Friday, October 26, 2012

Selamat hari raya eid adha lads!!

Hai everyone, hari ni raya  haji, so selamat hari raya haji. Actually dah 2 bulan final year, damn busy man.. stressful kot, macam psycho sket.. semua org pun pressure.. esh la.

anyway, sbb takde benda karang or update  pun actually. I ve been observing trend of visitors to my blog, ada follower yg mmg istiqamah setial minggu or hari visit this blog. so rasa bersalah sbb x sempat nk hidangkan dgn penulisan2 terbaru.. (eleh bajet la kan hahahah)

so ni hadiah hari raya haji for you ols. =)

ini video kembara bujang yg dbuat tahun lepas with my friend in munich, so enjoy (utk next 4-5 month haha, tu pun kalau rajin nk update gagagaga)



part 1






part 2









part 3



Monday, July 16, 2012

Dik Mah, Tuhan tak zalim!!!

Message to Dear Followers/silent followers (whoever you are, where ever you are in any part of the world (rusia, indon, US, Ireland, UK, Saudi, Japan etc.). I might not know you all, might not even know your name.

1)for one follower. Thanks for  reminding me to update the blog. Almost forgot I have a blog hahahah.
2)I know it has been a year since i did not update anything. I was too busy... very busy with studies and hospital. I would say thank you for opening my blog dgn setia!! even xde update pun haha. I know, the stats showed even last week pun ada org buka blog ni even dh bersawang. Im flattered n thanks for doing that. haha LOL
3)next time if you guys want some update from me, just shout dont be shy! you can shout in the blog pun, tak perlu PM me pun. not that im abandoning the blog, just that will create the push to update(given that if im not busy!! -_-)

owh n satu lagi, anda DILARANG sama sekali meng-copy sebarang tulisan dari blog ni. I'm serious when it comes to harta intelek n ownership. takdela poyo sampai lawsuit, just respect what's others own. kalau nk copy gak minta la izin, dan kalau buat tanpa izin, nnti kat akhirat saya tuntut. =)

so, as a sign of appreciation, I have written this excerpt below just for you guys( i shall call as follower setia or follower tabah sepanjang tahun hahahah) *kidding =p


ok lads, enjoy! owh n salam ramadhan!! =) baca le puas2 haha!





____________________________________________________








Aku membesar di pekan, tapi nasabnya rapat di kampung. Tulisan ini aku tujukan pada  anak-anak muda dai’e yang kenal benar istilah dakwah, tarbiyah, ikhtilat, baitul muslim dan pelbagai lagi terma dalam dunia pengorbanan. Serta buat mereka yang terus menerus menggerakkan islah ummah dengan pendidikan pondok sehingga hari ini! Terutamanya buat mereka yang menggerakkan Pondok Misbahul Falahiah Parit Panjang, Baling.





*************************************************************


Julai 1980 bersamaan Syaaban 1400 Hijrah,
Pondok/Pesantren Misbah Falahiah, Parit Panjang, Baling.


Bening pagi itu. Suram. Ada beduk diketuk. Halimah bangun dari buaian mimpinya. Halimah bangun mengejutkan dua lagi teman sepondoknya Saadiah dan Nusaibah. Pondok  kayu mereka kecil 3X4 meter sahaja.  Walau sempit muat saja buat mereka bertiga tidur, menelaah kitab kuning kuliah Ustaz Faisal dan menghafali hadis dan tafsir kuliah Tuan Guru Ustaz Bakar di bawah pelita minyak. Di hujung pondok mereka ada dapur kayu buat mereka masak. Biasanya anak dara itu masak nasi, gulai ikan kering sahaja. Itu pun kalau ayah hantar bekal ikan kering buat anaknya. Pondok kayu itu bergoyang sesekali kalau Halimah berjalan kasar, bunyi geser kayu mengilukan gigi. Masa itu, atap zink mahal, maka mereka hanya berbumbung nipah. Itu pun harus berbongkok kalau berdiri takut rompong bumbungnya. Biar kecil tapi alhamdulillah Tuan Guru Ustaz Bakar beri izin ayah mereka buat pondok atas tanah pondok pengajiannya untuk anak-anak gadis dari pedalaman Baling itu belajar ilmu Allah. Ayah Halimah yang buatkan pondok itu dengan tukul dan paku bersama ayah  Saadiah. Ayah Saadiah  seorang tukang kayu di kampung itu. Ayah Halimah dikenali orang kampung sebagai Pak Lang Man pula cuma kerja menoreh, itu pun tanah yang dipugarnya 15 tahun dulu.  Hidup dengan subsidi kerajaan dacing.


Halimah terus ke bilik air mengambil wudhuk. Dia ceduk air dengan gayung tempurung. Sejuk air mata air itu mencelikkan matanya. Kalau di rumah di Parit Panjang, Baling, ibunya Mak Lang  Dah akan jerang air panas buat ambil wudhuk subuh.  Di Baling, masa itu belum ada sistem perpaipan air yang baik dari jabatan air, banyak air mereka hanya dapat dari ‘piling’ . Paip panjang ditembak masuk ke dalam tanah, pam menghisap  air dari telaga bawah tanah.  Sejuk, tapi orang Baling memang biasa sangat mandi air yang mengalir di perbukitan, air bukit kata mereka. Baghda Halimah membasuh kedua kakinya, azan subuh mendayu-dayu. Halimah berbisik perlahan “gemersik suara muazzin, tentu saja itu abang Hassan yang azan”. Dia tersenyum sendirian. Sudah lama dia menyimpan hati pada abang Hassan. Dia tahu mana mungkin perigi keluar menyapa timba, mana mungkin dalam kerangka masyarakatku hari ini  bisa aku pinang abang Hassan yang warak. Dia tahu kalau dia bicara sama ibu, pasti ibu herdiknya menggalak dan tidak beradab si anak dara. Maka, dia tahu elok saja dia diam, simpan di hati.


Abang Hassan atau nama penuhnya Abdullah Hassan Ziad bin Abu Bakar, anak teruna sulung Tuan Guru Ustaz Bakar. Hassan sudah lama belajar di pondok abinya. Dua bulan depan dia akan sambung di Universiti Madinah dalam bidang Usul Fiqh. Memang Hassan kebanggaan abinya. Putera kesayangan, sosok contoh  pemuda sekalian Baling. Abinya dulu tak pernah mengaji sampai sana tapi lahirnya tetap Tuan Guru, nama tuan guru bukan sesuatu yang diberi universiti atau sultan tapi ditabal masyarakat. Amanah, menyantuni ilmu serta rasa hormat masyarakat kepada beliau, maka masyarakatlah yang menabalkan  nama Tuan Guru pada beliau sedang beliau selesa dipanggil Ustaz Bakar sahaja. Tuan Guru Ustaz Bakar merantau ke pelbagai pondok dan pesantren menggali ilmu Allah. Beliau pernah belajar di sebuah pondok pengajian di Sik, Kedah dan Pulau Melaka di Kelantan. Hidupnya berguru mencari ilmu, masa zaman British dulu, memang dia berhasrat mahu naik kapal belajar sampai Madinah , tapi Jepun masuk Malaya. Hangus impiannya. Jadi sekarang, dia mahu anak terunanya menyambung cita-citanya. Dia tahu Madinah Munawwarah itu gedung ilmu masa dia ziarah puluhan tahun lalu semasa tinggal 3 minggu di Madinah masa mengerjakan Haji dan ziarah. Dia rindu pada buah tin dan zaitun, pada segarnya air zamzam. Dia jatuh cinta pada Madinah, tapi harus pulang pada Pondok Misbah Falahiah, ada anak dan zaujah menunggu.


Halimah memakai telekung putihnya, seiring berjalan teman sepondoknya ke balasoh, tapi orang Kedah panggil balasoh itu ‘napsoh’. Mereka mahu sempat jemaah subuh di napsoh. Banyak lagi muslimat berkerudung putih masuk ke dalam napsoh terus berdiri dalam saf. Yang musliminnya juga sama. Segak berserban putih, berjubah indah. Subuh di Pondok Pengajian Misbah Falahiah sentiasa penuh. Disiplin ilmu anak muda pondok ini diterjemah pada waktu solatnya. Penuh, bukannya ada warden yang mengejutkan mahupun yang mendenda kalau tidak ada di napsoh kerna mereka lebih  mahukan redha Allah. Ayah ibu mereka kumpul wang memotong jual getah sekerap, jual petai dan genuak di hutan Baling untuk jadikan mereka pemuda berharga. Biar tak berharta tapi kaya ilmu Allah. Rata-rata masyarakat Baling ketika itu dipandang kedana, miskin oleh orang luar. Terutama yang dari pekan seperti Sungai Petani, Kulim dan Alor Setar. Kalau disebut Baling dan Sik, yang mereka terfikir kemiskinan melampau, makan pucuk-pucuk di pokok, pucuk paku, pucuk janggus, rias(batang) pisang, umbut nyiur. Tapi mereka tidak tahu, orang Baling kaya pekerti, mereka lebih berwawasan agama!


Halimah dan rakannya terus masuk saf. Imam Subuh itu suaranya mendayu, surah ‘Sajadah’ terdengar indah. Abang Hassanlah yang mengimami solat pagi itu. Hati Halimah ketika itu antara berbunga dan kusyuk. Dia istighfar, berkali surah an-nas dia ulang baca mahu hadirkan kusyuk dalam Subuhnya.


Usai Subuh, Halimah, Saadiah dan Nusaibah gegas pulang ke pondok mereka ‘menyorok’ sarapan nasi lemak dan lepat pisang yang Saadiah masak . Hari ini giliran Saadiah yang masak. Baghda itu mereka terus ke bilik kuliah  di tingkat bawah napsoh. Mereka duduk di balik tabir, di balik tabir itu mereka dengar suara sama itu lagi. Yang menyampaikan kuliah Bahasa Arab itu abang Hassan. Kelas Lughah arab itu memang sudah Tuan Guru Ustaz Bakar sudah amanahkan anak sulungnya mengambil alih kerana kebolehannya berbahasa arab dengan cemerlang. Abdullah Hassan, pemuda berumur 21 tahun berperwatakan lembut, senyumnya manis  ada lesung pipit di kiri. Orangnya pemalu tapi tegas. Susuk tubuhnya tegap, tak lekang tanpa berserban putih pemberian abinya ketika pulang dari haji.


Halimah pula ketika itu anak gadis 17 tahun berkulit putih, anak mata coklat cair, bulu mata lentik, mukanya bujur gadis kampung. Peramah tapi amat bersopan santun. Sentiasa tampil segak bertudung litup dangan busana muslimahnya. Halimah punya wawasan tersendiri, dia masuk Pondok Tuan Guru Ustaz Bakar sejak umur 14 tahun lagi. Dari awal lagi dia mahu jadi ustazah, mahu jadi pendidik. Dia tak mahu terperok di rumah jual kuih sepit dan bahulu macam ibunya-Mak Lang Dah.


Sebenarnya Halimah dan abang Hassan adalah sepupu.  Tuan Guru Ustaz Bakar adalah abang kandung kepada Pak Lang Man-ayah Halimah. Sebenarnya Tuan Guru Ustaz Bakar berpangkat Pak Ngah kepada Halimah. Tapi bila dipondok, professionalisme pendidikan, maka Tuan Guru adalah Tuan Guru, hanya bila di rumah beliau adalah Pak Ngah kepada Halimah. Halimah dan Abang Hassan sudah lama kenal, sejak kecil dulu lagi. Mereka dulu bermain bersama guli, gasing, laga buah getah. Tapi ini cuma masa usia mereka 7-9 tahun sahaja. Lama dahulu.






Ogos 1980 bersamaan Ramadhan 1400 Hijrah,
Rumah Halimah di Kampung Parit Panjang, Baling.


Mak Halimah iaitu Mak Lang Dah (Hamidah) sibuk menebar arang bara panas di luar rumah. Ada satu bekas berisi larutan putih, tampaknya seperti pekat penuh santan. Mak Lang Dah tuang cecair putih itu pada sarang kuih sepit lalu dia letak atas bara api. Mak Lang Dah sibuk membakar kuih sepit memenuhi permintaan pelanggan-pelanggannya di sekitar Baling dan Sik. Halimah masa itu ada di rumah pulang bercuti sempena Ramadhan dan hari raya yang bakal tiba tak lama lagi. Halimah bantu ibunya menge-pek kuih bahulu dan kuih sepit sebelum pembeli datang ke rumah mengambil.  Mak Lang Dah jerit “ Mah, hang bubuh 4 bungkuih bahulu dengan 5 balang kuih sepit dalam satu plastik untuk Mak Ngah dengan Pak Ngah di pondok. Depa ada pesan kat ayah semalam. Katanya Abang Hassan hang nak mai dengan motor lepaih asaq sat lagi


Halimah terdengar kata-kata ibunya, hatinya jadi berbunga-bunga. Abang Hassan mahu datang ke rumah. Dia jadi suka. Masakan tidak, kalau di Pondok Misbah Falahiah mana dia ada kesempatan mahu tatap wajah lembut Abang Hassan atas isu aurat dan ikhtilat. Lagipun dia Ustaz kalau di pondok, tapi hari ini Abang Hassan mahu datang ambil bahulu dan kuih sepit sebagai seorang sepupu. Galaknya Halimah diperhati ibunya, sambil mengerling tajam pada Halimah.



Baghda asar hari itu, Halimah dengar bunyi enjin motor mendekati pintu hadapan rumah. Dia pakai kerudungnya dan buka pintu. Dia dengar salam dari seorang anak muda. Dia kenal benar suara itu! Dibukanya jendela pintu, nah di situ berdiri Abang Hassan dengan motor Honda c-70nya. Halimah tersipu. Abang Hassan memulakan bicara “ Assalamualaikum dik mah, mak lang dengan pak lang ada dak? Dik Mah sihat? “ Belum pun sempat Halimah menjawab, ibunya/ Mak Lang Dah  sampai di muka pintu. “Masuk dulu mai Hassan. Mak Lang bancuh ayaq teh cicah dengan biskut marie. Lama Mak Lang tak nampak Hassan. Sibuk gamaknya noh di Pondok ayah.  Halimah, cek pi ambilkan plastik bahulu atsa para di dapur bawak mai sini“. Halimah dengan taatnya menurut arahan ibunya walaupun ada sedikit protes pada airmukanya.   Hassan menolak lembut permintaaan Mak Langnya “Tak apalah Mak Lang, cek nak kelik dah ni, ummi dok tunggu kat rumah, suruh tolong kacau dodol. Nanti sebelum cek bertolak naik kapai pi Madinah, cek mai jumpa Mak Lang lagi lepaih raya, boleh ka Mak Lang?”. Mak Lang menjawab “boleh sangat, Hassan tahulah di mana nak cari Mak Lang kan. Sejuk perut Ummi Hassan dapat anak ustaz mangaji jauh sampai Madinah”.  Halimah kembali ke pintu hadapan dengan plastik ditangan, dia hulur pada abang Hassan. Hassan dan Mak Lang Dah kebingungan hairan dengan perbuatan Halimah. Kenapa plastik kosong yang dihulurnya. “Mana kuihnya?” Ibu Halimah bertanya  pada Halimah. “anak dara tak baik berangan” nah ibunya memerli Halimah di hadapan Abang Hassan. Rupanya Halimah jadi tak keruan bila berdepan dengan Hassan yang dia sudah lama menyimpan hati.



Hassan gegas pulang memacu terus Honda cup c-70nya baghda bersalam dengan Mak Lang Dah.  Lewat itu Halimah hanya memerhati Abang Hassan semakin menjauh dari pandangan. Dia terus bicara sama ibunya “mak ni suka perli orang, kalau ya pun tak mau la perli depan abang Hassan. Cek malu tau dak”. Mak Lang Dah hanya tersenyum melihat keletah anak dara seorang ini.





September 1980 bersamaan Syawal 1400 Hijrah,
Rumah Halimah di Kampung Parit Panjang, Baling.


Hari itu hari raya kelima. Tuan Guru Ustaz Bakar, isterinya serta anaknya Hassan sedang duduk di ruang tamu rumah Halimah. Ayah Halimah sibuk bersembang dengan Tuan Guru dan Hassan.  Mak si Halimah pula rancak berbual dengan ibunya Hassan. Halimah masa itu di dapur jerang air dan memotong lemang  dan ketupat palas ke dalam pinggan. Dia cedok rendang masuk ke dalam mangkuk.



Halimah angkat semua itu ke ruang tamu untuk dimakan bersama sanak saudaranya di ruang tamu di depan. Sedang duduk begitulah tiba-tiba suasana bertukar sunyi bila isteri Tuan Guru mula bersuara “Kak Esah dgn abang Bakar nak ajak la Man, Dah dengan Halimah mai rumah minggu depan. Ada majlis sikit. Hassan anak kami nak bertunang dengan anak Tuan Guru dari sebuah Pondok di Lanai, Baling. Mai la kalau tak ada kerja masa tu. Ingat nak bagi bertunang dulu sebelum Hassan bertolak ke Madinah bulan depan”



Saat itu, berpinar pandangan Halimah, dia bisik dalam hati “Abang Hassan? Bertunang? Dengan orang lain? Anak Tuan Guru juga? Ya Allah.”


Berkecai, berderai air mata. Dia bangun bingkas ke dapur sambil mata-mata lain memandangnya beredar. Mereka sedikit bingung, adakah Halimah sedang sakit.

Hassan juga hairan kenapa dengan dik mah. Mak Lang Dah yang kenal benar dengan anaknya turut bangun ke dapur mendapatkan Halimah. Halimah berdiri di tepi sinki, dia teriak. Titis-titis airmatanya membasahi dasar sinki. Mak Lang Dah usap belakang Halimah. Halimah pusing dan memeluk ibunya sambil bisik lembut di telinga ibunya “mak, abang Hassan!”. Mak Lang Dah sebenarnya tahu Halimah memang ada menyimpan hati pada anak saudaranya Hassan, tapi dia ingat itu cuma main-main. Lagipun, mereka berdua rapat hanya sebagai sepupu. Melihatkan mata anak daranya yang kemerahan, Mak Lang Dah teriak sama.


Menyangkakan Halimah sakit, Tuan Guru Ustaz Bakar, isterinya dan anaknya Hassan beransur pulang dahulu.





Oktober 1980 bersamaan Zulkaedah 1400 Hijrah,
Pondok/Pesantren Misbah Falahiah, Parit Panjang, Baling.



Minggu lepas selesai sudah majlis tunang dan berkira antara keluarga Hassan dan keluarga Tuan Guru dari Lanai. Hari ini Pondok Misbah Falahiah meraikan perarakan bertolaknya Ustaz Abdullah Hassan bin Bakar ke Madinah demi melanjutkan kembara ilmunya.  Kereta Dutson model lama milik Tuan Guru ustaz Bakar itu dipacu laju oleh beliau buat menghantar anaknya naik kapal terbang ke Madinah di lapangan terbang Pulau Pinang. Berbalam-balam kereta Dutson kuning itu hilang dari pandangan selautan penghuni  pelajar Pondok Misbah Falahiah. Dari celahan pokok dokong, Halimah memerhati dari jauh Abang Hassan pergi. Dia tahu dalam kerangka melayunya, malulah kiranya dia yang mencari timba. Dia tahu tak mungkin dia bisa meminang dahulu abang Hassan kerana dia perempuan, apatah lagi mendirikan baitul muslim dengan muslimin sehebat Abang Hassan. Tapi dia lupa tentang kisah Saidatina Khadijah, bagaimana yang mustahil itu tidak mustahil. Dia pinang Muhammad, pemuda terhebat sepanjang zaman!







Ogos 1983 bersamaan Syawal 1403 Hijrah,
Rumah Halimah di Kampung Parit Panjang, Baling.


Sudah 3 tahun Abang Hassan ke Madinah. Halimah juga sudah habis belajar. Dia sudah umur 20 tahun. Sekarang Halimah  sudah habis belajar, menunggu surat tawaran menjadi ustazah. Dia ada cuti berbulan lamanya. Sempena itu sekarang dia jadi pengasuh bayi. Dia tolong jaga/asuh cucu sulung Pak Hamid dan Mak Hendon di Kuala Kedah, Alor Setar. Sebenarnya Pak Hamid dan ayahnya Halimah teman satu sekolah di Maktab Mahmud Jalan Sekerat, Alor Setar  dulu.  Pak Hamid datang berziarah sahabatnya di Parit Panjang itu lalu nyatakan yang dia mencari pengasuh buat cucunya kerana anak lelakinya dan menantunya terlalu sibuk bekerja di Pejabat Tanah Alor Setar.


Sebenarnya Pak Hamid  ada seorang lagi anak lelaki. Anak keduanya, Azlan berumur 23 tahun. Baru sahaja tamat belajar. Dia jurutera lulusan Universiti  Wisconsin. Azlan ini budak sekolah asrama penuh, Sekolah Dato’ Abdul Razak. Sekarang dia sudah jadi jurutera Lembaga Letrik Negara (LLN).


Dan hari ini, Pak Hamid membawa rombongan berhajat besar ke rumah Pak Lang Man di Parit Panjang. Mereka mahu merisik Halimah buat Azlan. Mendengar berita itu, Halimah teriak lagi. Sudahlah dia terlepas Abang Hassan warak, tapi kini yang masuk meminangnya pula pemuda berpendidikan Amerika. Pendidikan Barat! Dia teriak lagi mengenangkan pastinyalah Azlan itu pemuda yang selesa dengan jeans, bangles, berpakaian hippies seperti yang sedia tahu di Amerika! Halimah rasa jantung disentap, apalah salahnya hingga jodoh yang datang, jauh sekali dengan latar belakang pondoknya, bukan suami yang dia impikan, sikit pun tidak iras latar belakang ilmu macam Abang Hassan. Hakikatnya, Halimah belum pun pernah bersua muka dengan Azlan, tapi dia hanya  membuat andaian. Halimah bicara sama ibu “mak, kita makan nasi pucuk paku, kerabu, gulai rias pisang… dia makan roti, pizza dan hot dog.. Kita pakai tudung labuh, dia seluar ‘katok’ mak. Cek tak mau mak” sedu sedan bicara Halimah, ibunya Mak Lang Dah menenangkan. “mak faham apa yang Mah sedihkan, tapi mak sudah istikharah dah istisyarah dengan ayah hang.. Kami yakin ini yang terbaik buat Mah. Mak dan ayah kenai sapa Pak Hamid dan Mak Hendon.”



Mendengar itu Halimah teriak lagi. Dia rasa ibunya juga sudah tak memahaminya.


Mak Lang Dah mengesat airmata anaknya, perlahan-lahan dia bawa Halimah ke ruang tamu buat berbual dengan rombongan Pak Hamid.  Cantik Halimah hari itu. Dia berbaju kurung , tanahnya berwarna ungu muda lavender, bunga-bunga baju itu halus, susun cantik terletak. Halimah bertudung labuh berwarna ungu gelap. Dia salam Mak Hendon. Dia sempat mengerling ke arah Azlan. Dia terkejut melihat penampilan Azlan, berkopiah putih berseluar slack coklat gelap. Sangat berbeda dengan apa yang dia fikirkan. Orangnya berkulit cerah berkaca mata. Hidung mancung terletak.


Bisik hati Halimah, “segak orangnya, tapi ini tak bermakna aku suka!”


Halimah diam saja sepanjang dua keluarga itu berbual. Dia memasang telinga bila Azlan bersuara dalam perbualan. Dia jadi terkejut bila Azlan berbicara tentang politik Mesir- dia tahu siapa sosok bernama Al-Banna, politik Turki, usul fiqh. Rupanya Azlan juga pernah menyantuni ilmu di Pondok Parit Panjang dan Pondok Lanai untuk beberapa bulan, bertahun dahulu sebelum dia bertolak ke Amerika. Habis itu Azlan bicara pula tentang muamalat Islam. Halimah terkejut bila dengar Azlan bicara tentang Syeikh Ahmad Yassin, Syed Qutb, Ustaz Ibrahim Libya, Tuan Guru Fadhil Noor dan ramai lagi. Rupanya Azlan ini bukan calang-calang orangnya. Halimah ingat Azlan akan bangga bercerita tentang Ronald Reagan, John F. Kennedy, Margaret Thatcher, inflation dan casflow, Dow Jones dan Wall Street.. Sangkaan Halimah meleset.


Berpendidikan Barat tak semestinya liberal,
Konservatif belum tentu faham agama,
Dakwah tak bermakna lupakan dunia,
Mencari dunia tak bermakna menggadai syurga.
Buat apa pun, cari redha-Nya.

Cari guru yang baik, santuni ilmunya.


Baghda itu juga, Halimah bingkas bangun bergegas ke biliknya. Airmata ditakunginya berderai, masuk biliknya dia hampar sejadah, terjelopok dia sujud syukur, Mak Lang Dah yang mengejar dari belakang menghendap di muka pintu, tahulah dia bahwa tangis anaknya kali ini bukan tangis kecewa, tapi tangisan syukur buat Allah Rabbul Jalil.


Halimah sedar, Azlan bukan sahaja telah mengetuk pintu hatinya dengan penampilan dan budi pekerti beliau, tapi Azlan juga telah mengetuk mindanya, membuka akal, memberi Halimah sedar bahawa betapa dia terlalu terpelosok dengan kerangka pemikiran zaman.


Kiri atau kanan, konservatif atau liberal, fanatik atau tidak, berkecuali juga satu kumpulan lagi. Jangan kata anda bukan mana-mana, tanpa anda sedar salah satu cara fikir itu pasti kamu. Nah, mustahil kau tak punya identiti!






-Fakhurrazi Bakri 23/5/2012 5.40pm-
Bahang musim panas menerobos bilik, berpeluh!