Sunday, June 5, 2011

Pada Doamu ada Cinta...





Hadiah terhebat bukannya jubah dari baldu,
mahupun minyak wangi terbaru,
tidak juga cincin berbatu, kayu kokka dan segalanya,
cukuplah semua itu,
diberi selalu tiap kali pulang dari baitullah.
pemberian terhebat seorang bonda bukanlah harta beribu,
tapi kasih seorang ibu,




Tiada yang lebih berharga,
dari doa seorang ibu buat anakandanya,
di jabal rahmah,
buat kesihatan, keselamatan dan 'kebahagiaan' anaknya fid dunya wal akhirah. (part kebahagiaan tu priceless. hehe=p)
apalagi abah menambah sama,
berseri-seri wajah hati anakanda,
tidur malam berbunga-bunga,
bercambah mekar di musim summer.




apa lagi yang mahu,
cukuplah doa dari insan mulia,
doa tak berhijab,
di bumi Makkah,
tempat paling mustajab..
Kerna pada doamu ada Cinta...<3



That's the best thing in world!! period.
Could'nt ask for more. =)




p/s: to abah n mama, selamat menunaikan ibadah.. Come back home faster!! owh 2 weeks please be faster!! rindu la.

No comments:

Post a Comment