Sunday, August 8, 2010

Cerita semasa kecil: satu tanda utk mensyukuri..

am back!! super tired.. not in mood of writing.. transfering my writings from fb note to this blog..there's no harm of putting all the collections in one place! ok cau cincau![in stress thinking of 3 weeks to Galway.. damn!!] (T-T)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Loceng sekolah berbunyi menandakan jam dah satu suku..kelas dah habis untuk tahap satu di Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam…Maknanya budak darjah dua dah boleh balik.. Kalau nak tau Bukit Meriam ni pernah menjadi pusat pemerintahan kedah suatu ketika dulu sebelum berpindah ke Alor Setar.. memang ada meriam, katanya lah..kalau nak ke pantai merdeka mesti lalu sekolah se-blok ni.. kelas dah habis aku terus ke bilik abah.. bilik PK KO kurikulum rasanya. Pemangku rasanya... itulah post yang abah pegang masa tu.. muda lagi abah masa tu, baru 30.. Sesampainya aku, along yang masa tu belajar di darjah 4 dah ada di kerusi roda pusing2 abah yang empuk tuh..memang kami selalu berebut kerusi tu sebab nak main pusing2.. maka hari tu terlepaslah peluang aku nak main kerusi tu..*sigh*




Belajar di sekolah abah memang best..anak cikgu la katakan.. banyak la layanan istimewa satu sekolah bagi..tambah2 sekolah luar Bandar..asal ada pertandingan apa2 je mesti terpilih.jadi pengawas mmg for sure lah, anak cikgu kn... masa tu konon2 rasa superior la dari member2 sekolah yang lain.haha.budak2 lagi kan biasalah tu..bab makan paling best, hampir setiap hari abah mesti buat surprise, sampai dah rasa tak surprise lagi.LOL. rutinnya aku kena beratur dengan tabah sambil menggenggam syiling seringgit berwrna merah tu untuk beli nasi lemak 30 sen lauk ikan bilis, tapi pada hari2 yang ada surprise tuh, mak cik kantin akan bagi satu pinggan yang lagi best macam2 abah dah order kat mak cik kantin tu, tengok la kadang2 ayam goreng, sotong besar, udang besar macam2lah.. sayang abah!! Sebab lepas tu duit seringgit tuh buleh simpan beli game digimon takpun kereta dash yankuro..brand tamiya la baru stail!!huhu





Berbalik ke cerita asal, aku masuk bilik abah dengan muka agak bengang dgn along sebab dia dpt kerusi tu dulu.. abah bagi kunci kereta, suruh kami pegi tukar baju sekolah yang hangit tu dgn baju tshirt spare yang selalu ada dlm kereta..mmg selalunya abah simpan baju spare angah dgn along dlm kereta..begitulah abah..selalu well-prepared..meeting abah selalunya habis pukul 3- 4 macam tu..maka sekitar sekolah tu la playground kami..biasanya kami lepak di kantin..macam2 kami main..dari game digimon sampai la aci ligan(kejar2).. aci ligan tu pulak berbagai, aci ligan duduk la, aci ligan freeze la..mcm2!! ada ja idea2 pelik..budak2 ..mmg kreatif.. yang paling tak tahan nak main guli, since masih kat sekolah, aset2 guli simpanan semuanya di rumah, bola roundes lah jadi pengganti..main guli guna bola roundes?? Tu pun cilok dari stor sukan sbb kunci stor sukan buleh ambik dari bilik abah..hahha..rule dia sama jugak ada kandang bank(kandang=circle yg ada byk guli taruhan dlm tu), ada urat mati dan urat baling(urat=line)..haha..lucu..mmg lucu..




Tiga setengah mcm tu, meeting abah dah habis..mama pun meeting jugak petang tu kat sekolah dia..sekolah kebangsaan bukit kecil namanya..sekolah ni mmg cater anak2 kampung di Pantai Merdeka.. Terus abah keloi kami ke kereta, dan terus meluncur ke sekolah mama.. Selesai ambik mama terus ke rumah arwah tok(nenek) di Kg. Tepi Sg Kuala Sg Muda(tempat bencana tsunami di kedah,arwah nenek jenazah kedua Berjaya di bawa keluar dlm tempoh 12 jam slps tsunami..Al-Fatihah), untuk ambil arwah adik atin( Al-Fatihah buat adik Fatin Nabillah Husna, adikku yang meninggal muda pada usia 6 tahun..muda..mmg muda). Biasanya kalau sampai rumah tok, aku dan along akan main dgn adik kejap pahtu terus ke kabinet dapur tok..sebab dlm tu la biasanya kami simpan aset2 guli yang dimenangi, gasing, wau buatan sendiri(penat raut buluh guna pisau pelit(pisau lipat lima sen)) dan sebagainya..




Sepatutnya lepas ambilk adik atin, kami sekeluarga patut terus balik ke rumah di Sg Petani, tapi malangnya, along dan aku akan lesap dgn pantas melusup ke ceruk kg bermain guli.. tak pun di tepi laut main wau dgn Li(Fazli) dan On(Azrul). Mereka dua beradik anak mak Tam. So sepupu kami..kami berempat mmg sebaya...sebab tu kalau weekend along dan angah mesti tidur rumah tok..itu tak campur cuti akhir tahun lagi..=)..Tok selalunya hampar toto depan tv untuk kami dua beradik sbb nak tgk Hulk Hogan beraksi dlm gusti mlm tu..selalunya Li dan On akan join tidur dgn kami..even arwah tok sendiri akan tidur dgn kami, kalau kami sleepover..Kesian arwah tok wan kena tidur bilik sorang2..hehehe




Kg nenek ni sebenarnya jeti naik ikan..so mmg tepi pantai yg gebu..kalau kena musimnya,maksud aku musim mencari kepah, akan ada beting pasir timbul di tgh laut menndakan kepah bersepah2 di tebing tu..semestinya aku dgn along aku naik perahu pak long ke tgh laut mencari kepah.. sekilo biasanya peraih ambik 5 ringgit.. yang ada di kepala kami berdua, duit tu semestinya bermaksud enjin baru buat kereta dash yankuro kami..enjin hitam terutamanya..masa tu kononnya enjin berwrna hitam paling laju utk kereta tamiya..LOL.. Kepah mmg pernah jadi sebahagian hidupku.. biasanya peraih akan dtg ke rumah tok untuk beli kepah yang Berjaya kami cari.. selalunya dalam mencari kepah aku mmg loser..kalau timbang kilo gundi kepah ,aku paling ringan..sedih..pahtu ngamuk sebab along dpt banyak..selalunya arwah tok masukkan kepahnya dalam gundi aku bagi balance, senang cket, cepat cket aku tutup mulut. Tak tahan mungkin dgr aku melalak.begitulah arwah tok..selalu manjakan kami..lagipun kepah ni kan sepatutnya jadi leisure activity untuk kami semua, so arwah tok mmg x kisah..




Tapi semua ni dah berlalu.. 14 tahun yang lalu..dah banyak orang yang aku sayang dlm kisah ni dah pergi berjumpa Ilahi..Arwah adik atin..arwah Tok..arwah tok wan..semuanya dah kembali bertemu Allah.. Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman.. Dalam semua tu, banyak lagi nikmat yang Allah masih kekalkan di sekeliling aku- abah, mama, along, adik teah, adik ikmal.Angah sayang kalian semua( homesick sebenarnya neh!!haha).Syukur padamu Ya Allah.. =)





p/s:diolah dari kisah benar..mungkin ada fakta yang sedikit diubah tanpa sengaja kerana memori telah berkarat ditelan masa=)

No comments:

Post a Comment