Sungai Petani, Ogos 2008
“lab coat dah, maggi dah..apa lagi eh” mulut si angah mengomel perlahan sambil tangan sibuk memotong list brg yg siap di sumbat ke dlm luggagenya.. dgn kudrat yang ada, dia heret luggage itu ke dpn, siap dizipkan.. balik semula ke bilik, menyusun rapi segala dokumen ke dalam button file.. siap itu dia selongkar pula almari buku mencari
Spontan mengimbas pantas almari buku itu, hajat ketemu offer letter, dia terpaku sebentar, mata terpana ke satu kotak kayu kecil. saiz sebesar buku, terletak sebelah dgn buku bertajuk ‘pedagogi pendidikan’. Angah ambil kotak itu dgn hajat nak buka, ingin tahu apa di situ, mana tahu ada barang emas ke mama salah letak kemudian lupa..
Kotak itu dia buka perlahan, mata meluas ‘wah dissection kit! Jimat duit takyah beli kt Kamal lg (kedai brg medic terkenal utk med students..tak caya google seniri hehe)’ bisik hati kecil si angah.. tapi siapa punya scalpels, forceps n etc ni suma, fikir si angah.. masa itu juga suara mama semakin menghampir, semakin kuat dan jelas bertanya “angah, dah jumpa offer letter tu??”..
Si angah toleh ke mama di muka pintu bilik, “sapa punya dissection kit ni ma?”. Mama tersenyum lembut, duduk perlahan di sebelah angah..Kotak itu mama pegang, angah nampak mata mama berkaca, tunduk pasak ke bumi, scalpels karat itu mama sentuh lembut, gayakan bagai tgh buat incision, sambil bibir mengukir senyuman sembunyikan kesedihan.. kata mama “ini milik seseorang yang cita-citanya diragut kemiskinan, dinoda kedaifan..gini ceritanya….” [background music: hymn to the sea]
- - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - - -
Kampung Tepi Sungai, Kuala Sungai Muda 1968
Usai subuh itu hening sekali, nelayan tua itu siap melipat jala yg dijahitnya semalaman, di bawah pelita minyak.. awak-awak(istilah anak2 kapal bagi nelayan di kg ini) siap menanti di pintu depan..
Saat itu juga, belum pun burung berkicau, belum pun mentari terbit, isteri nelayan tua itu nampak sibuk sekali… tgn pantas menyusun kepingan2 daun pisang yg sudah dipotongnya semalam..semuanya bersaiz separuh A4, disapu bersih nampak berkilat.. puluhan semuanya disusun teratur.. kemuadian wanita tua itu membongkok perlahan meletakkan secawan pulut, sesudu inti serunding ikan (ikanlah sbb masa tu ikan jenuh dan murah) ke setiap daun pisang itu.. kemudian anak permpuannya dipanggil menolong.. Dua beranak itu membungkus kemas puluhan pulut sambal, disemat ketat dgn keratan lidi sepnajang 3cm.. kemudian setiap bungkusan pulut sambal itu mereka susun ke dalm bakul. Beri sikit pada nelayan tua tadi buat bekalan ke laut. Rupanya si ibu berjual pulut sambal ke rata kampong buat ringankan beban si suami.. anak perempuan tadi siap dgn uniform sekolah rendahnya..itulah mama
Sesudah itu, mama usung bakul itu ke seluruh pelusuk kampong, memekik setia, “p-u-l-u-t s-a-m-b-a-l, p-u-l-u-t s-a-m-b-a-l!” dgn penuh berlagu..(angah tahu benar lagu ini, sayu, hiba, trust me I know the feeling, sbb pernah bantu nenek jual pulut sambal selepas main guli masa kecil2 dahulu, tapi in my case semua untung masuk poket angah lah buat beli kereta dash yankuro..haha)..Zaman 60-an, zaman itu brapa sen lah sgt harga satu pulut sambal. Memang laku, selalunya para nelayan yg beli buat bekal atas sampan sblm ke laut.. zaman itu mana ada enjin sangkut, yang ada cuma dayung... kata mama, selalunya arwah nenek bagi upah buat duit belnaja ke sekolah.. mmg mama selalu lambat sampai ke skolah sebab jual pulut sambal dahulu sblm ke sekolah..
Selesai semua itu, mama pakai selipar jepun 5 sen (skrg selipar jepun mesti dh mahalkan, dh lama x pakai, rindu plak berseliapr jepun) yang ada, denda guru sebab tidak berkasut sudah tak dihirau lagi, sudah lali dgn kemiskinan, guru pun dah bosan mendenda, nak buat macam mana, mmg tak mampu untuk dibeli..buku2 semuanya mama sumbat ke dlm beg plastic.. (angah mencelah “beg plastic mcm kat kedai runcit skrg ni ke??” . “Ya”, jawab mama ringkas..si angah telan air liurnya, luluh hati mendengar, takungan kaca di mata ditahan jua, sedih mgkn mengenangkan zamannya ke sekolah dgn bag poly pac beroda) kata mama, masa tu beg bukan soalnya, kekal survive dalam kemiskinan itu soalnya..Selalunya mama naik basikal tua arwah tok wan Desa ke sekolah.. kata mama masa tu kaki pun tak sampai, naik basikal tanpa boleh duduk atas seat, mmg lenguh, nak tercabut pinggang utk berkilo-kilo meter jauhnya..Mak cik Bedah (best friend mama since childhood up till now) selalu naik dgn mama, kata mama “kami take turn kayuh sampai sekolah..”
Kampung Tepi Sungai, Kuala Sungai Muda 1976
Masa tu mama dah di tingkatan 3, memang mcm cliché bunyinya, mcm typical.. tapi Allah mmg Maha Adil, “selalunya kalau Allah kurangkan satu nikmat kpd kita Allah akan berikan sesuatu yg jauh lebih bermakna kpd kita, sesuatu yg life-changing,” kata mama.. “Alhamdulillah study mama smooth” ucap mama merendah diri, tapi si angah tahu benar kalau bab study mama mmg perform ahh! Mana taknya, PMR (eh silap masa tu SRP kot) mama best student kot utk Sek Men Tikam Batu, siap ada nama jelas terukir di papan kecemerlangan di dewan sekolah tu!! “Way to go mommy!! Screw you poverty!!” si angah menyampuk lagi, penuh emosi..
Kecemerlangan mama tak henti di situ, sambung terus ke sekolah berasrama penuh.. mama dpt masuk ke Sekolah Seri Puteri, Jalan Kolam Air.. Angah mencelah “ owh patutlah hari tu masa angah tolong kemaskan rumah tok, angah jumpa majalah seri puteri tahun 70-an, then tok tunjukkan gambar mama.. masa tu mama main team hoki
anak nelayan dari perkampungan daif itu, adalh yg pertama berhasil ke tahap itu.. kata mama, masa inilah kemiskinan memamah mama, bagai barah mencengkam hati, macam hep B barangkali.. “saat
Kata mama masa itu, guru2 di sekolah lama, hempas pulas mngutip dana, kata mereka bukan senang hendak ke sbp, jgn disia peluang yg ada. Kata mama, “zmn tu, tempat sgt limited, bkn mcm zmn angah skrg ni, kalau dpt offer tu mmg the best few hundreds in the country.. kalau setakat masuk sains matjiwa macam angah tu apa barang!! Hehe” mama berseloroh, si angah mencebik
Kampung Tepi Sungai, Kuala Sungai Muda 1981
Lepas spm, cita-cita nampak menyinar, senyum penuh di bibir, perform tak payah cerita, surgeon nampak x mustahil, semuanya mmg hampir.. Mama senyum manis, mengenagkan saat itu, angah pun turut tersenyum, tapi tak manis mcm mama.. hehe
Sambung mama, sambil lepak di rumah di kuala muda, biasalah tolong tok buat jual,
Dua beranak itu terdiam sebentar.. si mama menyambung kembali, masa offer letter tu sampai, tok wan senyum sembunyikan gusar.. mana taknya duit tak ada mcm mana nak lahirkan seorang doctor ni..mama jelaskan kpd tokwan, nnti after 2-3 month scholarship akn start masuk, so tok wan tak perlu layan awan kerisauannya.. tapi, mama Cuma perlukan duit utk pendaftaran dan tambang keretapi ke
Sambung mama, senyap2 tok wan pergi berjumpa semua saudara mara di utara, nun jauh sampai ke kuala kedah, meminta bantuan, menagih harapan, puas nelayan tua itu jelaskan kepada sanak saudara supaya dipinjamkan duit utk pendaftaran sbb lps ni nnti ada elaun ada biasiswa takyah risau lagi.. kira nak duit utk kick start saja.. kata mama, mmg ada saudara mara yg mewah masa tu.. ada yg cikgu ada yg pensyarah, ada tauke ikan.. macam2 lah.. tapi air sejuk mereka tuangkan.. sudahlah duit tak mahu dipinjamkan..kata mereka buat apa nnti bila belajar kalau stuck rugi, kita bkn nya org senang..baik jadi cikgu, lebih terjamin..tok wan yg x berpendidikan tinggi gagal mentafsir, telan semuanya dgn perit, sbb gagal penuhi cita2 anaknya, cita2 terbesar zmn tu ( bkn setakat zmn itu, sepanjang zmn kot!)..
mmg mama yg pertama dlm keluarga, bkn setakat dlm keluarga tok desa, keluarga besar juga, malah yg pertama dlm kampong tu.. anak nelayan kebanggaan kampng itu..arwah tok (nenek)gadai semuanya apa yang ada.. barang kemas digadai pun mana nak ckp..walau satu kampong menghulur bantuan.. hajat hati terpaksa dilupakan hati luluh membara, air mata pecah berkaca-kaca.. kata mama, dunia gelap, segala usaha habis lelap, kemiskinan-itu yang silap.. sedih mama, terbuku di hati, degup pantas mendesak dada, bicara kata bersepah semua..Cuma tikar sembahyang jadi kekuatan..buat apa hiba dipendam, berlari saja ke pantai, menari bersama ombak, tadah tgn kelangit, pasak lutut ke pasir, bicara pada pencipta laut, Allahu Rabbi..(T-T)
Sungai Petani 1994
Mama dah kahwin dgn abah, seorang cikgu juga, cinta pertama di maktab sri pinang, penang.. “cewahh!!” usik angah.. “kalau cerita bab ni 3 mlm pun x habes..hehe” kata mama berseloroh.. anak pun dh 3.. masa tu mama minta izin abah utk sambung belajar.. nak masuk med school.. tapi anak2 masa tu semua dh bersekolah, masing-masing dh start perform.. bila ditanya respon abah, “abah x kisah kalau ma nak sambung medic, tapi mcm abah rasa skrg ni masa utk kita sharpen anak2, peluang depa plak utk menyinar.. kalau nak takpa abah x halang n abah juga support=)”.. jadi mama simpan saja cita2 itu sbb ada benarnya kata2 abah.. teruskan jadi cikgu.. dan dissection kit itu mama simpan, letak rapi di rak buku itu..
Sungai Petani 2008
Dissection kit itu mama simpan betul-betul sebelah dgn buku ‘pedagogi pendidikan’.. si angah baru mengerti, rupanya itu symbolizes antara cita-cita dan realiti, sbb cita2 boleh dicita sampai bila2, tapi realiti lebih indah, “throughout life, you may loose one thing, but 1000 fantastic things will come, you just have to cherish the moment, my boy” bisik mama lembut ke telinga si angah, bibir terukir senyuman, kaca di mata tak dihirau lagi, dua beranak itu ketwa kecil..
Si angah peluk mama, mata turut sama berkaca.. angah bisik lembut ke telinga mama.. “terima kasih mama, sbb buat decision utk kami semua.. kalau ma ke med school, ma mesti jadi dr.. mana mgkn ma jumpa abah.. maka mana mgkn kami anak2 dpt tgk dunia ni.. lps dpt anak-anak, mama tetap x smbg medic, kalau x kami jadi x terurus.. angah cdgkan.. mama smbg la medic skrg.. nnti kita boleh practice sama-sama.” muka bersungguh.. mama reply sinis, “nuh ada 2 lg adik di bwh, kerja blum habis..” angah berterima kasih pada ma sbb pengornbanan ma dari menjadi dr, dpt lahirkan, lebih ramai teknokrat dlm keluarga- engineer, dr etc .=)
Setiap ibu ada cerita pengorbanannya sendiri.. and this is my mom.. Love you mama!! They said Im the first in the family who gets into med school, but for me you’re always the first, and the real doctor, with soul of an angel, with the heart of gold..
p/s: happy birthday mommy!! *awal giler wish hahah*
No comments:
Post a Comment