Wednesday, August 18, 2010

Tak Seindah Sonnet..


Summer ini,

Banyak mengajarku,

Tentang realiti..


Summer ini,

Banyak mengajarku,

bagaimana melabuhkan tgnku,

ke bahu anak2 yatim..

bagaimana menyediakan bahuku,

utk pipi basah mereka..

bagaimana meminjamkan telingaku,

mendengar cerita duka..


Summer ini,

Banyak mengajarku,

Kau mungkin bakal doctor,

Tapi adakah kau boleh menjadi doctor yang rndah diri,

Yang bijak bergaul dgn kerendahan,

Yang bijak menegur dgn kelembutan

walau dgn penoreh, walau dgn pesawah


Summer ini,

Banyak mengajarku,

Dakwah itu milik semua,

Biar kamu mahasiswa,

Biar kamu petani kerdil,

Kerna Ilmu Allah itu milik semua,

Bukan utk kelompok yg kamu kelaskan..


Kau mungkin petah berbicara,

Tentang tafsir kitabullah Ibn Kathir,

Kau mungkin handal melentur hadis,

Agar sesuai dgn hujahmu,

Tapi bolehkah kau sampaikan ilmu2 Allah itu pada orang2 kampung,

Yang bacaannya lompong,

Yang solatnya kadang ada kadang lupa,

Yang masih keliru daun ketum itu apa..


Aku jadi bosan,

Bosan dgn cara kalian,

Berusrah pada hanya yg terpilih,

Berdakwah hanya pada yang sependapat,

Yang berbeza pendapat, kamu mohon lembut untuk minggir,

Sedangkan mereka juga berhak terhadap ilmu Allah itu,

Persaudaraan apa yg cuba disemaikan??

Aku jadi hairan..


Aku jadi bosan,

Bosan berusrah dgn kandungan yang menaja perpecahan..

Nah.. cukuplah!

Di Negara ini sudah byk yg berbalah,

Kenapa dipecahkan lagi di kalangan bakal pimpinan masa hadapan,

Ada eloknya bertolak ansur, dari bertengkar membuta,

Mempertahan pendapat furu’


Aku jadi kecewa,

Kerna kau cuba murnikan perpecahan,

Dgn hujah bermcam-macam,

Hanya kerna berbeza pandangan furu’ bukannya pokok,


Aku lagi kecewa,

Permata yang mengalir kerana meratapi perpecahan,

Kau katakan sbg berdrama,

Sekali lagi aku jelaskan,

Titisan itu ikhlas menangisi jauhnya perpaduan..


Sebelum ini,

Kalian muliakan semua,

Akulah adikmu tersayang kan ‘abang’??

Gula-gulakan dgn sebuah pelancongan,

Laksanakan semua atas dasar persaudaraan,

Memang tinggi..


Bila pendapat kerdil mula berselisih,

Semua itu mcm tak pernah berlaku,

Akulah yg plg spoil, ditinggal kehairanan,

Mcm tiada lagi harapan dipulihkan,

Atas kesalahan memilih yg aku yakini

Yang aku yakini, menganjurkan perpaduan


Enaknya menjual ukhwah kerana pendapat..

Mengecewakan..


Nah.. saban tahun aku mendengar cerita yang sama,

Tak kira dari mana kawasan,

Sama saja layanan,

Skrip sama berulang-ulang,

Bukan aku seorang..


Aku syukuri,

Summer ini memberi lebih keyakinan,

Mudah bergerak di kampung halaman,

Bergaul enak belajar ilmu Allah,

Menterjemah kamus kehidupan

biar dgn jurutera,

Biar dgn ustaz,

Biar dgn penoreh,

Biar dgn penagih,

Biar dgn tukang sapu sekolah abah,

Kerna matlamat dikongsi satu,

Islam buat semua,

Tiada pengkelasan,

Tiada prejudis,

Tiada perbalahan pendapat furu’,

Tiada pemurnian perpecahan..


Maaflah kalau tulisan ini mengguris,

Ditulis kerana sudah lama terbuku..

Bukan niat menimbulkan lagi perbalahan,

Bukan utk mendapat komen beratus..

Bacalah dgn hati jernih,

Wahai cerdik pandai terpilih..(T-T)

2 comments:

  1. sgt terbakar dgn gambar palestin eroz!! mungkinkah kita berpeluang jihad ke sana juga??=p

    ReplyDelete