Wednesday, August 18, 2010

Tak Seindah Sonnet..


Summer ini,

Banyak mengajarku,

Tentang realiti..


Summer ini,

Banyak mengajarku,

bagaimana melabuhkan tgnku,

ke bahu anak2 yatim..

bagaimana menyediakan bahuku,

utk pipi basah mereka..

bagaimana meminjamkan telingaku,

mendengar cerita duka..


Summer ini,

Banyak mengajarku,

Kau mungkin bakal doctor,

Tapi adakah kau boleh menjadi doctor yang rndah diri,

Yang bijak bergaul dgn kerendahan,

Yang bijak menegur dgn kelembutan

walau dgn penoreh, walau dgn pesawah


Summer ini,

Banyak mengajarku,

Dakwah itu milik semua,

Biar kamu mahasiswa,

Biar kamu petani kerdil,

Kerna Ilmu Allah itu milik semua,

Bukan utk kelompok yg kamu kelaskan..


Kau mungkin petah berbicara,

Tentang tafsir kitabullah Ibn Kathir,

Kau mungkin handal melentur hadis,

Agar sesuai dgn hujahmu,

Tapi bolehkah kau sampaikan ilmu2 Allah itu pada orang2 kampung,

Yang bacaannya lompong,

Yang solatnya kadang ada kadang lupa,

Yang masih keliru daun ketum itu apa..


Aku jadi bosan,

Bosan dgn cara kalian,

Berusrah pada hanya yg terpilih,

Berdakwah hanya pada yang sependapat,

Yang berbeza pendapat, kamu mohon lembut untuk minggir,

Sedangkan mereka juga berhak terhadap ilmu Allah itu,

Persaudaraan apa yg cuba disemaikan??

Aku jadi hairan..


Aku jadi bosan,

Bosan berusrah dgn kandungan yang menaja perpecahan..

Nah.. cukuplah!

Di Negara ini sudah byk yg berbalah,

Kenapa dipecahkan lagi di kalangan bakal pimpinan masa hadapan,

Ada eloknya bertolak ansur, dari bertengkar membuta,

Mempertahan pendapat furu’


Aku jadi kecewa,

Kerna kau cuba murnikan perpecahan,

Dgn hujah bermcam-macam,

Hanya kerna berbeza pandangan furu’ bukannya pokok,


Aku lagi kecewa,

Permata yang mengalir kerana meratapi perpecahan,

Kau katakan sbg berdrama,

Sekali lagi aku jelaskan,

Titisan itu ikhlas menangisi jauhnya perpaduan..


Sebelum ini,

Kalian muliakan semua,

Akulah adikmu tersayang kan ‘abang’??

Gula-gulakan dgn sebuah pelancongan,

Laksanakan semua atas dasar persaudaraan,

Memang tinggi..


Bila pendapat kerdil mula berselisih,

Semua itu mcm tak pernah berlaku,

Akulah yg plg spoil, ditinggal kehairanan,

Mcm tiada lagi harapan dipulihkan,

Atas kesalahan memilih yg aku yakini

Yang aku yakini, menganjurkan perpaduan


Enaknya menjual ukhwah kerana pendapat..

Mengecewakan..


Nah.. saban tahun aku mendengar cerita yang sama,

Tak kira dari mana kawasan,

Sama saja layanan,

Skrip sama berulang-ulang,

Bukan aku seorang..


Aku syukuri,

Summer ini memberi lebih keyakinan,

Mudah bergerak di kampung halaman,

Bergaul enak belajar ilmu Allah,

Menterjemah kamus kehidupan

biar dgn jurutera,

Biar dgn ustaz,

Biar dgn penoreh,

Biar dgn penagih,

Biar dgn tukang sapu sekolah abah,

Kerna matlamat dikongsi satu,

Islam buat semua,

Tiada pengkelasan,

Tiada prejudis,

Tiada perbalahan pendapat furu’,

Tiada pemurnian perpecahan..


Maaflah kalau tulisan ini mengguris,

Ditulis kerana sudah lama terbuku..

Bukan niat menimbulkan lagi perbalahan,

Bukan utk mendapat komen beratus..

Bacalah dgn hati jernih,

Wahai cerdik pandai terpilih..(T-T)

Monday, August 16, 2010

Secangkir sayang, sesudu rindu...=p


Berikan aku pena dan sehelai kertas,
Justeru bisa aku lakarkan buatmu kasih syg ku

Berikan aku madu dan secangkir teh panas,
Justeru bisa aku hidangkanmu bait rinduku

Berikan aku masa yang tuntas,
Agar mekar itu tidak bergopoh sesuai dengan hendakmu

Berikan aku keyakinan keras,
Agar tiada lagi ragu pada dirimu

Berikan aku isyarat JELAS,
Justeru bisa ku laksanakan rencanaku…=)

Kerna isyarat rapuh itu mendatangkan prasangka,
Dan prasangka itu hanya membazir masa.. =(




p/s: sekadar sebuah coretan... sebarang spekulasi adalah dilarang.. ehehehe=p

Tuesday, August 10, 2010

urghhh!! Finally!! =)

klik sini!!

pergh.. susahh siot.. susah gila nak tembus.. 3 tahun try, finally tembus jugak..

ini bkn utk show off or whatever, dgn harapan ini dpt jd pembakar adik2 yg lain supaya lebih
semangat blajar n dptkn apa yg dikehendaki..

buat adik2 di kmb yg kita jumpa hari tu.. selamat belajar n didoakan supaya lancar IB n selamat fly insyaAllah!!=)


regards,
FB

Sunday, August 8, 2010

will you...

If I'll be travelling around the world,
Exploring possibilities,
Widening the experience,
Will you be next to me?



When I'm having my first solo art exhibition,
Enjoying the prestige and joy of the big dream,
And in need of someone to share the moment,
Will you be next to me?



When I am circling around,
Tawaf-ing baitullahil haram,
Praising the Almighty,
Will you be next to me?




When I'm in the labour ward,
Racing against all odds and risks,
Anxiously waiting for the first child,
Will you be next to me? (or is it the other way round..lol)



When I am having hard time dying,
Bracing for the afterlife,
And yes that marks the end for me,
not as "in health or in sickness" as promised,
Will you still be next to me?


but it all comes back to this..

When I'm on my knee,
Pulling out a ring,
On a romantic dinner,
Will you be my half?? Lol..

To be or not to be, that is a question. ehehe





note: tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg telah mati. cuma tulisan random sbb dpt ilham atas PLUS highway kl-sp Lol!! way to go PLUS highway!!ahaha






"Cinta"




1993

Si anak kecil naif itu tiba-tiba bersuara.. memecah kesunyian malam itu, di saat seisi keluarga menikmati makan malam pajeri nanas buatan si ibu, seperti dipinta si anak comel itu..


“Cinta itu apa ya mama??”


“Angah, apakah?? “ (dalam benak si ibu, mana mungkin budak 5 tahun sudah bertanya soalan hati..advance..mungkin TV pesalahnya..haish)


Si angah bertanya lagi, menerkam dgn soalan:


“Apa dulu mama dan abah juga bercinta sebelum berkahwin??”


Mama dan abah memandang sesama sendiri, angah nampak adanya kemerahan di pipi kedua abah dan mamanya..


Abah hanya tersenyum tersipu, tapi mama mengangguk tanda mengalah tuk menjawab..
Kata mama:


“Angah, cinta itu satu anugerah bukan hakmilik..(mama berhenti sambil menghela nafas, runsing mungkin dgn perkembangan anaknya ini)…. bila kita berdepan dgnnya hati kita berdebar2, degup pantas mendesak dada, bicara kata bersepah semua .. tapi bahagianya boleh dikecap hanya dgn syariat-Nya”



Anak kecil itu menggaru kepala sambil dahi dikerut hingga kening terjerut, tanda pelik, apakah yang ibunya bebelkan.. tapi setiap butir kata2 itu dia simpan di suatu sudut di belakang kotak fikirannya yang masih bersih suci saat itu.. saat itu je lah!!..haha




2004


Anak itu meningkat dewasa, menikmati keremajaanya.. Tinggal di asrama membuatnya menempuhi hidup dgn lebih berdikari namun masih belum kenal benar apa itu cinta..baginya definisi cinta seperti yang mama huraikan panjang lebar sedekad lalu.


Suatu petang, sblm maghrib ketika semua pelajar pantas berkejar ke surau, anak itu menghendap jauh ke tingkap menikmati permandangan.. saat itu satu watak yang belum pernah dia kenali, tanpa dijangka, tanpa disangka membuat dadanya tersentak, nafasnya berombak, masa bagai terhenti berdentak.. terus dia yakin mungkin inilah cinta yang dimaksudkan mama..


Langkah terus diatur, semuanya seperti lancar, anak itu terasa bahagia bersama watak itu, seperti dunia mmg miliknya..tapi dia lupa frasa bondanya yang dulu. “….tapi bahagianya boleh dikecap hanya dgn syariat-Nya”… mmg anak muda itu lupa sungguh, segala yang dibuat saat itu mmg langsung tidak syarie, hanya beracuankan nafsu dan perasaan..


Nasib baik mama ada di sisi, memperingati anak muda itu yang mana kurik yang mana kendi..





2010


Masa terus berlari, tiada berhenti..anak itu kini di luar negeri.. hidup tetap berdikari, definisi cinta yang mama beri, masih dicari..


Hari demi hari, anak muda itu mengeluh lagi, cinta dicari tiada ditemui..


Tapi suatu malam hening, di kala Eyjafjallajokull sibuk memuntahkan laharnya, anak muda itu mula sedari..


Patutlah cintanya belum menyapa, kerna cintanya tertinggal di Sungai Petani, di Taman Sejati spesifik lagi..rindunya tak tertahan lagi, mengharap gunung berapi memuntahkan pelangi, agar dpt pulang ke sisi.. ke sisi mama yang disayangi..




Kadang kadang ku lupa, kaulah cintaku..

Mama.. Selamat Hari Ibu..V(-_^)V



love you like lot..
-angah-

Along...


Kau Along, aku angah,

Semuanya sbb kau keluar dulu,

Memang x malu keluar dulu dari aku.. haha..





MAIN..


Kalau main guli dgnmu, aku selalu malu,

Kalah bertalu-talu,

Kalau bergusti dgnmu, aku selalu layu,

Biasalah hero kalah dulu,

Anak jantan memang begitu..




Kalau bergaduh berebut toyu (kicap),

Kau selalu menang, mana boleh sulung kalah nanti malu,

Tapi aku ada ayat saktiku,

“mak, tgk along ni”, terus kau lari buat tak tahu..



Tapi itu semua dulu…

Belasan tahun yang lalu..







BELAJAR..


Kau ke asrama dulu, jauh sebelumku,

Aku kau tinggal di rumah mcm biawak mati kutu,

tiada berteman, sbb nk keluar rumah malu..




KAHWIN..


Bila mama Tanya “wahai anak2 ku siapa mahu kahwin dulu”,

Kau jawab “Along la dulu”,

Tanpa segan silu,

muka tak malu..haha




Tapi angah jawab “leklekluuu”,

Enjoy masa muda dulu,

Tapi jgn risau selalu,

Angah pasti menyusul lalu..haha..




p/s: khas utk Along yg sibuk exam final n “buat2 sibuk” nk kahwin hahaha..All the best Along!! (“/)

cerita semasa kecil 4: Star Cruise..Superstar Aquarius..satu tanda utk terus mensyukuri..


Masa tu cuti sekolah akhir tahun..tahun 1999 rasanya..Maknanya sudah hampir setahun arwah Adik Atin pergi meninggalkan kami sekeluarga. Along angh bgn pagi mcm biasa terus masuk bilik abah mama sebab nk main dgn adik Teah yg masa tu belum pun cukup setahun ..(Seperti sedia maklum, hari Adik Atin ‘pergi’ adalah due date mama utk labour adik baru..so sekarang dah besar adik Teah ni, dah setahun dah)..Abah mama masa tu sibuk packing baju dlm luggage..Along angah buat2 x perasan sbb malas nk packing sendiri, dgn harapan abah yg akn pack-kan..biasalah tu, mmg kami berdua suka mengelat..haha




Dari Taman Sejati Sg Petani terus kami meluncur ke Gombak, rumah Pak Andak..Pak Andak hantar kami ke stesen komuter sentul sbb dari stesen sentul boleh terus ke port klang..Angah Tanya mama, kita nak pi mana neh? Mama jawab ringkas, naik star cruise..mmg aku fhm yg vacation kali ini melibatkan cruise..tapi yg aku bygkn naik kapal kecil-kecilan mungkin..mgkn hanya sebesar tongkang atau mungkin selebar rakit?..otak 9 tahun aku belum mampu mentafsir jelas.




Sampai di Port Klang, mulut along angah terlopong besar.. terpampang di depan mata Star Cruise..besar..mmg besar..masa tu cerita Titanic baru keluar di panggung..itu yg terpacul dari mulut angah..”Titanic!”..haha. padahal cruise tu dicat dgn warna jalur gemilang..sikit pun tak sama..yg sama Cuma besar..star cruise lg besar lah of course.. Along angah berlari2 anak menuju ke barisan manusia yg sgt panjang- kami berdua melompat2 girang,tak sabar lagi nak naik cruise tu, sdgkn abah mama struggle di belakng mengangkat semua luggage kami sambil mengendong adik Teah..hehe..



Along angah beratur dulu, sambil abah mama mengejar dari blkg.. sambil mata si angah meliar memerhati segenap inci cruise yg terlampau besar dan luxurious tu, tiba2 ada satu rasa throbbing di telinga kanan..aduh..mama tarik telinga sambil sound kalau x behave hantar balik kedah..terus angah jadi alim, terus angkat luggage dgn taatnya..haha. Dlm tgh berbaris nak boarding tu, ada 2 org abg kelasi dtg ke arah kami, offer utk angkat luggage kami..belum sempat mama ucap terima kasih, angah awal2 lagi letak beg angah dpn kaki mamat kelasi tu.owh silap bukan depan, tapi atas metatarsal mamat kelasi tu..haha..cangak lg org nk tlg.. Star Cruise ni akan belayar dari Westport Klang ke Langkawi dan kemudian smbg ke S’pore..mmg terbaek!




Selangkah demi selangkah kami sekeluarga naik tangga ke atas cruise tu…masa tu angah Nampak ramai kelasi2 pakai uniform putih mcm popeye beratur sepanjang laluan nyanyi2 penuh bersemangat meraikan kedtgn kami di cruise tu.. sorg brader kelasi tu main gitar.. lagu yg diorg nyanyi masa tu lemon tree-fools garden..masa tu rasa mcm best sbb org smbut kita dgn grandnya.. agak2 mmg ni apa yg org2 besar, menteri2 rasa hari2..mmg heaven.. terus kami dibawa ke kabin kami sekeluarga.. mmg comel kabin tu..kecik tapi cosy..kabin ni ada toilet, 2 katil single di bwh dan tv di tgh..along angah terus berebut2 nak katil yg mana..pastu abah ckp takde maknenya..kitaorg kena tidur katil atas yg lagi dua tu..owh kami x perasan sbb dua katil tu dilipat ke dlm dinding kabin.. unik..mmg unik..wow along angah x habis lg mengagumi..along buka tv, semua channel dbuka, mahu analyse mgkn apa rancangan kartun yg ada…dlm byk2 channel tu ada satu channel tu menarik perhatin angah..takda suara Cuma gambar..angah x mengerti lalu tny abah.. abah explain yang tu sbnrnya peta yg menunjukkan lokasi cruise ni..GPS..inilah kali pertama aku tau apa itu GPS..




Sebenarnya trip ni turut disertai kwn2 abah mama dgn keluarga mereka.. Ada membe baik abah ni, namanya dh x igt tapi kami pggl dia ustaz..keluarga ustaz ni mmg best.. sbb dia ada 2 org anak lelaki sebaya dgn along angah..yg si abang sulung tu tua setahun dri along, yg si adik tu pulak setahun tua dri angah..so basically kami berempat jadi geng di atas kapal tu. Malam2 lepas dinner kami dua keluarga lepak2 di atas deck mencerap bintang indah sambil dihembus bayu.selalunya yg tua akan duduk di suatu sudut bersmbang2.. tapi lain cerita dgn anak2 kcil ni…deck cruise ni sgt lapang, exact size of padang bola sepak.. kalau x salah ingat la, seluruh deck ni dilapik dgn rumput turf..maknanya kami berempat ada giant playground. Main lari2 mmg masyuk..




waktu senja paling menarik, langit dan laut luas terbentang berwarna oren kemerahan sgt cantik..selalunya waktu ini along angah akan bermain dgn baby teah di atas deck..abah mama masa tu akan berdua2 menikmati senja di hujung dpn kapal..mcm cerita titanic..romantik..mmg romantic..haha




Kalu dinner, paling along angah suka..sebab mkn di restoran tngkat bwh..bwh laut..mmg mkn di restoran underwater, tapi bukan nmpk ikan mende pun..tapi best la jugak buat pengalaman hidup
Seminggu kami di atas cruise ni..mmg tak pernah bosan..ada saja aktiviti.. pagi2 lepas sarapan anak ustaz yg dua org akan ketuk pintu kabin kami ajak main smthg.. yg paling angah ingat kami pergi main arcade game kt tingkat berapa belas ntah..(owh cruise ni rasanya ada 12 ke 15 tgkt mcm tu, tak pasti tak ingat..biasalah setiap tgkt ada map utk floor tu, tapi kami berempat mmg selalu sesat)..mmg layan main game tu semua sbb free, boleh main sampai pengsan..token? owh tidak perlu..kdg2 kami main sampai lupa lunch..mama mmg marah sbb kami berempat selalu buat family member lain tertunggu2 kt restoran tu sebab dh janjikan jumpa di rstoran setiap kali time lunch.




Tapi ada aktiviti yg lgi best, satu pagi tu, diorg ketuk pintu kabin kami sgt awal, even along angah belum mandi pagi.. rupanya diorg berdua nak ajak kami mandi jakuzi kt deck bersama2..kata si abang, kalo lambat nnti warga tua conquer dulu..haha mcm2.(mmg benar, agak ramai warga dlm cruise ni, mgkn pesara2 yg berbulan madu semula..siapa tahu..LOL) itu waktu pagi, petang nnti lepas asar turun swimming pool pulak..sehari adala dlm 3 4 kali kami mandi pool n jakuzi..aaaah mmg lyn..
Byk lagi aktiviti yg kami buat, kalau nak describe kat sini, sampai bila pun tak habes(*giler exaggerate=P)
Tapi mmg, holiday seminggu on cruise ni adalah holiday yg TERBAEK dlm hidup aku setakat ni..travellah ke segenap pelusuk manapun dgn ryanair tu, feelingnya x pernah sama..



Thanks abah mama for the best holiday ever=)

cerita semasa kecil 3: perginya sebuah permata hati..

Pagi tu jadual bermula seperti biasa..tak pernah terjangka langsung insiden tu akn berlaku di hari yang hening tu.. abah kejut along angah dari tidur bersiap untuk ke sekolah.. Waktu pagi mmg kami semua sibuk..Abah atau mama mmg mcm biasa akan mandikan arwah adik atin dulu, siapkan dia dgn unifron prasekolahnya..mmg masa ni angah dan along dah kena bersiap dgn uniform sekolah sendiri2-mula berdikari..biasalah kasih sayang teralih lebih kpd yg kecil..cemburu? mmg aku cemburu sbb sekian lama aku terima lebih kasih syg..tapi along Nampak cool..x pernah henti syg dgn adik atin..sayangnya abah, baju uniform semua ahli keluarga akan abah iron-yang mama, along, angah, adik atin semuanya abah iron..setiap hari tak pernah putus.. mmg tiada ego, tak perlu disuruh, tak pernah mengeluh..mmg angah respect cara abh run this family!!




Siap subuh, abah masukkan ‘beg sekolah mama’, beg briefcase abah, beg sekolah anak2 semua di belakang bonet..mama akan lock semua pintu n gate sementara abah reverse kereta.. kami tiga beradik macam biasa duduk di belakang sambung tidur..macam biasa kami akan drop mama dulu di sekolahnya..mmg kami tiga beradik lebih suka belajar di sekolah abah..tak tahu kenapa masa kecik2 bila mama abah tanya nak pegi sekolah mana spontan kami pilih sekolah abah.. sampai di sekolah, mcm biasa abah akan kejut kami bertiga, terus angah dan along akan menuju ke kelas masing-masing..Tapi lain ceritanya untuk arwah adik atin..Sambil menggendeng beg berisi botol susu, Abah akan dukung dia sampai ke pintu pra sekolah..Masa tu along di darjah lima, angah di darjah tiga..arwah adik atin pulak di prasekolah walau umurnya baru 5 tahun lebih (advantage anak cikgu- early admission)..




Tapi hari tu memang lain..memang sayu..kelas berjalan seperti biasa , sampai waktu rehat segala-galanya berubah..aku turun tangga dengan tekad ke kantin tapi terkedu bila tgk tingkap2 bilik darjah prasekolah dikerumuni puluhan pelajar.. aku jadi hairan..apa yang menariknya, ada budak kecik menangis lagi ke rindukan rumah-how typical..tapi aku tetap jenguk ke tingkap juga nak pastikan apa yg berlaku..tapi pelik cikgu pra yang menangis-mcm panic…pembantu pra yang waktu Kak Yah (cousin kami)pun menangis mcm x keruan sambil meriba sekujur tubuh-bleeding thru nose and mouth heavily..aku Nampak berlonggok2 kain buruk dan kain batik penuh berlumuran darah..aku jadi hairan.. dlm keributan tu aku Nampak kelibat along dlm kelas tu..terngiang2 di telinga aku, membe2 bertanya “adik hang kenapa weh??”..terus berpinar pandangan..




Without much hesitation, aku terus masuk ke dlm pastu terpaku..tak tau apa nak buat..blur.yang aku tau masa tu menangis...mmg bercucuran permata tgk adik kecilku terkulai tak bermaya..apalah sgt bdk 9 thn bleh buatkan..along masa tu lari naik ke pejabat untuk call abah.. aku jadi pelik.. kenapa x ke bilik pk ko kurikulum je terus..mestilah abah di situ..then along explain, abah keluar ke PPD(pejabat pendidikan daerah) di sg petani sebab ada kerja…dlm ribut2 tu loceng berbunyi menndakan waktu rehat dah habis..along dan angah mmg berkras nak tetap di situ tak mahu masuk kelas, tapi cikgu2 di situ memaksa..aku tahu jauh di sudut hati, mereka pun tak pasti apa nak dibuat..semua dah panic..mmg jelas di muka..Cuma menunggu abah sampai secepat mungkin..walaupun ambulan dah di call, masih x sampai2 lagi dari sg petani..mmglah lambat, ini kan kawasan luar Bandar..




Dgn berat hati, along angah masuk balik ke kelas.. fikiran terawang2 dengan nasib adik atin..apa yg cikgu bebelkan di depan kelas, lenyap langsung..Waktu tu mama sedang mengandungkan adik yang keempat..mmg hari ni due datenya..Mama di sekolahnya dah dapat berita.. pejabat yg callkan..sama saja di sana, paniknya tak payah cerita, terus mama dibawa teman sekerja ke sekolah abah seabab abah blum sampai lg masa tu..(rakan sekerja tak yakin mama boleh drive dlm keadaan mcm ni)..so abah dan mama sekarang mmg di sisi menemani adik atin di dlm kereta smpailah ke A&E..Tapi along dan angah masih di sekolah, belum faham benar apa yg berlaku..habis waktu sekolah, kwn abah(cikgu kitaorg of coz) bawak kami berdua ke hospital..suasana dlm kereta tu mmg sunyi..perasaan bercampur baur mgkn( curious+hiba)..




Dlm masa kami di kelas (diriwayat dari view abah), abah sampai balik di sekolah sblm ambulan tiba..terus abah cempung adik masuk ke kereta sambil mama ikuti dari belakang..rasanya tiada cikgu lain yg accompany..Cuma abah mama dan adik atin..Cuma seorang ayah ibu dan anak mereka yang turun naik berombak nafasnya..menurut abah masa tu, air mata tak payah cerita, fikiran memang tak keruan, mama pun sama…Kata abah, abah memecut tanpa melihat ke meter, semua lampu isyarat tak diendah-semuanya dilanggar..yang ada di kepala Cuma selamatkan adik atin..kalau boleh kata abah, kalau boleh ganti nyawa pun akan dia pilih..tapi itu ketika fikiran mmg x keruan..kesian abah..kalaulah along angah ada masa tu mgkn membantu.. atau mungkin lagi mengusutkan..




Sampai di hospital, ward paediatric terus kami tujui..cikgu tu berjalan steady, tapi along angah dah berlari-lari anak..tak thn lgi menunggu bertemu adik atin..Angah nmpk adik terbaring kaku, mata terbuka kuyu, ada IV line di tgn, cuba berkata sesuatu tapi tidak aku fahami.. di tepi katil aku Nampak mama menangis tiada henti sambil ditenangkan arwah tok..abah Nampak steady tapi ada sedikit lebam di eyebagnya..masa jam 4 ptg..




Sedetik demi sedetik masa berlalu, doctor tak buat apa2..Cuma bgi saline..mmg aku x mengerti waktu tu..tapi sekarang aku mula question apa yg mereka buat ni? Ada sikit sangsi dihatiku skrg....sampailah mlm tu tiba2 adik atin crashing..terus code red..kelam kabut..semua nurse, doctor, intern terus rush adik atin ke paed’s emergency room..tak jauh Cuma 15 meter je dari katil adik atin tadi..aku Nampak ramai yg keluar masuk bilik tu. Sgt hectic...tak sampai 10 minit, doctor dtg minta abah mama ikut dia.. lagilah aku blur..tak berkata sepatah pun spontan aku melangkah ikut abah n mama tapi dihalang tok..




Dalam bilik tu(diriwayat dri view abah n mama), abah dan mama Nampak adik atin lemah sekali melwan ajal..mmg byk napkin, cotton wool dipenuhi darah..abah dan mama tak mampu berbuat apa-apa, Cuma mengalir airmata saling berpelukan,mengucup dahi adik atin..masa tu kata abah dan mama, adik atin bisik sesuatu dgn lemah kepada abah dan mama “abah, adik dah takleh makan aiskrim dah..” bercucuran airmata abah dan mama.. mmg selama ni adik atin kuat mkn aiskrim sampai demam.. dan ayat terakhir dari si anak kecil ni, mengiyakan didikan dan teguran ibubapanya..(masa abah cerita ni balik kat angah n along, mmg airmata mengalir membasahi pipi, even di saat warkah ini ditaip semula pun juga bercucuran :( ) Bayangkan perasaan mama yg hari itu due datenya utk labour adik keempat-menyambut ahli baru..tapi diselikan dgn pemergian adik atin..




Masa itu dunia gelap seketika buat kami sekeluarga..Alhamdulillah jenazah adik atin dah selamt dikebumikan..mmg mama alami kemurungan seminggu, memang membimbangkan abah tapi O&G mama selalu dtg rumah chek up on mama..masa ni mmg besar abah menanggung dugaan..tabahnya abah..



Adik atin..mmg rapat dgn angah.. satu benda yang angah menyesal sampai ke hari ni bila mama nak belanja angah hadiah no 1 dlm kelas masa drjh dua..masa tu di parkson, adik atin menangis sgt2 teresak2 nakkan Barbie doll yg boleh makan minum n buang air tu tapi angah memilih karate fighter sbb boleh main dgn along.. mama minta angah pilih antara yg angah nak atau nk favour yg adik atin nak, mestilah angah pilih mainan yg lebih boys.. kan cantik kalau angah x selfish masa tu..tapi tu zaman kanak2 dah lama berlalu ..x guna lagi disesalkan..




Buat abah dan mama, angah yakin adik atin x pernah berhenti memerhati kalian dari atas sana=) Dah 13 tahun adik atin pergi meninggalkan kita..muda..mmg muda saat dia pergi..
Buat adik atin..ketahuilah kami sentisa syg padamu..Al-Fatihah



p/s: In loving memory of Adik Fatin Nabillah Husna (1991-1997)..Angah miss u like lot..(T_T)

Cerita semasa kecil 2: the prequel...satu lagi tanda utk mensyukuri..

Masa tu aku baru 4 tahun.. along dah register ke sekolah abah..pra sekolah rasanya..makanya aku dah tak ada kwn lg kat rumah tok. Sebelum2 ni arwah tok(nenek), nanny kami berdua..tapi dah tinggal aku saja. Lagipun mgkn arwah tok x menang tgn nak jaga arwah adik atin yg masa tu baru setahun lebih usianya.. sebab tak mau aku kesunyian, mama dgn abah bawak aku register ke sekolah nuri.. supaya aku dpt kwn2 baru..sekolah nuri ni nursery, tak pasti sama ada government funded atau pun jabatan kebajikan funded..sebab dia cater utk baby2 kampung usia 2-4 thn yg ibubapa mereka sibuk mencari nafkah.. masa tu aku cuak sebab mana pernah keluar dari jagaan arwah tok.. nursery ni mmg daif sikit.. satu blok kayu berlantaikan tikar getah dan bilik2 dibahagi dgn papan plywood...daif2 pun masih teguh berdiri bangunan ni ,hingga ke hari ini, even slps tsunami. (tapi syg dah jadi bangunan tinggal), Tapi itu bukan soalnya, semangat penjaga2 bayi di nursery ni yg patut dipuji, tabah menjaga baby2 pelbagai lapisan umur,walau bayaran tak setimpal, asalkan maslahah masyarakat kg kuala sg muda ni terpelihara...yang bestnya mmg byk alat permainan dan mini playground kat luar tu..




Jadual hidup aku bermula seawal mama dan abah bersiap ke sekolah.. sesudah subuh, arwah tok akan mandikan along angah dgn air panas(hot shower)..rumah kg mana ada hot shower mcm skrg..betapa sygnya arwah tok terhadap cucu2nya, sampi arwah tok jerang air dgn cerek berkali2 kemudian campur dgn air di kolah supaya suam utk cucu2nya..semestinyalah arwah tok yg mandikan..masa tu nak cebuk air pun x sampai..selepas semua tu, arwah tok wan akan bawak aku naik di belakang tong yang diikat ketat di belakang basikal tuanya.. tong di seat blakang ni memang selalu jadi rebutan antara aku dan along..tapi sebab dia dah ke sekolah abah, maka skrg dh jadi milik aku sepenuhnya.. biasanya ada satu beg khas arwah tok letakkan bersama aku dlm tong tu..beg tu semestinya berisi botol susu..susu fernleaf rasanya..siap dikocak, panas2 lagi wei!! mmg aku suka minum susu..skrg pun masih suka… mana ada org x suka susu kn.. hahaha.. siap dgn semua tu, arwah tok wan akan memacu pacuan dua rodanya menghantar aku ke sekolah nuri tuh..




Sekolah nuri mmg agak mantap..hari2 kami akan breakfast ramai2. Akak2 comel yang akan suapkan..hehe. lepas tu part yg paling best dpt mkn vitamin c..perisa oren..sorang dpt la 2 3 biji..mana cukupkan.. masa ni mmg semua berebut2..ada yg ambik double.. kanak2 kecil kan..biasalah tuh..lepas semua rutin tu, mulalah waktu belajar..aku mmg tak ingat mende lah aku belajar..yang aku ingat zaman ni mmg byk sggh main..dlm pkl 10 tu ada sesi main..mcm2 aku main..lego terutamanya.. lepas tu bantal2 akan dibawa keluar oleh cikgu2 nursery, semua babies diminta tidur beramai2, walaupun x mengantuk.. aku x pasti sama ada aktiviti ni utk menggalakkan perkembangan otak kanak2 kecil atau mgkn trick cikgu2 nursery utk berehat..kdg2 diaorg pun tidur skali..hmmppphh..apa2 pun x baik bersangka buruk..hehe.. nursery ni mmg meninggalkan kesan dlm hidup aku, mana taknya, dapat satu parut melintang di kening kiriku akibat kecederaan semasa bermain.. berapa jarum suture aku mmg x tahu..hanya parut menjadi saksi..




Sampai pkl 12 tgh hari mcm tu, ramailah ibubapa akn dtg ambil anak2 diaorg..aku pula kadang2 tokwan akan tunggu terpacak dgn basikal tuanya, kadang2 arwah tok yang akan ambil aku..kalau arwah tok yg ambil aku, dia akn bawak aku jalan2 kat jeti naik ikan..sebab tok nak beli ikan fresh utk msk lunch kan..aku mmg suka ke jeti ni, best tgk org ramai..yg aku ingat bawah bangsal ikan tu akan ada org tu hampar gundi, tuang ikan atas gundi( kdg2 ketam, udang), pastu ramai peraih bisik2 kat telinga nelayan tu..pastu tiba2 ada la sorang peraih tu bagi duit kat nelayan, terus angkat gundi ikut masuk van..masa tu aku xpasti apa yg diorg gosipkan..bila dh besar baru aku tau rupa2nya diorg bisik harga..so competitor peraih2 tu xkan tau harga yg ditawar ke nelayan tu..tak pasti pulak boleh ke berjual beli yg semacam tu..tapi mgkn boleh sbb ada akad n all..menarik..mmg menarik..




Tapi arwah tok takkan sekali-kali beli dari bwh bangsal ni sbb mahal rasanya.. Tok mmg arif mcm mana nak dptkan ikan temenung(kembung) fresh dgn harga yg sgt murah..by fresh I mean ikan tu baru naik tak sampai sejam..mmg warna ikan tu biru2 lagi..caranya sambil menggenggam tgnku (tak mahu kehilangan cucunya barangkali sambil sibuk membeli), terus kami meredah pasir gebu ke perahu yang baru sampai, sambil menghulurkan plastic ada sesuatu yg dibicarakan antara tok dgn nelayan tu..tak tahu jampi apa yg dipakai, nelayan akan masukkan berbondong2 ikan temenung yg baru dilepas dari pukat ke plastic tadi.. wow..byknya..tapi wang yg dibayar tadi aku Cuma nmpk warna biru sekeping..aku yakin itu Cuma seringgit..walaupun aku x pandai mengira lagi masa tu, tapi duit aku mmg mahir mengira..murahnya tok dpt ikan2 tu, barangkali itulah advantage menjadi local people..




Sebenarnya yg aku suka ke bangsal ikan ni sebab on the way balik arwah tok akan Tanya soalan kegemaranku. .”angah nak apa2 ka?”..mmg hatiku berbunga2 setiap kali dgr soalan ini.. biasanya selepas jenuh dgr aku melalak, arwah tok akan belikan aku tora, kotak berwarna biru ada gambar doremon yang berharga 50 sen..isinya seperti biasa-biskut bebola bersalut coklat dan permainan ( bergantunglahkan..kdg2 gasing terbang, mcm2 lagilah mainan pelik2 di dalamnya)..tapi kalau mood tok mmg baik hari tu, aku akan dpt kotak berwarna putih yg lagi mahal berjenama ding dang..tak cukup dgn itu, kdg2 aku dpt yg lebih premium-kotak Jojo..=) ..kdg2 tok belikan aku kek hiro..sedap..mmg sedap..tak pasti ada lagi ke x kek hiro skrg ni di pasaran..




Puas membeli, kami terus balik rumah tok.. selalunya tok akan buka tv utk aku..utk distract aku barangkali supaya tak kacaunya memasak lunch..biasanya rancangan yg berjaya distract aku masa tu kartun kementerian pendidikan kot..yg ada sang kancil dgn buaya tu..takpun tv pendidikan yang ada logo bulat warna ungu, itu pun Berjaya distract aku.. biasanya masa ni aku akan tertidur keletihan sampailah mama, abah dan along balik dari sekolah..sebabnya kalau mereka semua balik along akan kejut aku ajak main..satu benda lagi yg kami selalu berebut- buaian baby yang diikat di atas alang, ada besi support, siap dipasang kain pelikat atau kain batik..kami berebut bukan sbb nk tidur dalam tu, sebab nak berbuai..mmg best buai tu…ada rasa adrenaline sikit masa naik buai ni...amalan berebut buaian dlm rumah berterusan sampi kami berdua ke sekolah rendah..sampai berkeping2 kain pelikat/ batik yg koyak..




Sibuk bermain2 tu, abah suruh kami pergi mandi, siap2 ngaji quran..memang itu rutinnya..biasanya aku akan mengeliat tanda protes..tag team dgn along, mcm2 alasan kami bagi..antaranya demam, cari muqaddam x jumpa, papan rehal hilang, baju melayu basuh x kering dan mcm2 lagilah … yg paling x thn ckp kat abah yg tok su ajar ngaji to pegi hospital..pandai2 je mereka cerita*sigh*..selalunya kantoi dan menerima berbirat jaluran2 rotan di belakang badan..haha..masa tu mmg la x suka pergi ngaji..biasalah budak2 lagi kan..




Memang aku merindui setiap detik dlm cerita ni…cepat sungguh masa berlalu..





p/s:In loving memory of arwah tok wan(Hj Desa Hassan) & arwah tok(Hjh Minah Awang)

also dedicated to abah, mama, along, arwah adik atin, adik teah, adik ikmal=)

Cerita semasa kecil: satu tanda utk mensyukuri..

am back!! super tired.. not in mood of writing.. transfering my writings from fb note to this blog..there's no harm of putting all the collections in one place! ok cau cincau![in stress thinking of 3 weeks to Galway.. damn!!] (T-T)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Loceng sekolah berbunyi menandakan jam dah satu suku..kelas dah habis untuk tahap satu di Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam…Maknanya budak darjah dua dah boleh balik.. Kalau nak tau Bukit Meriam ni pernah menjadi pusat pemerintahan kedah suatu ketika dulu sebelum berpindah ke Alor Setar.. memang ada meriam, katanya lah..kalau nak ke pantai merdeka mesti lalu sekolah se-blok ni.. kelas dah habis aku terus ke bilik abah.. bilik PK KO kurikulum rasanya. Pemangku rasanya... itulah post yang abah pegang masa tu.. muda lagi abah masa tu, baru 30.. Sesampainya aku, along yang masa tu belajar di darjah 4 dah ada di kerusi roda pusing2 abah yang empuk tuh..memang kami selalu berebut kerusi tu sebab nak main pusing2.. maka hari tu terlepaslah peluang aku nak main kerusi tu..*sigh*




Belajar di sekolah abah memang best..anak cikgu la katakan.. banyak la layanan istimewa satu sekolah bagi..tambah2 sekolah luar Bandar..asal ada pertandingan apa2 je mesti terpilih.jadi pengawas mmg for sure lah, anak cikgu kn... masa tu konon2 rasa superior la dari member2 sekolah yang lain.haha.budak2 lagi kan biasalah tu..bab makan paling best, hampir setiap hari abah mesti buat surprise, sampai dah rasa tak surprise lagi.LOL. rutinnya aku kena beratur dengan tabah sambil menggenggam syiling seringgit berwrna merah tu untuk beli nasi lemak 30 sen lauk ikan bilis, tapi pada hari2 yang ada surprise tuh, mak cik kantin akan bagi satu pinggan yang lagi best macam2 abah dah order kat mak cik kantin tu, tengok la kadang2 ayam goreng, sotong besar, udang besar macam2lah.. sayang abah!! Sebab lepas tu duit seringgit tuh buleh simpan beli game digimon takpun kereta dash yankuro..brand tamiya la baru stail!!huhu





Berbalik ke cerita asal, aku masuk bilik abah dengan muka agak bengang dgn along sebab dia dpt kerusi tu dulu.. abah bagi kunci kereta, suruh kami pegi tukar baju sekolah yang hangit tu dgn baju tshirt spare yang selalu ada dlm kereta..mmg selalunya abah simpan baju spare angah dgn along dlm kereta..begitulah abah..selalu well-prepared..meeting abah selalunya habis pukul 3- 4 macam tu..maka sekitar sekolah tu la playground kami..biasanya kami lepak di kantin..macam2 kami main..dari game digimon sampai la aci ligan(kejar2).. aci ligan tu pulak berbagai, aci ligan duduk la, aci ligan freeze la..mcm2!! ada ja idea2 pelik..budak2 ..mmg kreatif.. yang paling tak tahan nak main guli, since masih kat sekolah, aset2 guli simpanan semuanya di rumah, bola roundes lah jadi pengganti..main guli guna bola roundes?? Tu pun cilok dari stor sukan sbb kunci stor sukan buleh ambik dari bilik abah..hahha..rule dia sama jugak ada kandang bank(kandang=circle yg ada byk guli taruhan dlm tu), ada urat mati dan urat baling(urat=line)..haha..lucu..mmg lucu..




Tiga setengah mcm tu, meeting abah dah habis..mama pun meeting jugak petang tu kat sekolah dia..sekolah kebangsaan bukit kecil namanya..sekolah ni mmg cater anak2 kampung di Pantai Merdeka.. Terus abah keloi kami ke kereta, dan terus meluncur ke sekolah mama.. Selesai ambik mama terus ke rumah arwah tok(nenek) di Kg. Tepi Sg Kuala Sg Muda(tempat bencana tsunami di kedah,arwah nenek jenazah kedua Berjaya di bawa keluar dlm tempoh 12 jam slps tsunami..Al-Fatihah), untuk ambil arwah adik atin( Al-Fatihah buat adik Fatin Nabillah Husna, adikku yang meninggal muda pada usia 6 tahun..muda..mmg muda). Biasanya kalau sampai rumah tok, aku dan along akan main dgn adik kejap pahtu terus ke kabinet dapur tok..sebab dlm tu la biasanya kami simpan aset2 guli yang dimenangi, gasing, wau buatan sendiri(penat raut buluh guna pisau pelit(pisau lipat lima sen)) dan sebagainya..




Sepatutnya lepas ambilk adik atin, kami sekeluarga patut terus balik ke rumah di Sg Petani, tapi malangnya, along dan aku akan lesap dgn pantas melusup ke ceruk kg bermain guli.. tak pun di tepi laut main wau dgn Li(Fazli) dan On(Azrul). Mereka dua beradik anak mak Tam. So sepupu kami..kami berempat mmg sebaya...sebab tu kalau weekend along dan angah mesti tidur rumah tok..itu tak campur cuti akhir tahun lagi..=)..Tok selalunya hampar toto depan tv untuk kami dua beradik sbb nak tgk Hulk Hogan beraksi dlm gusti mlm tu..selalunya Li dan On akan join tidur dgn kami..even arwah tok sendiri akan tidur dgn kami, kalau kami sleepover..Kesian arwah tok wan kena tidur bilik sorang2..hehehe




Kg nenek ni sebenarnya jeti naik ikan..so mmg tepi pantai yg gebu..kalau kena musimnya,maksud aku musim mencari kepah, akan ada beting pasir timbul di tgh laut menndakan kepah bersepah2 di tebing tu..semestinya aku dgn along aku naik perahu pak long ke tgh laut mencari kepah.. sekilo biasanya peraih ambik 5 ringgit.. yang ada di kepala kami berdua, duit tu semestinya bermaksud enjin baru buat kereta dash yankuro kami..enjin hitam terutamanya..masa tu kononnya enjin berwrna hitam paling laju utk kereta tamiya..LOL.. Kepah mmg pernah jadi sebahagian hidupku.. biasanya peraih akan dtg ke rumah tok untuk beli kepah yang Berjaya kami cari.. selalunya dalam mencari kepah aku mmg loser..kalau timbang kilo gundi kepah ,aku paling ringan..sedih..pahtu ngamuk sebab along dpt banyak..selalunya arwah tok masukkan kepahnya dalam gundi aku bagi balance, senang cket, cepat cket aku tutup mulut. Tak tahan mungkin dgr aku melalak.begitulah arwah tok..selalu manjakan kami..lagipun kepah ni kan sepatutnya jadi leisure activity untuk kami semua, so arwah tok mmg x kisah..




Tapi semua ni dah berlalu.. 14 tahun yang lalu..dah banyak orang yang aku sayang dlm kisah ni dah pergi berjumpa Ilahi..Arwah adik atin..arwah Tok..arwah tok wan..semuanya dah kembali bertemu Allah.. Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman.. Dalam semua tu, banyak lagi nikmat yang Allah masih kekalkan di sekeliling aku- abah, mama, along, adik teah, adik ikmal.Angah sayang kalian semua( homesick sebenarnya neh!!haha).Syukur padamu Ya Allah.. =)





p/s:diolah dari kisah benar..mungkin ada fakta yang sedikit diubah tanpa sengaja kerana memori telah berkarat ditelan masa=)