Thursday, April 7, 2011

Nota Cinta buat Kekasih..♥


Dikau,
Yang pertama mengajarku membaca,
Jauh sblm ke bangku sekolah,
Aku mengenal wuduk solat darimu,
Jauh awal dari kelas KAFA,



Dikau,
Mengajarku berlagu,
Pada bhs Al-Quran,
Dengan nada indah,
Pada ayat keterangan-Nya



Kaulah guru,
Yang mendidik kami dgn Al-Quran,
Yang menghias hati dgn iman,



Dikau,
Pernah dulu daku katakn,
Aku mahu ‘dia’ seperti kamu,
Semulia jiwamu, penyayang sepertimu,
Cinta semekar dirimu,
Peneduh hati selebarmu,



Tapi kamu menggeleng lembut tiada bersetuju,
Katamu, jgn cari seperti daku,
Carilah yang setinggi ‘siti khadijah’,
Lagi megah sakinah mawaddah wa rahmah,
Katamu, dlam berjuang, jgn lupa mencari ‘siti khadijah’, (hehe=P)



Dikau,
Yang mencubit dgn kasih,
Yang merotan hanger dgn sayang,
Yang mendidik dgn iman..



Dikau,
Insan mulia,
Tinggi kesabaran,
Dgn perangai nakal kami



Mama,
Kaulah,
Cinta kasihku,
Mengenalkanku pada kehidupan,


Aku sayang dia Ya Allah..

Selamat hari Ibu mommy! Hari-hari pun hari ibu.. Sayang juta2 byk2 mcm laut..♥ =)


p/s: menangi hati ibumu, maka kamu memenangi syurga.. =)

No comments:

Post a Comment