Wednesday, March 30, 2011

Sweet Grannie!! Now you make my heart cries!!


*barangkali ini lah biew adventure mereka!*


Ptg tadi ada satu sweet insiden di cardiothoraxic clinic yg membuat hati berdebar-debar, narrow tachy.. v-fib terus… at this moment asystole!! LOL


Dua beradik nenek tua Irish yg sweet bertongkat masuk ke consultation room, nenek Irish pertama tu dlm umur 80-70-an (kakak), granni kedua yg menemani patient tu berumur dlm 70-60-an(adik perempuan)… Lalu SHO (Senior Health Officer aka Dr) tu biarla aku dgn patient ni beserta adik perempuan dia utk diambil history. Lalu aku pun mulakan langkah mengorek history, tapi history lain yg terkorek..



Mcm biasa, med student mesti tau ayat skema open ended dan segala bagai.. so aku mulakan “are you from Galway?”.. diorg jawab “no, we’re from Co. Clare.”
Ok la fine, so teruskan ke ayat kegemaran “what brought you here..” tapi belum sempat dimulakan pertanyaan, nenek yg patient tu mencelah, “Where’re ye from?”
Lalu aku jawab, “owh am from Malaysia, far far away across the globe..hehe” lalu semua tertawa..


Kemudian nenek tu sambung, “I’ve been to Malaysia, well actually I’ve been A MALAYSIAN!”.. aku jd kelu n x yakin dgn statement nenek tu lalu Tanya “what do you mean??” sambil kening terjerut.. Maka nenek tu pun mulakan penceritaan hikayat Pengembaraan Seorang nenek Irish ke Malaya….



………………………………………………………………………



“…..Once upon a time.. (ok tipu dia x mula mcm ni pun.haha).. It was 1960’s long before you were born, (aku mencelah, well in 1960, even my mom was’nt born as well.. hehe).. semua gelak golek2.. pastu dia sambung..


“It was a very young country, Malaysia was really young.. but very beautiful.. one of beautiful land I’ve ever seen..like a virgin! Hehe” (dlm hati masa time ni aku x convince lg dgn grannies ni..may be dia reka cerita)


So aku pun Tanya.. what’ye doin’ in Malaysia at that time?


“I was working as voluntary nurse to help a newly-born nation. I work in Hospital Kluang…. (aku terkejut beruk kejap, sbb dia pronounce kluang mcm org melayu sejati..siap ada unsur slang jawa lg.. ok iawa tu hyperbola sket..hoho).


ok fine la, aku bisik dlm hati, ek elh, possible je nenek ni tgk dlm wikipedia..LOL


Pastu dia sambung, “ I work as Obs&Gynae specialist nurse back then (macam mak bidan la kot). you know what, one thng I miss most in Malaysia is Malaysian Babies.. they’re the cutest baby in the whole wide world (dia ckp seniri ok, ada air mata berkaca kejujuran di mata).. aku masa tu mcm sikit terconvince, jd tanya “ Why’s that?” pastu nenek comel tu pun kata.. “ I’m not quite sure why, they’re just gorgeous, may be because when they were born, they have this kind of ‘silky black’ hair.. it’s too adorable. (aku bisik dlm hati, org melayu sebuk2 colur rambut blonde/kelabu tahi anjing/merah etc, even aku personally berminat dgn rambut brunette (tapi setakat kagum je la.. tapi org putih suka dgn rambut hitam dan kulit tanned org melayu.. satu pengajaran aku dpt, ciptaan Allah SEMUA cantik2, tapi kita je x pernah bersyukur)


Nenek comel tu sambung lg, “I was in Malaya for 5-6 years and in 1960, ye have to come in from Singapura airport because no proper airport in Kuala Lumpur (kali ni aku terkejut biawak pasir plak, dia pronounce KL n singapura mcm org melayu kampung Pandan..LOL).. It was quite an adventure back then, we went to the east coast, Terengganu, swimming with the turtles, I remember back then there were two soldiers came to us saying it’s not safe to swim because of shark or jellyfish I don’t quite remember…


Then we went to Terendak.. (ini mmg saat jantung aku V-fib trus.. dia sebut terendak.. terendak? Sekecil2, sehulu2 area ni dia tau, takkanlah ada terendak dlm wikipedia..ahaha.. dia pronounce mmg macho melayu habeslah).. We were trekking in Terendak.. At that time there were accompanied by army as well because at that time.. (dia x habeskan ayat, aku angguk fhm, mgkn zmn komunis kot..)



“At that time, I don’t like Singapura, Hong Kong and Melaka because they’re too crowded.. but Melaka was brilliant, we saw lots of Portuguese traces back there.”



Then we drove up to the north Malaysia as well in late 1960’s( aku menympuk gembira! “Yes north!! Im from north!!hooray!” .. dia sambung balik “ I own a car at that time.. we went to Penang! It’s really nice.. where you from in the nrth?” aku jwb bgga, “Im from Kedah..” Nenek tu sahut excited.. “owh kedah, I know Kedah, it’s next to Penang!! I’ve been there.” (masa ni aku mmg convincelah, nenek Irish ni mmg legend, sebutan bhs melayu, mantop Montoya.)



Aku mencelah sbb curious, “can ye both speak Malay?”.. she replied” I was good with Malay back then, but now I kinda forget most of the words.. but I remember some like “nasi goreng, nasi lemak, laksa, sate, apa kabar etc…” (aku jawdropped! Cara dia pronounced semua tu mmg melayu habes! Irish bicara Melayu, pertama dlm hidup!! Hebat Allah Taala, Hebat betul dia design rangka kehidupan seseorang manusia..)



Aku Tanya lg “Isn’t it too hot/warm in Malaysia for ye both?” Diorg jawab comel,” well it was windy, no it wasnt hot at all. But Hong Kong was even hot n dry than Malaysia.. (aku senyum, kembang semangkuk)


“There was one buildingin Kula Lumpur looks like mosque but not mosque.. what’s the name?.. “ aku menyampuk “national mosque, KLCC? (LOL cam bangang, semua dia atas mana wujud lg in 1960’s..LOLOL.. pastu aku tnay “Is there any field/square in front of the building? Dia jwab excited “yes2!” aku suggest “ Bangunana Sultan Abdul Samad??.. Nenek tu amazingly reply “yup it’s Bnagunana Sultan Abdul Samad..(aku dh tak larat terkejut dah.lenguh dah jawdropped. dia pronounce seketul2 melayu.. pasrah je la dgn nenek comel neh, akuilah, mmg dia pernah jd Malaysian.. sorak dlm hati “nenek berdua mmg legend arr!! Mmg rawkz arr korang”



Aku Tanya,” xbalik ke Malaysia ke visit kwn2 lama? Dirog reply "we went back in 1990’s but no one left, most of them passed away.. aku angguk dlm hati“owh.. ye la life expectancy Msia mmg lg singkat”



Nenek tu sambung lg “ I was in Malaysia for 4-5 years, then I was transfered to Nepal.. so It was such an adventure.. This is my adventure, what about you boy??”



Nenek berdua tu senyum tgk aku, aku senyum balik sambil bisik dlm hati.. “skrg nilah adventure saya, adventure di Galway..adventure in Europe, adventure menjadi doktor muslim berjaya.. gaye berkobar2!“ muhasabah dlm hati “nenek berdua ni berpeluang tgk generasi mama n abah membesar (my parent) dan juga tgk generasi aku membesar(sampai aku skrg sebaya umur dia dulu di Msia)..



“terbayng2 di depan mata, will I tell my story to 2 generations down in future.. cepatnya n singkatnya sebuah hayat kehidupan! Cukup ke amalan nak ke ‘sana’??”



………………………………………………………………….



Ending cerite ni x best cket sbb lepas tu pintu bilik consultation dibuka lembut.. aku nmapak wajah eager SHO( Dr) tu.. pastu dia Tanya “ Are you ready to present the case?” bisik dlm hati “OMG, am so dead!! Sweet Grannie!! Now you make my heart cries!!” T-T


p/s: aku pun tak pernah smpai Terendak!! ada mrsm je pun LOL! btw, aku x present pun case kt SHO tu, takkan nak present history nenek ni menjadi msian plak kan?/ ahaha.. what a day!

Sunday, March 13, 2011

Inikah cinta?




Saat itu,
Kulihat wajah mu,
Petah,
indah,
Hati tergugah,


Aku jadi sangsi akan rasa ini,
Lalu daku selami sastera hatimu,
Agar hati kita bicara,
Kita jadi petah nan ramah,
Hati berbunga dan cinta pun bercambah


Kata orang kalau mahu mencintai,
Kenali dulu hati budinya,
Begitu juga kamu,
kalau mahu ketahui sesebuah watan, pelajari bahasanya


sedekad lalu, hati tertaut pada adabmu
Tiada Islam dlm ID mu, Tapi sepertinya subur dlm jiwamu
Benar dulu kamu menjajah watanku,
Memang aku marah,
Tapi cinta bisa menukar amarah jadi ramah,


Saat dulu,
Tsunami merenggut nendaku,
Kamu tidak tertawa,
Tak berderai hilai tawa,
Kamu hulurkan simpati kemanusiaan,
Aku jadi kaget, betapa adab kamu seperti muslim
Wahai mentari terbit


Tapi kini, tsunami menggegar asasmu,
Ku mohon maaf bg pihak mereka yg mentertawamu,
Sggh mereka tidak benar megerti apa itu tsunami,
Maafkan mereka,


Barangkali Mereka tidak pernah berjalan dlm runtuhan,
Barangkali mereka tidak tahu apa perasaan
Berjalan dicelah selut hitam tsunami
Barangkali mereka tak tahu
Bagaimana rasanya melihat taman permainan sewaktu kecil,
Hancur musnah.
Barangkali juga
Mereka belum pernah mengucup yang tercinta direnggut tsunami..


Sggh mereka tidak mengetahui,
Maafkan mereka,


Bumi Meiji,
Kamu bangsa kuat,
Pernah bangkit berkali-kali,
Di celah runtuhan sama,
Kamu bangkit megah,

Di celah debu bencana,
Kamu maju,
Jauh lebih maju dari yg mentertawa,
Kamu samurai,
Bangkitlah semula,
Bina semula,
Taburkanlah bunga minda kelas pertama pd semua,
Kamu sudh punya adab Islami,
Indahnya jika akidah pun sama..
Ibarat sakura di musim bunga,
Kamu pasti bercambah megah
seperti pasca WWII dahulu…


[Ya Allah buka hati mereka pd risalahMu. Amin]