..LOL


Pastu dia sambung, “ I work as Obs&Gynae specialist nurse back then (macam mak bidan la kot). you know what, one thng I miss most in Malaysia is Malaysian Babies.. they’re the cutest baby in the whole wide world (dia ckp seniri ok, ada air mata berkaca kejujuran di mata).. aku masa tu mcm sikit terconvince, jd tanya “ Why’s that?” pastu nenek comel tu pun kata.. “ I’m not quite sure why, they’re just gorgeous, may be because when they were born, they have this kind of ‘silky black’ hair.. it’s too adorable. (aku bisik dlm hati, org melayu sebuk2 colur rambut blonde/kelabu tahi anjing/merah etc, even aku personally berminat dgn rambut brunette (tapi setakat kagum je la.. tapi org putih suka dgn rambut hitam dan kulit tanned org melayu.. satu pengajaran aku dpt, ciptaan Allah SEMUA cantik2, tapi kita je x pernah bersyukur)


Nenek comel tu sambung lg, “I was in Malaya for 5-6 years and in 1960, ye have to come in from Singapura airport because no proper airport in Kuala Lumpur (kali ni aku terkejut biawak pasir plak, dia pronounce KL n singapura mcm org melayu kampung Pandan..LOL).. It was quite an adventure back then, we went to the east coast, Terengganu, swimming with the turtles, I remember back then there were two soldiers came to us saying it’s not safe to swim because of shark or jellyfish I don’t quite remember…


Then we went to Terendak.. (ini mmg saat jantung aku V-fib trus.. dia sebut terendak.. terendak? Sekecil2, sehulu2 area ni dia tau, takkanlah ada terendak dlm wikipedia..ahaha.. dia pronounce mmg macho melayu habeslah).. We were trekking in Terendak.. At that time there were accompanied by army as well because at that time.. (dia x habeskan ayat, aku angguk fhm, mgkn zmn komunis kot..)



“At that time, I don’t like Singapura, Hong Kong and Melaka because they’re too crowded.. but Melaka was brilliant, we saw lots of Portuguese traces back there.”



Then we drove up to the north Malaysia as well in late 1960’s( aku menympuk gembira! “Yes north!! Im from north!!hooray!” .. dia sambung balik “ I own a car at that time.. we went to Penang! It’s really nice.. where you from in the nrth?” aku jwb bgga, “Im from Kedah..” Nenek tu sahut excited.. “owh kedah, I know Kedah, it’s next to Penang!! I’ve been there.” (masa ni aku mmg convincelah, nenek Irish ni mmg legend, sebutan bhs melayu, mantop Montoya.)



Aku mencelah sbb curious, “can ye both speak Malay?”.. she replied” I was good with Malay back then, but now I kinda forget most of the words.. but I remember some like “nasi goreng, nasi lemak, laksa, sate, apa kabar etc…” (aku jawdropped! Cara dia pronounced semua tu mmg melayu habes! Irish bicara Melayu, pertama dlm hidup!! Hebat Allah Taala, Hebat betul dia design rangka kehidupan seseorang manusia..)



Aku Tanya lg “Isn’t it too hot/warm in Malaysia for ye both?” Diorg jawab comel,” well it was windy, no it wasnt hot at all. But Hong Kong was even hot n dry than Malaysia.. (aku senyum, kembang semangkuk)


“There was one buildingin Kula Lumpur looks like mosque but not mosque.. what’s the name?.. “ aku menyampuk “national mosque, KLCC? (LOL cam bangang, semua dia atas mana wujud lg in 1960’s..LOLOL.. pastu aku tnay “Is there any field/square in front of the building? Dia jwab excited “yes2!” aku suggest “ Bangunana Sultan Abdul Samad??.. Nenek tu amazingly reply “yup it’s Bnagunana Sultan Abdul Samad..(aku dh tak larat terkejut dah.lenguh dah jawdropped. dia pronounce seketul2 melayu.. pasrah je la dgn nenek comel neh, akuilah, mmg dia pernah jd Malaysian.. sorak dlm hati “nenek berdua mmg legend arr!! Mmg rawkz arr korang”



Aku Tanya,” xbalik ke Malaysia ke visit kwn2 lama? Dirog reply "we went back in 1990’s but no one left, most of them passed away.. aku angguk dlm hati“owh.. ye la life expectancy Msia mmg lg singkat”



Nenek tu sambung lg “ I was in Malaysia for 4-5 years, then I was transfered to Nepal.. so It was such an adventure.. This is my adventure, what about you boy??”



Nenek berdua tu senyum tgk aku, aku senyum balik sambil bisik dlm hati.. “skrg nilah adventure saya, adventure di Galway..adventure in Europe, adventure menjadi doktor muslim berjaya.. gaye berkobar2!“ muhasabah dlm hati “nenek berdua ni berpeluang tgk generasi mama n abah membesar (my parent) dan juga tgk generasi aku membesar(sampai aku skrg sebaya umur dia dulu di Msia)..



“terbayng2 di depan mata, will I tell my story to 2 generations down in future.. cepatnya n singkatnya sebuah hayat kehidupan! Cukup ke amalan nak ke ‘sana’??”



………………………………………………………………….



Ending cerite ni x best cket sbb lepas tu pintu bilik consultation dibuka lembut.. aku nmapak wajah eager SHO( Dr) tu.. pastu dia Tanya “ Are you ready to present the case?” bisik dlm hati “OMG, am so dead!! Sweet Grannie!! Now you make my heart cries!!” T-T


p/s: aku pun tak pernah smpai Terendak!! ada mrsm je pun LOL! btw, aku x present pun case kt SHO tu, takkan nak present history nenek ni menjadi msian plak kan?/ ahaha.. what a day!

Sunday, March 13, 2011

Inikah cinta?




Saat itu,
Kulihat wajah mu,
Petah,
indah,
Hati tergugah,


Aku jadi sangsi akan rasa ini,
Lalu daku selami sastera hatimu,
Agar hati kita bicara,
Kita jadi petah nan ramah,
Hati berbunga dan cinta pun bercambah


Kata orang kalau mahu mencintai,
Kenali dulu hati budinya,
Begitu juga kamu,
kalau mahu ketahui sesebuah watan, pelajari bahasanya


sedekad lalu, hati tertaut pada adabmu
Tiada Islam dlm ID mu, Tapi sepertinya subur dlm jiwamu
Benar dulu kamu menjajah watanku,
Memang aku marah,
Tapi cinta bisa menukar amarah jadi ramah,


Saat dulu,
Tsunami merenggut nendaku,
Kamu tidak tertawa,
Tak berderai hilai tawa,
Kamu hulurkan simpati kemanusiaan,
Aku jadi kaget, betapa adab kamu seperti muslim
Wahai mentari terbit


Tapi kini, tsunami menggegar asasmu,
Ku mohon maaf bg pihak mereka yg mentertawamu,
Sggh mereka tidak benar megerti apa itu tsunami,
Maafkan mereka,


Barangkali Mereka tidak pernah berjalan dlm runtuhan,
Barangkali mereka tidak tahu apa perasaan
Berjalan dicelah selut hitam tsunami
Barangkali mereka tak tahu
Bagaimana rasanya melihat taman permainan sewaktu kecil,
Hancur musnah.
Barangkali juga
Mereka belum pernah mengucup yang tercinta direnggut tsunami..


Sggh mereka tidak mengetahui,
Maafkan mereka,


Bumi Meiji,
Kamu bangsa kuat,
Pernah bangkit berkali-kali,
Di celah runtuhan sama,
Kamu bangkit megah,

Di celah debu bencana,
Kamu maju,
Jauh lebih maju dari yg mentertawa,
Kamu samurai,
Bangkitlah semula,
Bina semula,
Taburkanlah bunga minda kelas pertama pd semua,
Kamu sudh punya adab Islami,
Indahnya jika akidah pun sama..
Ibarat sakura di musim bunga,
Kamu pasti bercambah megah
seperti pasca WWII dahulu…


[Ya Allah buka hati mereka pd risalahMu. Amin]