Tuesday, July 13, 2010

writing for humanity..


Macam biasa, bgn pagi free2 mesti la check facebook dulu, pastu ternampak satu post di wall rakan baik aku sorang ni, Idan post satu video dari youtube bertajuk A cry from the grave- Muslim genocide in bosnia terbitan BBC.. ada sebelas part semuanya, menceritakan dgn detail apa yg benar2 berlaku di Bosnia sebenarnya..sekali lagi meruntun jiwa, permata berkaca lagi di mata, hati tangis membatu, malu dgn diri sendiri lambat memahami isu sebenar bosnia lepas sedekad lebih lalu.. Memang aku suka isu melibatkan genocide ni, sblm ini sgt terkesan dgn isu Rwandan genocide, skrg baru lah nak ambil tahu pasal Bosnia.. shame on you GG!!

Saya rayu sesiapa yg terbaca tulisan ni, sila spend sejam lebih dari masa anda utk tonton dokumentari ini di youtube dari awal sampai habis, bukti cinta simpati kita pada mereka saudara semuslim.. Srebnica, muslim genocide but a brutal massacre against helpless unarmed people, it's war against humanity.. Rasanya Srebnica ni 2nd important for a Muslim after Al-Quds.. Yes we don't have the artillery to fight, but at least try to know the news, biar terbit rasa kasihan di hati, tak meluap membara pun jadilah! (T-T)


Srebnica: tangisan dari kuburan, jauh dari bernisan..


Sg. Petani, Malaysia July 1995:


Malam itu, abah mama semua kumpul bersama.. mata abah mama pandang tepat ke kaca tv, tiada beralih dri buletin utama. Angah nampak di tv, ada wanita meraung gila sambil tgn menekup dahi, kemudian ada pula lelaki berbaju celoreng askar, siap kelengkapan senjata mengacu gagah pada yg lemah, kemudian ada pula jentolak rakus membuka lahad, menimbus pantas tubuh2 tiada bermaya, lelaki semuanya..

Angah duduk bersila di tepi Along, masa tu Along tgh warnakan posternya, dgn kaler luna. Along masuk pertandingan poster di sekolah.. Angah nmpak along lukis kubur kubur, pastu ada gambar perempuan bertudung, menadah tgn ke langit sambil mata bercucuran berkaca-kaca, melutut ke bumi.. di tengah poster tu along tulis besar2 dgn huruf blok "Bosnia oh Bosnia".. Angah gelakkan along sebab lukisannya buruk..haha (mentang terer2 lukis angah neh. haha)..

mama masuk campur, larang angah mengutuk.. kemudian angah sapa, "bosnia ni sebenarnya kenapa mama??" Mama jawab "org serb jahat dia bunuh org Islam mcm binatang". Kemudian abah menambah " org serb ni kafir perut hijau ngah, dia buat 'ethnic cleansing', bunuh org Islam, balas dendam masa uprising Turks masa Islam tersebar ke Bosnia ratusan tahun dulu".. Dahi si Angah dikerut sampai kening terjerut, muka blur giler, amende la abah katakan.. manalah budak darjah satu nak faham. mmg masa tu tanak faham pun...wek2..haha..sebab isu tak intersting, angah beredar dapatkan kereta dash yankuronya, tukarkan enjin hitam, tukarkan tayar, lekatkan sticker, sbb lepas tu boleh show off kat along..hehe=p




Srebnica, Bosnia July 1995:


Di satu sudut dunia lain, mak cik Salima Osmanovic membongkok lemah mengalih-alih mayat, mencari dgn penuh harapan, mata berkaca tiada dihirau, hati berbuku harapan, utk bertemu anak lelaki dan suami, walau jenazah pun tidak mengapa, bisik benak hatinya barangkali.. dalam timbunan tubuh itu, dia berhasil temukan anak bongsunya.. Lutut bergetar, mata berpinar, hati luluh membakar, namun dia gagahi jua, mengheret mayat itu sendirian, digalinya lahad dgn kuku dijari..

Di ats kawsan pergunugan Srebnica, Ramo Osmanovic (suami mak cik Salima) genggam erat tgn anak lelakinya yg sulung Nermin Osmanovic, berlari pantas mengelak bedilan mortar dan hujanan peluru.. dalm hati terus berdoa sampai dakap erat anak yang satu, agar selamat sampai ke muslim territory jauh di utara..ada lagi puluhan lelaki lagi dalam kumpulan refugees ini.

*selepas sedekad ada video ditemui dirakamkan tentera Serb, ada Ramo dlm video tu, tapi diragui dia masih berdiri, hari ini mungkin tidak bernyawa lagi.. Wallahualam.




Sempadan Serb-Srebnica July 1995:


Jeneral Mladic, insan rakus, tiada berhati perut, andai ada sekalipun mungkin hijau perutnya, necrotic habis! siap diangkat sbg wira org2 serb, ibarat nasionalis serbia berhati mulia.. pergi jahaman itu semua!! bersiap sedia dgn batalionnya.. lengkap dgn heavily armed tanks, mortar and fully equipped army.. perang dgn siapa yg mereka bayangkan.. gila sungguh, schizo mgkn org tua sorang ni.. kau cuma berlawan dgn nyawa tidak berdosa, walau pisau potong sayur pun tidak mereka miliki.. entah apa yang kau takutkn, hai syaitan berhati batu!!

Di tgh bandar Srebnica, di sebuah kilang lama, pihak UN siap tubuhkan protection camp.. Askar Dutch/Belanda diberi kepercayaan.. keprcayaan yg utuh tapi dibalas dgn perlindungan rapuh..kadang2 kan UN seperti bangang dlm tindakan.. Jeneral UN berbangsa belanda itu dgn haler( mcm mobile speaker, ntah tak reti nak eja..huhu) berteriak kuat kpd pelarian muslim bosnia, dgn nada bangga, janjikan keselamatan, walaupun di mata nampak gusar.. UN selalu begitu, even di Rwanda pun begitu janjinya.. mmg ramai faham UN cuma peacekeeper bknnya nak terlibat secara langsung dgn perang, tujuannya utk elakkan UN jadi kuasa terkuat mendominasi dunia.. tapi kalau mcm biawak mati kutu, mcm singa bergigi susu, baik takyah (anyway berterima kasih gak kpd UN at least dpt krgkan death toll n buy some time for survivors)!!

Suatu petang hening itu, tentera Mladic gasak hebat protection camp tu..mmg nampak benar Serb ranapkan UN.. Jeneral UN request for air strike, tapi UN berpusat di New York nafikan, tapi akhirnya berikan, janjikan air strike sesudah subuh..tapi janji cuma janji, air strike tetap tak kunjung tiba..

Jeneral Mladic senyum ke telinga, misi ethnic cleansing nampak bercahaya!! sialan punya Serb! Tentera Serb terus mara, ranapkan masjid, turunkan sign jalan 'Muslim Road'.. nasib baik jeneral UN awal2 undurkan pelarian ke kem di Potocari! tapi selamat hanya sebentar..

Dunia ingat Serb sudah menang, perang patutnya dah berakhir, Serb dh dpt Srebnica.. apa lagi diaorg mahukan.. Camera Crew rakam rakus sidang media Jeneral Mladic berlatar belakang Srebnica yg jatuh menyembah bumi, " Hari ini, kemenangan bagi org Serb, akhirnya Srebnica dpt kembali kpd kita (padahl 1/4 je population org Serb, lg 3/4 bosnian muslim) dan dendam kita terbalas terhadap muslim sejak uprising Turks dulu.. hoho" *gelak besar si Iblis lidah bercabang sekor ni*

sambil temuramah itu, ada pegawai bawahan Mladic berlari anak dan bisik perlahan ke telinga Mladic.. rupanya dia laporkan muslim dan UN dh lari ke Potocari.. "ke potocari!!" jerit Mladic pd batalionnya..dgn muka rakus, senyum sinis, sikit pun tak manis, perangai mcm tikus, leptospirosis..=p



Potocari July 1995:


Tentera UN kehabisan peluru, senapang dipegang tiada peluru, mcm senapang kayu, semua haru biru... Mladic sampai dgn batalionnya.. Mata -mata pelarian meliar geram memandang Mladic, ibu2 mata berkaca, bertukar bengis, walau dlm benak risau dilapah hidup2 di Potocari.. Mladic meeting dgn Jeneral UN berbangsa Belanda dan wakil pelarian..masa meeting Mladic ckp begini "Allah tak boleh selamatkan kamu, Mladic yg boleh. hoho", sialan Mladic! dgn angkuh suruh tentera Dutch serahkan senjata, janji tak diapa-apakan, pelarian semua dibawa ke muslim territory, janji keselamatan semua pelarian.. tipu semuanya.. bijak benar Mladic menipu dunia.. beri coklat toblerone kpd anak pelarian, konon beliau berhati mulia!!

30 buah bus Mladic sediakan, kononnya utk transfer refugees, pergi mampus dgn lakonan mu Mladic.. Pelarian disuruh beratur, anak kecil dan isteri naik dahulu, yg lelaki umur 7-70 tahun ikut jalan lagi satu, naik bas lagi satu, jalan menuju maut..waktu ini, si suami katakan kpd isteri,semuanya akan ok..walau tahu bakal dibunuh sebentar lagi..

Yang lelaki dikumpul dlm bangunan, askar beratur tembak berhujan, guna senjata rampasan UN, grenade dilempar bagai selingan, Muslimin semua syahid di situ!! ada yg diiikat, tgn berdawai, hadap ke dinding kepala dibidik, bajingan Serb!! Ada yg lari ke pergunungan, syukur Alhamdulilah umur Allah panjangkan, tapi ribuan lelaki lain dibunuh tanpa perikemanusiaan..



Sg. Petani, Malaysia July 2010:



Anak kecil, si angah tadi membesar sudah, masih lagi tak ngerti ada apa dgn Bosnia, apa itu Srebnica.. Pagi itu dia buka facebook, buka page seorang rakan baiknya, nampak satu video youtube berbunyi menarik. A Cry From The Grave - Muslim Genocide In Bosnia .. 11 part semua, puas ditontonnya, habis sepagi, baru dia mengerti, ini bukan isu biasa, ini massacre of muslim, war against humanity..baru dia sedar genocide ini tinggalkan parut berbekam, jutaan kuburan, jauh dari bernisan..Allahu rabbi..(T-T)



references:

No comments:

Post a Comment