Monday, July 12, 2010

Finally.. blogged!!


FINALLY, I'VE BEEN BLOGGED!!! haha.. dah lama kwn2 push suruh buat blog, akhirnya terpengaruh jua.. *sigh*..anyway this blog is just a self reflection of mine, utterly jibberish.. If you're looking for a life changing motivational writing this is not the place.. I'm doing this for me, so that I'll always remember all mistakes I've done, reminiscing all good old memories I've had and be thankful for all Allah's gift!! sblm ni menulis di notes facebook, tapi x brapa privacy sgt n kalau blog I can write wateva I want, bkn ada org tahu pun, oOyeah!!

So utk post pertama ni ada satu benda yg nak dikongsi.. bait al-amin(T-T)!! [ok, boleh tukar mode sedih n sediakn kotak tisu skrg..hehe]



memang every summer aku dgn kwn2 galway yg lain akn buat trip utk spend time dgn anak2 yatim dan warga miskin di bait al-amin.. setiap tahun rumah ni tak pernah gagal buat hati aku menangis.. mmg dpn kwn2 lain maintain macho, tapi di dlm, hati aku remuk, memaki diri sendiri yg tak reti-reti bersyukur..

setiap kali in process of planning for this visit to rumah anak yatim aku selalu ckp kt seniri, malaslah nk pegi, jauh, dhlah kat parit perak nuh, susah nk pegi. area ni mmg terpencil, mmg kena tabahkan hati utk sampai. memanglah takyah naik rakit, tapi dari sg petani mmg sgt susah ok nk sampai, the best way utk sampai ialah drive dgn bertemankan gps, diiringi kekuatan rakan2 yg lain.. kalau nk dtg seniri, mmg tak arr.. biasalah tu aku pun manusia biasa gak yg ada naik turun niatnya, kejap ikhlas, kejap malas.. nau'zubillah.. sepanjang nak pergi, aku terus berdoa kat Allah supaya ikhlaskan hati dan tetapkan niat aku supaya tak lari despite all the hard works need to be done.. (T-T)

ok, minus all the crita sesat n tny local people smpai la juga akhirnya kami kat bait al-amin neh utk kali kedua. dh 2 tahun pun sesat2 lagi.. hehe. adik2 di bait-al amin berusia lingkungan 4 ke 17 tahun.. kehidupan mereka cukup semuanya makan minum pakai n etc sbb ramai org dtg bg sumbangan dan berikan hak2 anak yatim yg wajib ditunai setiap individu muslim. kan nabi allah Muhammad dh pesan mmg anak yatim tiada dlm asnaf lapan utk zakat, tapi wajib bagi kita menjaga harta anak yatim, apa yg hak mereka wajib kita berikan.. aku jadi malu dgn diri sendiri sbb terlalu lambat aku dpt peluang bersama adik2 yg Allah sayangi ni, umur 21/22 mcm tuh baru nk gi visit.. mmg bait al-amin yg pertama buat aku.. sblm ni yg aku fikir nak try sky diving, nk gi whale watching, nak scuba diving, bait-al amin tak pernah ada dlm senarai, tapi Allah bawakan aku ke sini jua,dua kali pulak tu.. Dia lah sebaik-baik perancang.. terima kasih Ya Razzak! =(

Awal-awal lagi aku dimaklumkan bukan intan permata yg mereka hendakkan, mereka dahagkan kasih sayg insan bergelar bapa dan ibu.. ya mmg benar mereka kekurangan kasih sayang..itulah benda yg buat aku menangis, hati rasa sebak, nafas terasa sesak, mata berkaca kaca tapi ditakung jua-konon macho. Ya Allah, aku selalu lupa utk bersyukur duhai tuhanku.. terima kasih Ya Allah utk Abah n mama, terima kasih..(T-T).. aku sedih bila mmbayangkan masa kecil dahulu.. masa kecil2(lebih krg 4 thn) dahulu, abah mama selalu bawa kami tgk bola di stadium.. kalau nak sesuatu abah belikan, kereta dash yankuro, digimon, karate fighter, kotak ding dang, anything you name it, semuanya dpt.. kalau nk travel ke mana saja abah mama bawa. satu semenanjung blum umur 9 tahun dh habes cover, tak campur abroad lg... even naik cruise tawan selat melaka.. tapi semua tu, adik2 di sekeling aku yg mengerumumi sambil memeluk erat kaki aku, tak pernah impi utk rasai semua itu, yg mereka mahu insan seperti abah dan mama.. itu pun dah ckp kata mereka.. setiap kali fikir benda ni, hati aku hancur pecah berkaca-kaca, tiada kata lagi, mulut terkunci seribu bhs..

Sepanjang hari, adik2 ni tak pernah lepaskan genggaman tgn2 mereka, memeluk erat tgn ku, meruntun kaki, meruntun hati, minta dibelai.. aku bukanlah org yg romantik sgt pun, tak sweet mana pun, kdg2 (tapi selalunya ok..hehe) nk belai syg adik sendiri pun segan, tapi setiap kali melihat muka suci adik2 ni, tgn aku pantas membelai kepala mereka mcm dgn adik bongsuku sendiri si ikmal tuh, tutur kata lemah lembut, lutut rasa lemah, rasa nak rebah..kadang aku gagahi hati tanya juga seorang dik ni nama dia hakimi, mcm 5 thn umurnya, sambil ribanya tanyakan jua, bisik perlahan ke telinganya, abah di mana skrg dik?? Adik kimi jwb pantas abah meninggal mata tunduk pasak ke bumi, aku nampk ada berkaca di mata.. duhh kenapalah aku gi tanya adik ni, jahatnya aku.. tapi nak buat mcm mana, aku pun nak tahu jugak ..=(

Di bait al-amin ni, tangan sendiri mmg tak lekang ditarik lembut adik2 di sini.. kdg2 sampai lupa masih ada tgn..hehe. tapak tgn sentiasa mereka genggam.erat.enggan dilepas. kalau aku duduk berehat di blkg dewan tu, amik angin sebentar, akan ada adik dtg duduk di riba, spontan memegang tgnku, letak lembut di atas bahu, memeluk badannya.. kalau di luar, ini mcm pelik amenderlah adik neh, tapi di sini lain, I keep telling myself, my love, my soul, my everyting is all them, at least for today, this is their moment.. aku labuhkan dagu ke kepala adik neh, sekali lagi menahan takungan kaca di mata.. Aku ni pun bukanlah penyabar sgt pun patutnya, tapi anak2 di bait al-amin berjaya lembutkan hati kecil ni..

Seperkara lagi yg mendesak dada ialah cerita adik syafiqah.. syafiqah (6-7 thn camtu) ada abang dan adik perempuan jugak di sini.. "owh my..3 beradik skali.. mcm mana lah si abang begitu tabah.. kuat dlmnya..kalau aku give up menonggeng awal2 lg..(T-T)" bisik hati kecil ku. adik bertiga neh kehilangan bapa, keluarga miskin, mana mampu menanggung lagi, di sinilah mereka tempatkan.. Sedihnya.. (T-T).. again another thing to ponder dan teruskan bersyukur..

sampai malam kami dgn adik2 bait-al-amin.. mcm biasa penutup nyanyian lagu nasyid mereka sendiri, luahan hati mereka, ada video aku dan rakan sempat rakamkan..harapnya nnti akan diupload rakanku utk tatapan semua.. mcm biasa balik dgn rasa puas, sedih tak payah cerita lah, byk pengajaran utk self-development aku..

kereta meluncur laju, kami semua menuju pulang, aku termenung dlm perjalanan sambil tertanya-tanya, kenapalah ribuan married couples di luar sana (sama ada anak seniri @ tidak) tak dtg adopt adik2 ni.. hati aku mcm berkobar2, patut adopt orphan bila dh mampu (tapi mampu tu mana ada guideline yg mengatakan kita dh benar2 bersedia mentally n physically utk adopt anak yatim, we'll never know, we'll never know[-_-"] )..Aku balik dgn persoalan tu tergantung, aku sedar bukan semudah tu nk adopt anak yatim.. boleh visit mereka pun dh ckp buat aku berpijak balik ke bumi nyata..bibir tersenyum, hati menangis mendesak dada sambil lidah tak berhenti ucap

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah utk abah n mama..



Love abah n mama!! they're the best!! enough said!! Thank you God!!=)

4 comments:

  1. Assalamualaikum Jiji

    Aku ingin jadi orang pertama yang meninggalkan jejak di blog ko

    Aku dah nampak masa depan ko ..dengan menulis blog ni ko pasti menjadi orang y hebat menyebarkan ilmu

    all the best my fren

    ReplyDelete
  2. wasalam e'e,

    ye ko mmg yg pertama meninggalkan jejak!! tahniah haha..

    hebat menyebarkan ilmu?? masyaAllah jauh nya!! insyaAllah, siapa tahu apa yg ada di dpn..

    harapnya konsisten/istiqamah..gitulah harapnya!!

    tq e'e..byk lg kena blaja dgn hg neh!!

    ReplyDelete
  3. 'i've been blogged'? (ha ha ha)
    anyway. write for the sake of the diaries that never exist. or like you said, for the kids.

    -_-'

    ReplyDelete
  4. haha.. for diaries? naah don't think so. guess it's for the kids.. so that one day they read this, they'll say "my gosh daddy, u're so screwed back there" =p..

    [-_^]

    ReplyDelete