Saturday, February 26, 2011

Ya anakku, mari abah ceritakan...

Ya anakku,
Saat abi tulis memo ini,
kamu belum ada lagi..
Andai kamu baca ini nanti
ketahuilah,
Sungguh abah syg kamu <3

Sayangku,
Ini cerita semasa kecil abah dan pak long kamu,
Zaman kanak2 kami penuh diwarnai lagu2 nasyid..
sedap betul semuanya..
Kalau naik kereta,
atuk dan nenek kamu terpaksa tahan telinga,
dengar kami nyanyi nasyid sambil ikut irama kaset.
oh ya zaman tu guna kaset, tak ada cd tak ada mp3,
ipod iphone semua berdekad jauh lagi..

di bawah semua lagu kegemaran kami buat halwa telinga kalian..
Abah dulu mmg rock sket semua lagu pun layan..
tapi nasyid ini, bila abi jumpa kembali masa umur 23 tahun,
air mata jatuh pecah berkaca-kaca,
bkn sentimental,
tapi abi menangis mengenagkan masa yg berlalu,
sungguh anakku,
masa berlalu pantas..
jadi kerjakan tugas mu, jangan bertangguh..
zaman kanak2 mu keluarlah, mainlah sepuasnya,
kerna dari semua itu kamu belajar..
mainlah selut dan lumpur,
pergi ke bendang serkap ikan haruan, pergi ke laut carilah kepah
kerna abi dulu juga begtu..
dari itu kamu akan mengenal kehidupan..
satu pesan Abah, biar tinggi bintang digapai, jangan lupa akar di bumi, jangan lupa laut direnangi..

uhibbuki ya aulad<3















No comments:

Post a Comment