Sunday, August 8, 2010

Cerita semasa kecil: satu tanda utk mensyukuri..

am back!! super tired.. not in mood of writing.. transfering my writings from fb note to this blog..there's no harm of putting all the collections in one place! ok cau cincau![in stress thinking of 3 weeks to Galway.. damn!!] (T-T)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Loceng sekolah berbunyi menandakan jam dah satu suku..kelas dah habis untuk tahap satu di Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam…Maknanya budak darjah dua dah boleh balik.. Kalau nak tau Bukit Meriam ni pernah menjadi pusat pemerintahan kedah suatu ketika dulu sebelum berpindah ke Alor Setar.. memang ada meriam, katanya lah..kalau nak ke pantai merdeka mesti lalu sekolah se-blok ni.. kelas dah habis aku terus ke bilik abah.. bilik PK KO kurikulum rasanya. Pemangku rasanya... itulah post yang abah pegang masa tu.. muda lagi abah masa tu, baru 30.. Sesampainya aku, along yang masa tu belajar di darjah 4 dah ada di kerusi roda pusing2 abah yang empuk tuh..memang kami selalu berebut kerusi tu sebab nak main pusing2.. maka hari tu terlepaslah peluang aku nak main kerusi tu..*sigh*




Belajar di sekolah abah memang best..anak cikgu la katakan.. banyak la layanan istimewa satu sekolah bagi..tambah2 sekolah luar Bandar..asal ada pertandingan apa2 je mesti terpilih.jadi pengawas mmg for sure lah, anak cikgu kn... masa tu konon2 rasa superior la dari member2 sekolah yang lain.haha.budak2 lagi kan biasalah tu..bab makan paling best, hampir setiap hari abah mesti buat surprise, sampai dah rasa tak surprise lagi.LOL. rutinnya aku kena beratur dengan tabah sambil menggenggam syiling seringgit berwrna merah tu untuk beli nasi lemak 30 sen lauk ikan bilis, tapi pada hari2 yang ada surprise tuh, mak cik kantin akan bagi satu pinggan yang lagi best macam2 abah dah order kat mak cik kantin tu, tengok la kadang2 ayam goreng, sotong besar, udang besar macam2lah.. sayang abah!! Sebab lepas tu duit seringgit tuh buleh simpan beli game digimon takpun kereta dash yankuro..brand tamiya la baru stail!!huhu





Berbalik ke cerita asal, aku masuk bilik abah dengan muka agak bengang dgn along sebab dia dpt kerusi tu dulu.. abah bagi kunci kereta, suruh kami pegi tukar baju sekolah yang hangit tu dgn baju tshirt spare yang selalu ada dlm kereta..mmg selalunya abah simpan baju spare angah dgn along dlm kereta..begitulah abah..selalu well-prepared..meeting abah selalunya habis pukul 3- 4 macam tu..maka sekitar sekolah tu la playground kami..biasanya kami lepak di kantin..macam2 kami main..dari game digimon sampai la aci ligan(kejar2).. aci ligan tu pulak berbagai, aci ligan duduk la, aci ligan freeze la..mcm2!! ada ja idea2 pelik..budak2 ..mmg kreatif.. yang paling tak tahan nak main guli, since masih kat sekolah, aset2 guli simpanan semuanya di rumah, bola roundes lah jadi pengganti..main guli guna bola roundes?? Tu pun cilok dari stor sukan sbb kunci stor sukan buleh ambik dari bilik abah..hahha..rule dia sama jugak ada kandang bank(kandang=circle yg ada byk guli taruhan dlm tu), ada urat mati dan urat baling(urat=line)..haha..lucu..mmg lucu..




Tiga setengah mcm tu, meeting abah dah habis..mama pun meeting jugak petang tu kat sekolah dia..sekolah kebangsaan bukit kecil namanya..sekolah ni mmg cater anak2 kampung di Pantai Merdeka.. Terus abah keloi kami ke kereta, dan terus meluncur ke sekolah mama.. Selesai ambik mama terus ke rumah arwah tok(nenek) di Kg. Tepi Sg Kuala Sg Muda(tempat bencana tsunami di kedah,arwah nenek jenazah kedua Berjaya di bawa keluar dlm tempoh 12 jam slps tsunami..Al-Fatihah), untuk ambil arwah adik atin( Al-Fatihah buat adik Fatin Nabillah Husna, adikku yang meninggal muda pada usia 6 tahun..muda..mmg muda). Biasanya kalau sampai rumah tok, aku dan along akan main dgn adik kejap pahtu terus ke kabinet dapur tok..sebab dlm tu la biasanya kami simpan aset2 guli yang dimenangi, gasing, wau buatan sendiri(penat raut buluh guna pisau pelit(pisau lipat lima sen)) dan sebagainya..




Sepatutnya lepas ambilk adik atin, kami sekeluarga patut terus balik ke rumah di Sg Petani, tapi malangnya, along dan aku akan lesap dgn pantas melusup ke ceruk kg bermain guli.. tak pun di tepi laut main wau dgn Li(Fazli) dan On(Azrul). Mereka dua beradik anak mak Tam. So sepupu kami..kami berempat mmg sebaya...sebab tu kalau weekend along dan angah mesti tidur rumah tok..itu tak campur cuti akhir tahun lagi..=)..Tok selalunya hampar toto depan tv untuk kami dua beradik sbb nak tgk Hulk Hogan beraksi dlm gusti mlm tu..selalunya Li dan On akan join tidur dgn kami..even arwah tok sendiri akan tidur dgn kami, kalau kami sleepover..Kesian arwah tok wan kena tidur bilik sorang2..hehehe




Kg nenek ni sebenarnya jeti naik ikan..so mmg tepi pantai yg gebu..kalau kena musimnya,maksud aku musim mencari kepah, akan ada beting pasir timbul di tgh laut menndakan kepah bersepah2 di tebing tu..semestinya aku dgn along aku naik perahu pak long ke tgh laut mencari kepah.. sekilo biasanya peraih ambik 5 ringgit.. yang ada di kepala kami berdua, duit tu semestinya bermaksud enjin baru buat kereta dash yankuro kami..enjin hitam terutamanya..masa tu kononnya enjin berwrna hitam paling laju utk kereta tamiya..LOL.. Kepah mmg pernah jadi sebahagian hidupku.. biasanya peraih akan dtg ke rumah tok untuk beli kepah yang Berjaya kami cari.. selalunya dalam mencari kepah aku mmg loser..kalau timbang kilo gundi kepah ,aku paling ringan..sedih..pahtu ngamuk sebab along dpt banyak..selalunya arwah tok masukkan kepahnya dalam gundi aku bagi balance, senang cket, cepat cket aku tutup mulut. Tak tahan mungkin dgr aku melalak.begitulah arwah tok..selalu manjakan kami..lagipun kepah ni kan sepatutnya jadi leisure activity untuk kami semua, so arwah tok mmg x kisah..




Tapi semua ni dah berlalu.. 14 tahun yang lalu..dah banyak orang yang aku sayang dlm kisah ni dah pergi berjumpa Ilahi..Arwah adik atin..arwah Tok..arwah tok wan..semuanya dah kembali bertemu Allah.. Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman.. Dalam semua tu, banyak lagi nikmat yang Allah masih kekalkan di sekeliling aku- abah, mama, along, adik teah, adik ikmal.Angah sayang kalian semua( homesick sebenarnya neh!!haha).Syukur padamu Ya Allah.. =)





p/s:diolah dari kisah benar..mungkin ada fakta yang sedikit diubah tanpa sengaja kerana memori telah berkarat ditelan masa=)

Tuesday, July 20, 2010

Ibu, jgn aku dibuang..

ok dh balik panjat gunung jerai.. mmg utterly awesome la.. tapi skali mama pulak gi buka halaqah sentuhan kalbu.. mcm intersting btul rancangan ni.. aku baru tau.. mmg tersentuh gak la.. isu yg dibawa kali ni isu buang baby..

aku mmg panas betul dgn org yg buat onar pastu lek lek je bunuh baby tu..aku mcm hairan la kalau tanak pun letak la baby tu dlm raga then letak depan pintu rumah ank yatim ke rumah org ke dpn msjid ke.. kire dlm keadaan proper n senang org nk jumpa.. at least kalau org jumpa org mesti tolong baby tu.. tolong adopt ke tak tau la.. tapi aku mmg pelik sbb diorg letak dlm tong sampah terus dgn intention mmg nk bunuh baby tu..

ok bila balik pd isu ni aku rasa fenomena ni mmg berkait rapat dgn penerimaan org melayu terhadap baby luar nikah.. mmg zina tu haram, no doubt, can't argue.. tapi kan dlm masyarakat melayu la kan( not blame anyone ok just mmg mcm dh jadi tradisi cket), org akn treat org yg ngandung anak hasil zina dgn penuh hina or penuh slack la.. mmg sbb tanak malu, then diorg ni trus buang baby.. mcm nk kata kt sini, kita tau org zina tu patut dihukum mcm Allah dh outline, tapi masyarakat sekeliling pun nk gak play role in menghukum dgn cari psycho org dh commit adultery tu.. tapi mmg kdg2 fikir pdn muka gak arr!! tapi kesan dia boleh bahayakan nyawa baby x berdosa tu..

p/s: ni ada satu pengumuman, kalau anda terbca ni and anda ada baby, tak kisah la dgn cara halal ke haram,yg anda tanak bela sgt2 dah (kira mmg nak get rid anak anda tu), tolonglah jgn buang, bagi saya, biar saya bela.. no sriuosly, nmpk mcm saya main2 tapi i think this's much better..




Ibu, jgn aku dibuang..


Dalam rahimmu,
Ku sampaikan gusar pada malaikat penjagaku,
Takutnya aku utk dilahir,
Takut diri tak dunia terima,
Takut sayang terhenti mati,
Mahu terus kekal di situ,


Malaikat ungkap lembut,
Pesan persis padaku,
Ada insan di luar sana,
Lebih lembut belainya,
Lebih limpah kasihnya,
Yang pasti sayangiku,
yang aku harus taati,
Malaikat kata
itu kamu ibu..


Tapi mengapa ibu,
Mengapa aku dilayan hina,
Kenapa sampah buaian ku?
Kenapa maut hadiahku?
Kenapa bunuh dodoianmu?
Kenapa aku dihidang enak,
Buat santapan gonggongan anjing..

Apa aku tidak berhak disemadi sempurna?
Apa aku tak layak buat sepasang nisan?
Hinanya aku ibu.. apa dosaku??

Cuma kerna aku anak haram,
Jijik sekali kau layanku,
Ibarat aku yg berzina.. (T-T)








Monday, July 19, 2010

Gua tgh panas ni der!!

ok mlm2 neh, bdn pulak tgh panas..mana x panas nya dh siap gi warm up utk mountaineering esok.. *giler semangat haha* basically mmg aku over excited sket sbb dh lama x daki gunung jerai.. by daki i mean by foot ok not by car/van!! last time yg aku ingat mountaineering dgn scout zmn sekolah kat sains matjiwa dulu..dh lama la.. pastu mcm rindu plak nk gi camping skali..=(

ni nak kongsi cket kisah pasal gunung jerai..aku mmg ingat betul, sapa2 saja yg aku sembang dgn org tua ke muda ke , yg mmg anak jati kedah kira area sg petani, yan tu suma akan ckp gunung jerai ni tempat org buang saka n tempat hantu2 melintas.. aku mmg tak tahulah sama ada benda ni betul ke tidak kan.. sbb org melayu mmg famous cket dgn legend2 n cerita2 hantu..kdg2 tu cuak gak mendengar..aku mcm pegang prinsip ni, aku tak kacau dia, mesti la dia tak kacau aku kn.. dia dgn kita makhluk Allah gak kn.. so takutilah ALLAh azzawajalla sahaja ye kwn2..

aku frankly speaking kalau isu2 hantu ni antara percaya dan tidak.. faham ke maksud aku.. sbb kalau org melayu mcm2 nama hantu diberi, kira dh boleh terbit bukula mcm ensiklopedia hantu gitu.. tapi kan dlm islam yg di mention jelas psl syaitan, iblis dan jin.. selalunya yg dok ganggu manusia ni jin, sbb dia advantage berbanding mnusia kn kt bumi ni sbb kita x nmpk dia tapi dia nmpk kita.. dia pun kena beribadat kpd Allah mcm kita juga akn.. so kita hmba, dia pun hamba.. kan Allah dah berfirman "tidak aku jadikan jin manusia itu melainkan utk beribadah kpd ku"..


ok dh cukup pasal gunung jerai.. satu lagi yg excited sgt neh sbb mountaineering ni mmg one of my favourite hobby(tapi nk kata hobby mcm x sesuai sbb jrg2 sekali boleh buat, mcm passion/ interest je la) anyway, setiap org ada wish list/ to do list, dan aku juga ada wishlist aku seniri..ada yg dh buat, ada yg belum..dan aku mmg harap sgt dpt buat semua ni, aku mmg mcm adventurous cket, even kdg2 tu susah nk dpt geng yg sekepala utk buat aktiviti2 ni semua.. sbb tu setiap aktiviti aku mesti pi dgn org yg lain2 sbb ada yg aku minat org tu x minat. tapi bagusnya, dpt member ramai, networking pun bagus, selalu dpt rakan baru, cth mcm hari tu aku pegi payar, byk giler member baru yg x kenal mana pun, tapi sbb interst sama terus jadi geng, cium ikan sama, main shark sama2..hoho. mmg ada member aku yg kata aku ni suka buat aktiviti ekstrem, dh la risky, bahaya betul.. tapi aku rasa la kan, aktiviti yg aku suka tu la yg buat hidup aku meaningful, menarik, x dull/ boring/ static..

pastu mama ada gak sound, jgn2 extreme2 sgt takut nnti bila dh kahwin wife x dpt catch up dgn minat gila2 neh, atau pun takut nnti aku boring dgn life after marriage.. aku reply la, ye la lps kawen nnti stop la (boleh punya), tak pun mana la tau my future wife nnti neh pun suka akviti ekstrem berikut..haha.. inilah maksud hidup bujang.. cewahh!! tapi dlm hati setuju gak dgn apa yg mama kata, bila kawen nnti kena slow down..hoho *ok dh terlebih fast forward haha*.. sbnrnya mama cuma risau pasal safety je.. itu je.. hehe



my top 8 wish list before time ends (Allah knows when):

1)sky diving in tipperary ireland.. kalau msia pun ok je.. ni mcm agak mahal tapi skrg dh murah.. mmg kena try.. 10 000 ft drop, fuyyoo layan tuh~
2)bungee jumping in new zealand! oOyeah~
3) hunting.. ni mcm nk try kat malaysia.. nnti nak dptkan lesen nk gi hunting deer ke ayam hutan ke!! fuhh layan~
4)scuba diving.. mahal la cket, tapi best kot.. may be next week kalau takde aral, scuba la aku kat redang tu insyaAllah=)
5) whale watching kt cork or kat aberdeeen.. kalau boleh aku nk minta kt abg bot tu nnti nk dive skali dgn whale tu.. yg aku teringin sgt nk jumpa blue whale dgn orca whale (ala ala nk buat mcm filem free willy tu haha)
6)mountaineering,, ada la 2 ,3 kali dh buat tapi target aku yg terdekat kinabalu la.. pastu nak extreme lagi boleh try everest la kot, tapi aku rasa kalau dh masuk zmn kerja impossible boleh buat semua ni.. *sigh* anyway yg ni kira dah DONE!!
7)snorkeling.. alorh dh byk kali sgt.. dh mcm boring cket..haha!! ni pun DONE!!
8)travel.. alah ini takyah ckp la.. mmg byk la jugak dh cover.. alhamdulillah, rasanya kalau aku x study broad, ni mmg sgt impossible.. owh next target egypt n greece.. sbb aku mmg suka cket visit tamadun2 lama neh.. mcm fascinating cket..wonder's of the world la slalunya yg aku visit.. ada tempat yg mcm susah cket nk sampai tapi aku target gak utk sampai.. aku nk tgk machu pichu n cage dive dgn shark!!!! DONE!



ok pastu bila ckp isu ni mesti ada membe aku tanya, habes haji dan umrah nak letak mana?? kawen takan ko tanak?? duhh,, lembu susu sungguh!! itu mana masuk wish list itu dh masuk, must do list la.. LOL


ok till then.. cau cincau!!


p/s: org balik summer buat attachment, aku dok buat benda2 extreme camni.. kdg2 rasa mcm rugi gak, tapi kn fikir2 nnti lgi 3 kali summer mmg dh kena buat attachment wajib.. so baik summer ni lek lek luu.. sbb nnti mana ada masa lgi.. ok *cubaan memujuk diri sendiri haha*.. anyway sementara summer ni, " screw you medicine!!" haha=P.. nnti balik galway aku study la balik haha

Sunday, July 18, 2010

Before you know it, the sun sets..


It was gloomy that day, I was on the deck, enjoying the fresh breeze of the sea, looking at the far horizon, letting my mind to wonder freely, until my fingers was pulled, very gently indeed, by a cute chubby little girl.. I looked at her, with a lovely stare and got on my knee. She kissed my cheek, then smiled cheekily and whispered, “Daddy, how do I pronounce the name of this cruise?”.. “it’s Star Cruise honey”..

In life, I have almost everything, a medical career, beautiful daughter, everything you name it, except for one thing.. My heart is empty as my one and only lovely wife passed away, 3 years ago. Not as “health and in sickness” as promised. It was cancer that robbed her away from me. There’s no way a replacement can heal this. I was, am and will always be hers. And our 4 year old daughter, Emily is the proof of the eternal love. Emily is all I have, and I always wanted her to know, daddy always love her no matter what ever happen..

Because of my love to her, and in fact she’s all that I have in this life, who cherish my day, being the reason for me to continue living, I took her along this voyage. We were on our way to a medical convention that I have to attend, somewhere in Venice.. Yes it’s Venice, the one place on earth where her late mommy loved the most.. That was where we had our honeymoon before our one only daughter, Emily comes around.

My daughter pulled my hand pretty hard and we both walked our way on the deck heading back to our cabin.. Along the way, she cheekily smiled.. owh I knew the smile well, she surely will be requesting for something, usually a lollipop, her sensational passion!! But instead, adorably she asked, “daddy can I have ice-cream??”.. I looked at her and smiled, “ sure you can honey, whatever you wish..”.. She ecstaticly jumped into my arms, kissed me, again on my cheeks, and shouted “yeay!!” breaking the deafening silence on the deck of the cruise, drawing lots of attention from other passengers and some even whispered (owh yes I overheard..haha) “she’s soo adorable!!=)” .. I smiled looking at her, she looked just like her mommy, the eyes, the smile, the way she behave, it’s like in war of genetic imprinting, mommy won and yes daddy loose..hehe!

It was three scoops of ice cream.. she seemed to enjoy the ice cream, but that was after I managed to persuade her.. She initially wanted for praline and cream (her obsession, just like her late mommy, huhu like mother like daughter..) and I struggled explaining to her, there was no haagen dasz on board, and that’s all they have.. I in fact was so puzzled how could such prestigious cruise, did not have haagen dasz kiosk on board.. It was, mind boggling.. Finished with the ice cream, I took her back to our cabin, getting her ready with her swim suit before we both headed to the pool.

On our way to the pool, passing hundreds of cabin, taking elevator and stairs, I started to feel something was off with this cruise, the aisle was so silent, like it was an utterly empty vessel.. I frowned, strengthened my grip on my daughter’s hand, harden my grip..” my lovely daughter asked, “what’s wrong daddy?”.. I smiled, looking straight to her azure eyes and replied, “Nothing honey, everything just fine.” Deep inside, I knew something horrible was going on, I could feel it, sensed it, as the air signifies threat..

Despite all that, we walked our way to the deck.. Before opening the deck’s door, I took a peak into a tiny window on the door.. It was purely instinct, protective instinct of a father.. I was awed with what I saw, men with artilleries, fully equipped, M16 ‘s, rifles, guns, machete’s and plenty more weapons that I don’t even know the name.. The passengers- men, women, children, everybody was lying on the floor, crying helplessly, some even shouting hysterically, while those gunmen pointing those weapon right towards them.. My mind started processing, but I hardly struggled to think straight.. I knew that this cruise has been hijacked by who I wasn’t sure.. might be pirates or might be militants, these brutal gunmen could be anybody.. now that they thought they’ve taken hostage everyone on board, I noticed my daughter and I might not stand a chance getting off this terrible raid.

Thank goodness my daughter didn’t see any of those, and those gunmen didn’t notice us. I tried my best maintaining my confidence, avoiding panic between we both. I started to imagine terrible things that might happened if we both got caught and I failed to protect and defense the only person I love left-my own daughter.. How would I explain to my late wife, how I terribly failed to protect our baby..But the willpower inside was so strong, telling me that we should try our best to maintain survival, and yes I’ll do whatever in my power to protect my cuddly little girl.

Without any hesitation, I hugged my daughter and carried her away from the deck. In response, she clasped firmly into my arm, looked right on my face and repeatedly asking with her tiny voice, “daddy, what’s going on?”.. I remained silence kept running for our safety.. She started to feels that something bad was going on, and pearls started to run from her eyes to her cheeks. Noticing her tears, my hearts broken, like it was crushed into pieces.. gently I raised my finger to her cheek putting the tears off.. In response to that, she raised her cuddly palm and put off my tears.. Goodness I didn’t notice I cried.. It was silence, not even a word, but our hearts communicate.

With she in my arm, we kept running, passing by, cabin by cabin till accidentally we bumped into a man.. all three of us was on the floor.. I startled, thinking that it’s over for my daughter and I. I saw the man was holding a rifle on his right hand and a red emergency axe on the other. I hugged my daughter protecting her from the man.. She was shaking hysterically, I could feel it with my chest.. The man stood up, and walked slowly to us.. I raised my right arm ready to defense my daughter with head looked down, waiting to be butchered alive.. we were both shaking.. My daughter just couldn’t stop crying. The man held my hand pulling me up, sort of helping me getting on my feet. We were both confused.. The man explained he’s one of the crew, a sailor.. I didn’t manage to know his name, it was so chaotic. now that we knew he’s a friend and not a foe indeed, my daughter and I joined this man for safety.. He said he knew the hidden way to get to the emergency boats on starboard.

He handed me the rifle, and kept the axe with him.. Thank goodness I still remember how to use a rifle, just like when I went for hunting trip in Nanterre. I held fast to my daughter’s hand, all three of us ran as fast as we could to our only hope-emergency boats.

Whenever we were passing lots of junctions and aisles, our lives were always at stake! Then we reached an elevator. The sailor said we need to get down to the third floor. We took the elevator.. In the elevator, I took my shirt off and tied it to my daughter’s eyes.. I did that just because I didn’t want her to see terrible things on the way.. even if my life ends on this vessels, I did not want her to see me dying.. While I was tying, she whispered, “daddy, I love you..always..please don’t leave me like mommy did..” my heart just shattered, kissing her, hugging her madly like we were never going to see each other again.. All three of were anxiously waiting for the elevator door to open..

“ting!” the door finally opened.. It was disastrous, two of the gunmen was waiting out of the door, but they weren’t ready with their weapon.. My finger was on the trigger, and the nozzle was aimed straight to the two gunmen.. Both sides startled for few seconds, shocked of not expecting to see each other there.. Without much hesitation, I finally pulled the trigger.. twice.. both shot punctured the chest of both gunmen (it was on left side of chest).. I was certain that I managed to ruptured their heart.. Thanks to medicine, I knew well the location of the heart.. My daughter at that time, with eye’s covered, strongly hugged my feet.. I knew she was so scared of the two loud shots she heard just now.

We knew when I shot just now, the sound might have been heard by the rest of the brutal gunmen on the deck. There was no time to be wasted.. I grabbed my daughter, and we all ran straight to the emergency boats.

We managed to get to the boat.. I put my daughter in.. The man and I both struggled to put the boat to the open sea. There were mechanical gears and hooks need to be controlled so that the boat would descend slowly.. I asked the sailor to get into the boat with my daughter, leaving me behind handling the mechanical gear.. Eventually I managed to put them into the open sea. I shouted asking for man to paddle away from the cruise for at least hundreds of yards, because I knew, it was out of shooting range, no bullets might harm them in such distance.. As the boat was far enough, the man waved the paddle, signaling it was about time to jump and swim to the boat.. I knew the splash will draw the attention of all the gunmen towards us, but I have no choice.. I climbed the handling rail, ready to take that giant leap, but all of sudden a man shouted from the back, “ do not move a muscle, or I’ll shoot!” I turned my face back and noticed, six gunmen aimed towards me.. I then smiled, knowing my ends was so near.. Putting my both hands up in the air, I jumped. I finally took the plunge. the only sounds that I heard at that very moment was like rain, but it was not raindrops, but bullets instead..

I managed to get into the water..alive.. yet I had to swim to the boat, to my daughter. I swam as fast as I could, and most of the time I dived-swimming in the deep so that rains of bullets won’t hit me.. It was so dramatic.. Thank goodness I used to scuba diving, and this was not much different, except that now I dived with no oxygen tank. I swan helplessly toward the white boat, reaching there, the man helped me to get into the boat.. I hugged my daughter, took off the clothes that covers her eyes, she opened her eyes and jumped into my arm while pearls still running from her eyes..

When I was hugged, my left hip was terribly painful.. My daughter looked at her palm, it was red blood and she spontaneously cried, “daddy you’re bleeding..”.. I knew I was hit in the water just know, I lied down, got on my back, looked into the sky, it was red orange.. I saw two faces in the orange background it was the sailor and my baby Emily.. Emily was crying hysterically, begging for me to stay, not to leave her.. I said to the sailor, “take care of her well, and make sure you’ll get her to her grandma”.. I enjoyed looking at the red orange sky, it was so peaceful, it was like the sea hymn and the breeze whisper...

and slowly, my eyes shut… before you know it, the sun just sets..



p/s: this writing is so memorable to me.. it costs me my pmr, spm, english 1119 and even IB english standard level.. *might not be exactly, but most of the outline are there..such a huge memory!!=)

Saturday, July 17, 2010

Resepi!!! oOyeah!!

Apam koko

bahan2:

3/4 @1 cawan gula-blended
3 biji telur ayam
1/2 cawan koko
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 1/2 sudu teh bicarbonate soda
1 cawan air masak suam...air mutlak sebainya ehehe
1 cawan minyak


cara2:
-ayak tepung gandum, koko dan bicarbonate soda (mix 1)
-kacau telur dgn gula (mix 2)
-mix 2--> masukkan susu, kemudian air, then mix 1, kemudian masukkn minyak
-biar dlm 10 minit
-finally kukuslah apam itu dlm bekas yg comel2


tadaaa!! siap=)






Kek Batik

bahan2:
1 mentega
1/2 tin susu pekat
5 sudu plastik coklat
1 biji telur
1 packet biskut marrie

cara2:
-mentega dicairkan +susu pekat+coklat...gaul hingga pekat
-then masukkan telur (atas api ok, gaul cepat x berketul)
-pecah biskut 3-4 keping biskut
-gaul dlm kuali hingga sebati
-masukkan ke dlm bekas (tekan hingga rapat)
-masuk fridge
-finally makan!!

tadaa!! selamat mencuba lagi




p/s:actually ckp kt diri sendiri moga2 dpt lihat hasilnya di Galway nnti..ooyeah!!=)

Menari bersama Ombak, Bicara pada Laut…



Sungai Petani, Ogos 2008

“lab coat dah, maggi dah..apa lagi eh” mulut si angah mengomel perlahan sambil tangan sibuk memotong list brg yg siap di sumbat ke dlm luggagenya.. dgn kudrat yang ada, dia heret luggage itu ke dpn, siap dizipkan.. balik semula ke bilik, menyusun rapi segala dokumen ke dalam button file.. siap itu dia selongkar pula almari buku mencari surat tawaran med school NUIG (National University of Ireland, Galway)..

Spontan mengimbas pantas almari buku itu, hajat ketemu offer letter, dia terpaku sebentar, mata terpana ke satu kotak kayu kecil. saiz sebesar buku, terletak sebelah dgn buku bertajuk ‘pedagogi pendidikan’. Angah ambil kotak itu dgn hajat nak buka, ingin tahu apa di situ, mana tahu ada barang emas ke mama salah letak kemudian lupa..

Kotak itu dia buka perlahan, mata meluas ‘wah dissection kit! Jimat duit takyah beli kt Kamal lg (kedai brg medic terkenal utk med students..tak caya google seniri hehe)’ bisik hati kecil si angah.. tapi siapa punya scalpels, forceps n etc ni suma, fikir si angah.. masa itu juga suara mama semakin menghampir, semakin kuat dan jelas bertanya “angah, dah jumpa offer letter tu??”..

Si angah toleh ke mama di muka pintu bilik, “sapa punya dissection kit ni ma?”. Mama tersenyum lembut, duduk perlahan di sebelah angah..Kotak itu mama pegang, angah nampak mata mama berkaca, tunduk pasak ke bumi, scalpels karat itu mama sentuh lembut, gayakan bagai tgh buat incision, sambil bibir mengukir senyuman sembunyikan kesedihan.. kata mama “ini milik seseorang yang cita-citanya diragut kemiskinan, dinoda kedaifan..gini ceritanya….” [background music: hymn to the sea]

- - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - - -

Kampung Tepi Sungai, Kuala Sungai Muda 1968

Usai subuh itu hening sekali, nelayan tua itu siap melipat jala yg dijahitnya semalaman, di bawah pelita minyak.. awak-awak(istilah anak2 kapal bagi nelayan di kg ini) siap menanti di pintu depan.. Ada sinar di mata, mengharapkan tekong (ketua) membawa ke lubuk, harapkan bodong (kumpulan besar ikan) utk hari ini, demi mengisi suapan keluarga, ada mulut2 lapar menanti di rumah.. Nelayan tua itulah tekongnya, Desa namanya, ayah mama.. ada urat2 tua di mukanya.. sblm keluar pesan dulu ke anak perempuannya, “mengaji rajin2 ya, nanti pak tambah duit belanja”, dlm benaknya dia tahu, janji itu belum tentu dia mampu penuhi, tapi tetap memotivasi .. Anak kecil itu senyum, sekadar sembunyi apa di hati.. dia sedar, mengerti benar, bapanya bukan org senang, mmg susah..

Saat itu juga, belum pun burung berkicau, belum pun mentari terbit, isteri nelayan tua itu nampak sibuk sekali… tgn pantas menyusun kepingan2 daun pisang yg sudah dipotongnya semalam..semuanya bersaiz separuh A4, disapu bersih nampak berkilat.. puluhan semuanya disusun teratur.. kemuadian wanita tua itu membongkok perlahan meletakkan secawan pulut, sesudu inti serunding ikan (ikanlah sbb masa tu ikan jenuh dan murah) ke setiap daun pisang itu.. kemudian anak permpuannya dipanggil menolong.. Dua beranak itu membungkus kemas puluhan pulut sambal, disemat ketat dgn keratan lidi sepnajang 3cm.. kemudian setiap bungkusan pulut sambal itu mereka susun ke dalm bakul. Beri sikit pada nelayan tua tadi buat bekalan ke laut. Rupanya si ibu berjual pulut sambal ke rata kampong buat ringankan beban si suami.. anak perempuan tadi siap dgn uniform sekolah rendahnya..itulah mama

Sesudah itu, mama usung bakul itu ke seluruh pelusuk kampong, memekik setia, “p-u-l-u-t s-a-m-b-a-l, p-u-l-u-t s-a-m-b-a-l!” dgn penuh berlagu..(angah tahu benar lagu ini, sayu, hiba, trust me I know the feeling, sbb pernah bantu nenek jual pulut sambal selepas main guli masa kecil2 dahulu, tapi in my case semua untung masuk poket angah lah buat beli kereta dash yankuro..haha)..Zaman 60-an, zaman itu brapa sen lah sgt harga satu pulut sambal. Memang laku, selalunya para nelayan yg beli buat bekal atas sampan sblm ke laut.. zaman itu mana ada enjin sangkut, yang ada cuma dayung... kata mama, selalunya arwah nenek bagi upah buat duit belnaja ke sekolah.. mmg mama selalu lambat sampai ke skolah sebab jual pulut sambal dahulu sblm ke sekolah..

Selesai semua itu, mama pakai selipar jepun 5 sen (skrg selipar jepun mesti dh mahalkan, dh lama x pakai, rindu plak berseliapr jepun) yang ada, denda guru sebab tidak berkasut sudah tak dihirau lagi, sudah lali dgn kemiskinan, guru pun dah bosan mendenda, nak buat macam mana, mmg tak mampu untuk dibeli..buku2 semuanya mama sumbat ke dlm beg plastic.. (angah mencelah “beg plastic mcm kat kedai runcit skrg ni ke??” . “Ya”, jawab mama ringkas..si angah telan air liurnya, luluh hati mendengar, takungan kaca di mata ditahan jua, sedih mgkn mengenangkan zamannya ke sekolah dgn bag poly pac beroda) kata mama, masa tu beg bukan soalnya, kekal survive dalam kemiskinan itu soalnya..Selalunya mama naik basikal tua arwah tok wan Desa ke sekolah.. kata mama masa tu kaki pun tak sampai, naik basikal tanpa boleh duduk atas seat, mmg lenguh, nak tercabut pinggang utk berkilo-kilo meter jauhnya..Mak cik Bedah (best friend mama since childhood up till now) selalu naik dgn mama, kata mama “kami take turn kayuh sampai sekolah..”

Kampung Tepi Sungai, Kuala Sungai Muda 1976

Masa tu mama dah di tingkatan 3, memang mcm cliché bunyinya, mcm typical.. tapi Allah mmg Maha Adil, “selalunya kalau Allah kurangkan satu nikmat kpd kita Allah akan berikan sesuatu yg jauh lebih bermakna kpd kita, sesuatu yg life-changing,” kata mama.. “Alhamdulillah study mama smooth” ucap mama merendah diri, tapi si angah tahu benar kalau bab study mama mmg perform ahh! Mana taknya, PMR (eh silap masa tu SRP kot) mama best student kot utk Sek Men Tikam Batu, siap ada nama jelas terukir di papan kecemerlangan di dewan sekolah tu!! “Way to go mommy!! Screw you poverty!!” si angah menyampuk lagi, penuh emosi..

Kecemerlangan mama tak henti di situ, sambung terus ke sekolah berasrama penuh.. mama dpt masuk ke Sekolah Seri Puteri, Jalan Kolam Air.. Angah mencelah “ owh patutlah hari tu masa angah tolong kemaskan rumah tok, angah jumpa majalah seri puteri tahun 70-an, then tok tunjukkan gambar mama.. masa tu mama main team hoki kan?.. cool!!”

anak nelayan dari perkampungan daif itu, adalh yg pertama berhasil ke tahap itu.. kata mama, masa inilah kemiskinan memamah mama, bagai barah mencengkam hati, macam hep B barangkali.. “saat surat tawaran itu sampai ke teratak buruk kami, mama lihat tok wan termenung lagi, nelayan itu siksa mencari sesuap nasi, buat kami, bagaimana bisa menyekolahkan anaknya di tahap ini”, mama berhenti seketika menghela nafas, angah nampak mama ayunkan jari, lembut, mengusap mata yang penuh berkaca..

Kata mama masa itu, guru2 di sekolah lama, hempas pulas mngutip dana, kata mereka bukan senang hendak ke sbp, jgn disia peluang yg ada. Kata mama, “zmn tu, tempat sgt limited, bkn mcm zmn angah skrg ni, kalau dpt offer tu mmg the best few hundreds in the country.. kalau setakat masuk sains matjiwa macam angah tu apa barang!! Hehe” mama berseloroh, si angah mencebik gaya tak puas hati..hehe. Masa tu kata mama, pak tam cot (mansor) lah banyak membantu. Arwah Pak tam cot ni sepupu mama, sudah bekerjaya, seorang polis katanya.. zmn 70-an kerjaya polis cukup disegani, apatah lagi jika yang menyarung uniformnya asal anak nelayan.. Alhamdulillah, Allah berikan jalan, mama ke Seri puteri jua.. Pak tam cot berikan duit belanja buat mama, hampir setiap bulan, tak pernah miss, dia tahu yg dibantu darah dagingnya jua, dia katakan pada mama, belakangkan kemiskinan di kuala muda, dia yakin mama boleh pergi jauh, jauh dari yang lain.. Memang semangat mama membara, kemiskinan mahu dia tewaskan, spm jadi penentu ( ke MCE ke waktu tu, ntah, pengarang pun tak tahu…haha).. masa tu mama dah tahu apa dia mahu, kata mama mmg dia mahu jadi surgeon..

Kampung Tepi Sungai, Kuala Sungai Muda 1981

Lepas spm, cita-cita nampak menyinar, senyum penuh di bibir, perform tak payah cerita, surgeon nampak x mustahil, semuanya mmg hampir.. Mama senyum manis, mengenagkan saat itu, angah pun turut tersenyum, tapi tak manis mcm mama.. hehe

Sambung mama, sambil lepak di rumah di kuala muda, biasalah tolong tok buat jual, surat tawaran pun sampai.. banyak offer masa tu kata mama.. masa tu dpt juga tawaran cikgu, tapi ada lagi offer letter yg mama sayang..It says “ medical degree in University Malaya .. MBBS kot masa tu” imbas mama. Mulut si angah terlopong mendengar, mata berpinar, rasa nak rebah. “gulp, mama..med school?” si angah terkebil-kebil tak dpt habiskan ayat. Mama mengangguk ringkas, takungan kaca di matanya tak dpt dibendung lagi, terus dibiarkan mengalir..si angah pula bertakung kaca, sbb dh boleh connect the dots here n there.. “Allahu rabbi.. angah dh 20, kenapa mama tak pernah cerita pun sblm ni kt angah” si angah sedikit emo dgn revelation tadi.. “ jadi, dissection kit tadi…” “yup, it’s for med school” mama jwb pantas.. tapi angah tak berapa jelas, what happen then..

Dua beranak itu terdiam sebentar.. si mama menyambung kembali, masa offer letter tu sampai, tok wan senyum sembunyikan gusar.. mana taknya duit tak ada mcm mana nak lahirkan seorang doctor ni..mama jelaskan kpd tokwan, nnti after 2-3 month scholarship akn start masuk, so tok wan tak perlu layan awan kerisauannya.. tapi, mama Cuma perlukan duit utk pendaftaran dan tambang keretapi ke sana. Utk kick start med school saja. “owh for God sake, poverty, can you just get out of the way, screw you!!”, angah mencelah, berang betul dia dgn kemiskinan..

Sambung mama, senyap2 tok wan pergi berjumpa semua saudara mara di utara, nun jauh sampai ke kuala kedah, meminta bantuan, menagih harapan, puas nelayan tua itu jelaskan kepada sanak saudara supaya dipinjamkan duit utk pendaftaran sbb lps ni nnti ada elaun ada biasiswa takyah risau lagi.. kira nak duit utk kick start saja.. kata mama, mmg ada saudara mara yg mewah masa tu.. ada yg cikgu ada yg pensyarah, ada tauke ikan.. macam2 lah.. tapi air sejuk mereka tuangkan.. sudahlah duit tak mahu dipinjamkan..kata mereka buat apa nnti bila belajar kalau stuck rugi, kita bkn nya org senang..baik jadi cikgu, lebih terjamin..tok wan yg x berpendidikan tinggi gagal mentafsir, telan semuanya dgn perit, sbb gagal penuhi cita2 anaknya, cita2 terbesar zmn tu ( bkn setakat zmn itu, sepanjang zmn kot!)..

mmg mama yg pertama dlm keluarga, bkn setakat dlm keluarga tok desa, keluarga besar juga, malah yg pertama dlm kampong tu.. anak nelayan kebanggaan kampng itu..arwah tok (nenek)gadai semuanya apa yang ada.. barang kemas digadai pun mana nak ckp..walau satu kampong menghulur bantuan.. hajat hati terpaksa dilupakan hati luluh membara, air mata pecah berkaca-kaca.. kata mama, dunia gelap, segala usaha habis lelap, kemiskinan-itu yang silap.. sedih mama, terbuku di hati, degup pantas mendesak dada, bicara kata bersepah semua..Cuma tikar sembahyang jadi kekuatan..buat apa hiba dipendam, berlari saja ke pantai, menari bersama ombak, tadah tgn kelangit, pasak lutut ke pasir, bicara pada pencipta laut, Allahu Rabbi..(T-T)

Sungai Petani 1994

Mama dah kahwin dgn abah, seorang cikgu juga, cinta pertama di maktab sri pinang, penang.. “cewahh!!” usik angah.. “kalau cerita bab ni 3 mlm pun x habes..hehe” kata mama berseloroh.. anak pun dh 3.. masa tu mama minta izin abah utk sambung belajar.. nak masuk med school.. tapi anak2 masa tu semua dh bersekolah, masing-masing dh start perform.. bila ditanya respon abah, “abah x kisah kalau ma nak sambung medic, tapi mcm abah rasa skrg ni masa utk kita sharpen anak2, peluang depa plak utk menyinar.. kalau nak takpa abah x halang n abah juga support=)”.. jadi mama simpan saja cita2 itu sbb ada benarnya kata2 abah.. teruskan jadi cikgu.. dan dissection kit itu mama simpan, letak rapi di rak buku itu..

Sungai Petani 2008

Dissection kit itu mama simpan betul-betul sebelah dgn buku ‘pedagogi pendidikan’.. si angah baru mengerti, rupanya itu symbolizes antara cita-cita dan realiti, sbb cita2 boleh dicita sampai bila2, tapi realiti lebih indah, “throughout life, you may loose one thing, but 1000 fantastic things will come, you just have to cherish the moment, my boy” bisik mama lembut ke telinga si angah, bibir terukir senyuman, kaca di mata tak dihirau lagi, dua beranak itu ketwa kecil..

Si angah peluk mama, mata turut sama berkaca.. angah bisik lembut ke telinga mama.. “terima kasih mama, sbb buat decision utk kami semua.. kalau ma ke med school, ma mesti jadi dr.. mana mgkn ma jumpa abah.. maka mana mgkn kami anak2 dpt tgk dunia ni.. lps dpt anak-anak, mama tetap x smbg medic, kalau x kami jadi x terurus.. angah cdgkan.. mama smbg la medic skrg.. nnti kita boleh practice sama-sama.” muka bersungguh.. mama reply sinis, “nuh ada 2 lg adik di bwh, kerja blum habis..” angah berterima kasih pada ma sbb pengornbanan ma dari menjadi dr, dpt lahirkan, lebih ramai teknokrat dlm keluarga- engineer, dr etc .=)

Setiap ibu ada cerita pengorbanannya sendiri.. and this is my mom.. Love you mama!! They said Im the first in the family who gets into med school, but for me you’re always the first, and the real doctor, with soul of an angel, with the heart of gold..

p/s: happy birthday mommy!! *awal giler wish hahah*

Wednesday, July 14, 2010

3 Newtonian Laws of Being Extraordinarily Handsome/Beautiful..(haha).. Is it a fact or myth??

Ok so utk post kali ni, sila brace urself..mesti goosebump kan tgk tajuk ni..haha.. apa punya writer, diri sendiri pun x hensem (ye ke?? Haha) nak tulis benda pelik2.. dh jadi John Gray plak.. haha.. mesti penulis ni tgh lost his sense of self-control or lost composure or tgh vain giler, yadaa yadaa yadaa bla bla bla..=p owh ni PG 13 ok, agak2 rasa cuak, jgn baca ok, I’m not responsible of any expected sudden heart attack ok (HOCM la kot, sbb org muda je suka baca post gini..erk!)!!

ok2 here’s some explanation, sejak 2 menjak ni byk betul baca buku psl human behaviour, so unintentionally sometimes I started to behave like a human behaviorist..(ada ke such thing?? LOL..)

ni hukum2 newton tersebut..

Hukum newton 1: kehenseman berkadar langsung dgn kepintaran [-_^]

Is this really true?.. not really, I don’t think so. I really do. might be true in minor cases…. Sbb selalunya org yg perasan dia hensem ni akn behave stupidly. Dia buat benda yg dia rasa mcm cool, hoping org akn tgk dia, tapi sbnrnya di mata org lain dia nmpk bangang. anyway, you do not need handsome to be a genious in whatever you’re doing, who cares!! even if you’re handicapped, you can be somebody in this world.. I give you some extraordinary examples (tapi jgn igt saya kata diorg ni x hensem plak..tapi still good looking ok!).. org yg buat quantum theory, Stephen Hawking.. He’s a big man now, although he is seating low on a wheelchair..hensem ke?? Daaa.. (anda nilai sendiri=p).. bill gates pun, pak cik apple yg selalu present iphone tu pun.. hensem ke?? Daaa… (rasa jht plak, suka hati je profile org..bapak judging giler writer neh..astaghfirullah hal a’zim =p).. such a myth!!

Hukum Newton 2: org hensem x sedar dia hensem sampaila org puji dia hensem..("/)

Owh this is so true.. no seriously, org hensem truly deeply never knew they are good looking until many (I mean at least hundreds of people ok) people started to address him as handsome right in front of his face tanpa rasa malu.. lepas tu dia spontaneously blushed, n speechless ( even kalau dia respon pun mesti tersipu-sipu, mgkn sbb bibir tgh sibuk berzikir dan ucap alhamdulillah.. haha sapa tau.. LOL).. ok so getting merapu now.. preposterous, jibberish, LOL=p.. ok yg ni mcm facts!!


Hukum newton 3: org hensem takkan pernah kesunyian!! oOOyeah!! LOL

oOyeah!! I like this 3rd rule.. the best ever.. to be honest mmg org hensem x pernah kesunyian.. sbb mmg ramai org suka approach dia.. tapi dpnd gak arr kalau org tu sombong sapa hingin nk approach.. boleh get lost lah!! Lebih tepat lg, selalunya yg x pernah kesunyian adalah org yg humble, baik tutur kata, santun amalannya.. hensem perlu ke?? Takdelah.. such a myth!



The huge myth…(I think)

Big myth:org hensem ni lmbt dimakan tua, so bila kita tua, dia duk maintain attractive lg, mesti dia cari lain *sigh*..so better cari yg x hensem..

Lorh.. ada jugak rules pelik mcm neh.. amenderlah.. ada gak org percaya mcm ni.. yela lain people lain point of view, lain cara tgk sesuatu hal.. with all due respect, jgnlah fikir camni, kesian giler kt org yg hensem, sbb biasanya org hensem ni mcm loyal cket, tapi org yg selalu judge dia mcm tak loyal just because dia centre of attention.. even dia adalah centre of attention, as long dia pay attention pd anda consistently that is all matter.. btul.. kalau org hensem dh btul suka dgn sepenuh hati, takkan lah dia nk buat benda yg against apa yg dia suka.. cewahh!! Ok dh terlebih John Gray.. mmg merapu giler post ni..daa..

The big Fact.. (I think)

Big fact: org hensem ni selalunya berhati baik, jujur..tapi kalau dia ditipu or being used, dia mmg unforgiving cket

No explanation for this.. just out of the blue I do think so..jarang la jumpa org hensem berhidung belang.. dunno, just think so.. and yeah mmg org hensem mcm mudah sikit ditipu, mcm naïve cket, tapi throughout experiences they learn sbb org hensem ada cerita dahulu kala yg sgt pnjg.. hohoho.. wth am I thinking.. seriously giler merepek.. dh2 better stop!!

Conclusion: utk sesapa yg baca setiap rules ni, pastu mengangguk-angguk bersetuju, ataupun berkata dlm hati dgn gembira, that’s so sound like me..ok get a hold of yourself ok!!takyah la nak vain!! haha sbb korang sume mmg dh terkena.. there is no such thing as laws above, there are no rules for being handsome.. who are we to judge @ profile org ni hensem ke tidak, cantik ke tidak. Semuanya cantik, sbb ciptaan Allah semuanya cantik-cantik belaka, tak caya gi tgk cermin, anda pasti comel tak kiralah mata anda biru ke coklat ke hitam ke, rambut ikal mayang ke, lurus ke, kerinting ke, hidung mancung ke, terkepek sikit ke, sumenya cantik dgn cara tersendiri... cantik ke buruk ke, tu semua mata manusia, nafsu jadi penilai, sbb kecantikan itu ada di dlm bkn nmpk di luar.. mcm org putih kata.. beauty lies in the eyes of beholder.. dari dok sibuk profile org ni cun ke tidak, baik kita gi lepak kt surau ke dewan org ramai ke, tolong cuci kubur lg bagus.. hehe..

Cuma satu rules je dlm hidup.. Allah’s rules called syariat.. kalau sesebuah perkara dibuat berteraskan syariat, niat betul, pasti setiap di buat nampak berhasil hingga ke akhir hayat.. tak perlu nk risau hensem ke tidak, bkn itu yg Allah tgk, sbb semua ciptaan Allah semuanya hensem belaka, so eloklah kita mula belajar mensyukuri dgn apa yg ada pada diri sendiri.. Say Alhamdulillah, Thank you Allah..

"Seandainya kalian menghitung nikmat Allah, tentu kalian tidak akan mampu"

(An-Nahl: 18).

Menurut ayat tersebut, jangankan menghitung nikmat, mengkategorikannya saja tidak mungkin sebab nikmat Allah tidak terbatas banyaknya. Karenanya seorang mukmin tidak seharusnya menghitung nikmat, melainkan berdzikir dan mewujudkan rasa syukurnya.